MELAKA - Hasrat 41 penagih dadah untuk melepaskan gian di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari Penjara Sungai Udang di sini tidak kesampaian apabila mereka ditahan semalam.Lebih memeranjatkan, tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang anggota tentera berusia antara 23 hingga 29 tahun turut ditahan dalam operasi yang dinamakan Ops Tapis bermula pukul 6.30 pagi semalam.Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam askar.Ketua Unit Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Cif Inspektor Hisham A. Rahman mengetuai operasi selama lima setengah jam itu yang dianggotai 10 orang.Turut ditahan ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan berusia antara 18 hingga 57 tahun.Selain itu, lima lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam bentuk paket dan tiub menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan 46 orang.
2 comments:
dorang ni elok bg rimau mkn je..huhu
haha..nak setuju pun susah..tak setuju pun mcm nk setuju..hahaaha
Post a Comment