1/18/10

nak ikut undang-undang atau buang sekolah??mane satu jadi pilihan

JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.


yang nie aku stuju sangat..walaupun aku nie jenis malas gak nak guna helmet nie kalau ka kg..main redah je..yela..kampung aku sunyi..mane de banyak kenderaan lalu lalang..p xlame g bz jgk dah dpan rumah aku tu..dah nk macam hgway dah..

memang bagus la cadangan peraturan baru nie..baru budak2 sedar cikit tentang berharganya nyawa nie..xboleh jual beli tau..bukan macam helmet..rosak ke ilang ke..boleh beli baru..


bagus2..aku sokong 101%..haha..

::adios::

p/s::ade yang tak setuju ke??sebab??

kredit : kosmo 18/1/10


readbud - get paid to read and rate articles

Followers