9/2/10

UCAPAN MAAF DAN SELAMAT HARI RAYA DARIKU INSANBIASA



assalamualaikum..
alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dipersempatkan aku untuk merasai nikmat ramadhan yang ke 23 kalau tak silap..kesibukkan dunia membuatkan aku lupa hari ini ramadhan yang ke berapa tetapi Allah tetap memberikan aku kesempatan untuk merasai ramadhan hari ini..hari ini..pukul 9.30pagi..ade sejam lebih lagi..aku akan bertolak ke melaka dan seterusnya ke LCCT. walaupun penerbangan aku esok pagi..tapi aku terpaksa bertolak awal disebabkan jarak dari Batu Pahat ke LCCT yang agak jauh dan di sebabkan tiada bus bertolak pagi so, aku terpaksa la bertolak awal dan tidur di LCCT malam nie..haha..
so dikesempatan yang ada ini, aku ingin memohon maaf atas segala salah dan silap kepada semua..samada secara sengaja mahupun tidak sengaja..secara sedar mahupun tidak sedar..sepanjang berbloging nie..kalau ade yang terasa hati dengan penulisan aku..aku mintak maaf banyak-banyak..bukan membenci atau menghina tapi hanya luahan perasaan..minta maaf sekali lagi.aku hanya insanbiasa.ok la..aku nak basuh moto yang baru lepas excident semalam..jalan terhincut-hincut la aku balik raya nie..dan satu lagi..doakan aku cepat sembuh..semalam aku excident langgar pakcik yang buat U-turn ikut suka dia je..aku tak sempat nak elak dan terus langgar dia..aku yang sakit..dia takde ape-ape..nasib badan..doakan aku cepat sembuh dan boleh beraya dengan senang hati yea semua..terima kasih semua..hihi..ok la..nak basuh moto pastu nak simpan dalam rumah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

ADIOS..

PERLANTIKAN KETUA POLIS NEGARA YANG BARU


HISHAMMUDDIN dan Ismail berjabat tangan dengan diperhatikan oleh Musa di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam menegaskan keputusan tidak melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga tiada kena mengena dengan tekanan mana-mana pihak.

"Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," kata beliau.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan Tan Sri Ismail Omar sebagai KPN yang baru menggantikan Musa berkuatkuasa 13 September ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, pula akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail.

Pengumuman yang dibuat oleh Hishammuddin itu semalam menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

p/s:alhamdulillah..kedua-dua orang nie aku dah jumpa..selamat bersara kepada Tan Sri Musa Hassan..dan selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada Tan Sri Ismail Omar
readbud - get paid to read and rate articles

Followers