8/23/10

ISU DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT

GEORGETOWN: Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa berkenaan.Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong. "Memang saya tidak sebut namanya (Yang di Pertuan Agong), tetapi saya mendoakannya ketika berdoa supaya kesejahteraan serta kesihatan diberikan kepada semua pemimpin itu, termasuk kepada Yang di Pertuan Agong. Saya tidak tinggalkannya terus (doa untuk Yang di-Pertuan Agong), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau mengulas tindakannya tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong ketika doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia seolah-olah tidak menghormati Tuanku Mizan sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang.Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak.

p/s: Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini..kalau la betul doa ini dah diubah sejak tahun lepas lagi maknanya benar la berita sebelum ini..kenapa perlu ditukar nama Tuanku kepada guang eng..meskipun guang eng tu ketua menteri p.pinang tetapi guang eng dengan Tuanku Yang di-Pertuan Agong mana lagi tinggi darjatnya..dan juga..meskipun ada kepentingan politik politik dengan agama Islam..mana lagi penting..tetapi harap hal-hal seperti ini tidak dipolitikkan..

pp/s:sumber sahih atau tidak dan penggunaan nama guang eng boleh atau tidak Allahuallam..dan yang pastinya kalau boleh pun kenapa perlu di tukar??
readbud - get paid to read and rate articles

Followers