12/31/10

HAPPY NEW YEAR 2011

╔╦╗────────╔═╗─────╔╦╗──────╔═╦═╦═╦═╗
║╩╠═╦═╦═╦╦╗║║╠═╦╦╦╗║║╠═╦═╦╦╗╠═║║╠╗╠╗║
║╦║╬║╬║╬║║║║║║╩╣║║║╠╗║╩╣╬║╔╝║═╣║║║║║║
╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║╚╩╩═╩══╝╚═╩═╩╩╩╝─╚═╩═╝╚╝╚╝
────╚╝╚╝╚═╝──────────────────────────
tinggal beberapa jam lagi..selamat tinggal tahun 2010..selamat datang 2011..(",)
semoga tahun 2011 ini akan membawa lebih banyak kebaikan dari sebelumnya..
macam mana dengan azam 2010??tercapai semua??ke takda azam 2010 lepas(aku pun tak penah nak letak ape-ape azam..hihi)??hihi..
tapi setiap orang mesti ade kenangan suka dan duka kan..kita ambik yang suka tu..kite lupakan yang duka..tak pun kita perbaiki yang duka supaya 2011 yang duka menjadi suka..hihi..InsyaAllah boleh..yang penting niat kena betul..(",)
so..2011 nie macam mana??nak kena azam ke tak nak 2011 nie??
ape pendapat korang..taknak ke share azam-azam korang??hihi..ok la..selamat tahun baru kepada semua blogger..semoga hidup kita lebih bermakna dan diberkati oleh-Nya..
 [[ADIOS]]

KHAIRUL FAHMI CHE MAT jadi tumpuan

Setelah muka depan akhbar harian dan rancangan di saluran televisyen Indonesia saban hari sarat dengan berita skuad bola sepak kebangsaan negara itu, segalanya berubah wajah semalam. Ia susulan kegagalan pasukan Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah tunduk 2-4 secara agregat kepada Malaysia malam kelmarin. Saluran-saluran televisyen Indonesia yang sebelum ini sepanjang masa menyiarkan lintas langsung kemeriahan menjelang aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno kini kembali menyiarkan rancangan asal masing-masing. Manakala laporan sukan yang berjaya mencuri tempat di muka depan akhbar-akhbar utama Indonesia sejak lebih seminggu lalu kembali kepada laporan berita biasa setelah kegagalan skuad Garuda itu. Hanya dua akhbar Indonesia semalam yang tampil memaparkan laporan dan gambar mengenai final kedua Piala Suzuki AFF 2010 pada halaman muka depan mereka iaitu Kompas dan The Jakarta Post. Akhbar Kompas meletakkan tajuk 'Jangan Malu Untuk Belajar' berserta gambar skuad Malaysia meraikan kejuaraan selepas menjulang trofi malam kelmarin. Laporan tersebut menyatakan bahawa Indonesia tidak perlu malu untuk belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah muncul juara buat kali pertama. Akhbar The Jakarta Post pula laporan muka depannya bertajuk 'Malaysia win makes history' (Kemenangan Malaysia cipta sejarah), juga berserta gambar pasukan meraikan kejuaraan. Lain-lain akhbar kembali meletakkan laporan Piala Suzuki AFF di halaman sukan mereka tetapi rata-ratanya tidak terlepas daripada mencemburui kehebatan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. "Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan mereka sebagai pasukan paling berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir ini setelah meraih pingat emas di Sukan SEA 2009," lapor akhbar Media Indonesia. Tambah akhbar itu lagi: "Terdapat tujuh tendangan pemain Indonesia ke arah gawang skuad bimbingan K. Rajagobal itu. Namun,  kecemerlangan Khairul Fahmi menjadikannya ibarat cuba menerobos tembok yang kebal." Akhbar Jakarta Globe juga memuji kecemer- langan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina serta beberapa serangan berbahaya Indonesia. "Kita (Indonesia) kehilangan banyak peluang. Sekurang-kurangnya kita mampu memperoleh lima atau enam gol pada final kedua ini," kata jurulatih Indonesia, Alfred Reidl  dipetik dari Jakarta Globe.


12/30/10

INDONESIA MENANG..MALAYSIA JUARA!!!

APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?. Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri. Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang. Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan. Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri. Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan. Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tulisan berbentuk sindiran. Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu? Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium? Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu. Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah. Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison. Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca. Untuk pengetahuan penyokong Indonesia - Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertama, Ahad lalu.Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?
Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.Jika dia tidak berlakon pada final pertama di Bukit Jalil, Ahad lalu, saya yakin keadaan akan berbeza.Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama.Apa pun, kejohanan sudah berakhir dan Malaysia sudah sah bergelar juara, sekali gus mengakhiri penantian selama 14 tahun.Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara.Bila dah 'sayur', memang 'sayur' dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Geloran Bung Karno itu.Peringatan kepada skuad kendalian K. Rajagobal ini - jangan mudah berasa selesa dan terus berusaha meningkatkan reputasi pasukan.Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara.

TAHNIAH MALAYSIA!!!MALAYSIA BOLEH..(",)

P/S: HIDUP JANGAN PENUH DENGAN ALASAN NANTI DIRI SENDIRI YANG RUGI..HEHE

12/29/10

INDONESIA VS MALAYSIA [ 2-4 ]

Syukur Alhamdulillah..malaysia berjaya mencatat kemenangan dan berjaya membawa piala AFF suzuki ke Malaysia buat pertama kalinya sejak diperkenalkan..tahniah buat pemain bola sepak malaysia dan semua yang terlibat..tahniah untuk semua warga negara malaysia..

walaupun game tak berapa nak cantik..semua macam tak larat nak berlari kejar bola atas padang tu..dengan ada jugak penonton main laser(agak-agak boleh jadi penembak tepat kot..yela tepat kat kepala fahmi tu..hihi).tapi tetap bersyukur piala AFF suzuki menjadi milik kita malaysia..hihi..tahniah sekali lagi..
 
Malaysia menang agregate 4-2


12/15/10

Malaysia vs VietNam (2-0) 2010 AFF Suzuki Cup

malaysia menang 2-0..

memang agak agak agak lame tak mengupdate blog nie..bukan ape..biasa la hidup sebagai student..penuh dengan asignment..projek..repot..semua ade..lagi-lagi final year student..tapi sekarang dah free..jumaat lepas baru je habis paper tuk final exam yang betul-betul final kat UTHM  nie..haha..result pun semua dah keluar..result pun ntah ape-ape je semua..malas mau cerita..sebenarnya aku tak ada idea nak menggoreng kat sini..semua resipi-resipi goreng aku dah guna masa jawab final exam aritu..haha..nanti la aku update lain pulak...point-point yang nak diceritakan ade tapi macam aku cakap tadi..idea goreng takda..haha..ok la..sebelum out..MALAYSIA MENANG WEI..2-0..hhaha..tapi corak permainan agak kucar kacir la malaysia main..so..kita tunggu pusingan ke-2..mintak-mintak la malaysia boleh sumbat gol lagi kt hanoi nanti..eh..hanoi ea..hihi..ok la..ADIOS..
readbud - get paid to read and rate articles

Followers