9/22/11

SUARA LEPASAN PELAJAR PENDIDIKAN.::.PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN

SAYA ialah bekas pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLIsr) sepenuh masa Ambilan Jun 2010 yang menamatkan pengajian pada akhir Mei 2011. Saya mewakili semua warga KPLIsr sehingga sekarang masih belum menerima apa-apa berita mengenai penempatan KPLI. Sudah banyak kali panggilan telefon dibuat kepada pihak berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Putrajaya, namun berbagai tarikh dan alasan yang diberikan. Harapan cuma jadi harapan kerana kami masih belum menerima apa-apa surat atau berita selama empat bulan ini. Sekurang-kurangnya kami ingin satu tarikh yang pasti dan berita kerana ramai di kalangan kami yang mempunyai tanggungan dan beban hutang. Terdapat juga beberapa kawan saya yang berhasrat melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini terpaksa menangguh dulu niat baik itu. Justeru, kami perlu mencari pekerjaan lain sekiranya penempatan kami lambat. Di samping itu, apa yang menghairankan kami selalunya pelajar KPLI yang memiliki diploma pendidikan ini hanya akan menunggu selama tiga bulan kemudian akan ditempatkan untuk bertugas di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia. Ini kerana pelajar KPLIsr diambil berdasarkan peruntukkan guru yang diperlukan oleh kerajaan dan akan lebih diutamakan berbanding pelajar jurusan pendidikan lain. Bagaimanapun, selepas isu GSTT tempoh hari dan berjaya diselesaikan oleh KPM, kami pula yang menjadi mangsa lambat ditempatkan. Semoga pihak KPM dan menteri yang berkenaan dapat memberi jawapan yang sewajarnya akan nasib kami ini. Kami mohon supaya kami dapat penempatan segera


yang nie surat daripada pelajar KPLI..situasi sama je dengan pelajar jurusan pendidikan yang lain macam aku nie..haha..aku jurusan pendidikan teknik vokasional..setiap kali call KPM kami akan dapat bermacam-macam jawapan. antarany mereka pun tak tahu bila permohonan temuduga bagi GST akan dibuka dan kami dikehendaki sentiasa rujuk laman sesawang KPM..ada lagi lain-lain jawapan daripada pihak KPM yang kawan-kawan aku dapat..sekurang-kurangnya pihak KPM tetapkan tarikh sebenar surat permohonan temuduga gst tu.takda la kami nie tertanya-tanya. selepas permohonan tu keluar, kena tunggu untuk di temuduga pulak, yang tu pun akan ambik masa entah bila akan ditemuduga. kalau lulus temuduga pulak entah bila pulak postingnya. kalau mengikut statistik (cewah..macam ade buat kajian pulak..haha..) senior lepas makan masa 4 5 bulan jugak la baru posting lepas lulus temuduga tu..ape pun PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN..haha..

No comments:

readbud - get paid to read and rate articles

Followers