5/26/11

KENAIKAN HARGA MINYAK??..PENDAPAT ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA


Rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan semalam membuat keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG).Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan harga tiga jenis bahan api itu setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam."Keputusan itu dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,'' katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini semalam.Harga seliter RON95 sekarang ialah RM1.90 manakala diesel RM1.80 dan LPG RM1.90 seliter.Beliau berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran global.Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan perkara tersebut.
SUMBER : KOSMO MAY 26

kalau ditanya pendapat aku. tak salah naikkan harga minyak ni..sebabnye..kewangan negara jadi semakin stabil hasil daripada pengurangan subsidi tu..takde la nanti kite perlu berhutang dengan bank dunia ke ape ke kan..tapi dengan syarat hasil daripada pengurangan subsidi tu betul-betul dihulurkan kepada rakyat (macam menteri mane cakap ntah..lupe pulak aku..aku sokong yang tu..)..selain itu, macam seorang lagi menteri nie bagitau..menteri ke sape nth..aku lupe..hihi.. kurangkan subsidi tapi bagi rebat kepada rakyat yang layak...sebabnya dorang nie yang merasa keperitan harga minyak naik..yang gaji ribu-ribu takda la merasa sangat..kalau dorang pun merasa susahnye minyak mahal..ape lagi golongan miskin nie kan..dengan cara nie baru la betul kerajaan membantu rakyat..
lagi satu pendapat aku la kan..sekadar pendapat dari penduduk pedalaman sarawak nie buat PM kite (macam PM bace blog aku..haha)..kurang-kurangkan lah perbelanjaan datin rosmah kite tu ke luar negara dengan program kemasyarakatan dia tu sambil bawak rombongan..bagi aku membazir je buat masa sekarang dan akan datang...sebab daripada dia habis beribu-ribu takpun puluh ribu..lagi teruk kalau ratus ribu..baik duit tu simpan buat tolong rakyat sendiri je dulu..buat kempen dalam negara dulu dah la..pergi negara dekat-dekat pun dah la..kos pun tak banyak..yang penting niat tu..ape kata duit untuk datin kita tu ke luar negara kita guna untuk subsidi tu tadi..tak banyak sikit pun jadi la kan..
NOTA JARI :: kecoh inflasi meningkat..kecoh subsidi ditanggung semakin tinggi..harga minyak dunia semakin mahal..tapi last skali (belum last rasenye..baru mula..hihi)..harga minyak kekal..agak-agak korang kenapa ek??..sebab PRU13??...sengaja bagi pembangkang hangatkan isu???..oo kerajaan sekarang ade kaedah lain untuk tanggung subsidi tu??..ataupun ... (korang pikir la sendiri..haha..)

sekadar pandangan seorang rakyat..walau apepun..syukur minyak tak naik lagi ..tq kerajaan kerana prihatin buat masa sekarang..hihi..
PENDAPAT KORANG?? (",)
ADIOS

5/16/11

AKTIVITI SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR : [EDISI GAMBAR]





 KERJA WELDING PUN KAMI BUAT..KERJA BAIKI TEMBOK BATU KAT KANTIN JE AKU TAKDE..SEBAB AKU ADE TUGAS KHAS LAIN..HAHA
 BILIK AKU..HAHA.BUKAN LA..NIE BILIK PKHEM SEKOLAH..KAMI TENGAH BUAT KERJA KAD NAMA PELAJAR ASRAMA
 AKTIVITI RIADAH SEBELAH MALAM..HAHA..

 SESI MEMENUHKAN PERUT..SAMPAI KE PERLIS TU CARIK IKAN BAKAR..HAHA..

 KEJOHANAN ADMINTON PERINGKAT MSSD KOTA SETAR KEDAH..GAMBAR MASA GAME TAKDE LA PULAK
 ADAPTER LAPTOP PUN KENA BAIKI..BELI BARU LA CIKGU..DAH 2 KALI SAYA REPAIR NIE..HAHA
MASE MULA-MULA DAFTAR SELAKU GURU PELATIH..BANTU GURU KAUNSELING MENYEDIAKAN RISALAH KAUNSELING..

TERIMA KASIH CIKGU..


Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...
Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...
Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...
Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.
Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...
Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..
Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...
Sesudah Habis Mengajar
Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...
Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...
Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".
Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan..
"TERIMA KASIH CIKGU...SELAMAT HARI GURU BUAT CIKGU-CIKGU YANG PERNAH MENGAJAR DI SK TANGJUNGPISNAG/SELANGKING..SMK SIMUNJAN NO1..SMT SEJINGKAT KUCHING..MATRIKULASI LABUAN..UTHM JOHOR..TERIMA KASIH CIKGU..SELAMAT HARI GURU 2011"
sumber : iLuveIslam

5/6/11

INSEP [konpius]

Alhamdulillah..pernerbangan AK5216 dari kuala lumpur ke kuching selamat mendarat di KIA tepat jam 6.40 petang semalam..entri nie bukan nak cerita pasal penerbangan nie..tapi pasal kekonfiusan aku nie..haha..ayat ape la yang aku guna nie..haha..sebenarnya aku tengah pening fikir satu perkara nie..samada nak ambik ke tak nak..korang pernah dengar perkataan INSEP nie??..INSEP nie lebih kurang kepada program pningkatan kemahiran industri kepada siswazah yang masih menganggur..disebabkan aku sekarang merupakan salah seorang daripada pengnggur-penganggur tersebut..maka aku layak la memohon..siapa yang ikut serta dalam program ni akan dibagi elaun rm500 sebulan..tapi memandangkan aku baru je sampai sarawak petang semalam..aku jadi konfius nak ambik ke taknak..ke nak carik part time job je..yang tu la yang aku tengah pening sekarang..member-member kelas aku ramai yang nak ambik..tarikh tutp permohonan 13 mei nie..so aku ad masa dalam 6 hari untuk fikir tawaran ni..pilihan yang ada..terima tawaran..tolak tawaran..dalam hati aku berat suruh terima..tapi bile fikirkan balik kos pengajian tu..macam malas pulak..tambang nk balik batu pahat lagi..penginapan lagi..makan minum sepanjang  bulan tu lagi..macam-macam lah..memang ada elaun rm500..tapi mane cukup..setakat makan minum cukup la..untuk tampung benda lain mane cukup..so aku rasa aku terpaksa tak ambik tawaran nie la kot..nak lebih detail pasal program nie..korang boleh tgk gambar kat bawah..tq..adios..(",)
klik pada gambar untuk tumbesaran maximum

5/4/11

KISAH BASI..haha

hai semua..Assalamualaikum buat yang beragama Islam..setelah agak lama tidak berblog..baru sehari 2 hari lepas berkesempatan nak update blog usang yang tidak berpengunjung nie..hiihi..nak kata sibuk takda la sibuk mane..cuma mood nak menaip entry tu ja yang takda..dan kekurangan ayat puitis (haha...) untuk merangka cerpen untuk menceritakan pengalaman-pegalaman yang telah aku lalui..haha..ayat...xboleh blah..haha..

ok lah..bermula 21 april 2011..maka sahlah aku bergelar sebagai penganggur belum bertauliah..sebab tak grad lagi..dan surat senat universiti pun tak keluar lagi..yela..baru habis praktikal.hihi..pengalaman praktikal??ade yang tanye ke??..dan ade ke yang nak tahu??haha..sekadar kenangan aku sendiri..nanti bile aku bosan aku bukak la balik bace sendirikan..kenangan..dan sejarah bagi aku..tapi......kampung aku mane ade internet..lagi-lagi rumah aku..yela..kampung kat cerok sarawak nu..ade berok-ben..tapi..line 3G ade ke..aku nak masok streamyx kt rumah..tapi sape nak bayar bulan-bulan..aku kan penganggur..mane de gaji.takde gaji takde la duit..so..macam mane nie..nak byar berok-ben nie pun macam mane nie..aduhai..banyak nye tapikan..haha..takpe-takpe..diman ada kemahuan disitu ade jalan..tak gitu kawan-kawan..haha..

ok kite masuk bab pengalaman praktikal pulak..aku rasa cerita nie dah basi pun..yela..praktikal dah lama habis..tapi ..tapi lagi..haha..sekarang baru ak cerita..haha..tak kisah la..aku ringkaskan je la..nak cerita satu-satu..panjang sangat..hihi..ok..aku praktikal sebagai guru@cikgu..kalo istilah fakulti aku LM..(Latihan Mengajar)..so tgas aku mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah..aku praktikal nie kat SMV Alor Setar Kedah..kalau dulu dikenali sebagai SMT Jalan Stadium..korang kenal tak sekolah nie..takkan tak kenal kot..hihi..sepanjang aku praktikal nie banyak pengalaman berguna aku dapat..yang tak berguna pun ada gak yang aku dapat..haaha..cerita yang berguna jela..sepanjang kat SMVAS nie..tugas aku bukan setakat cikgu dikelas..segala macam benda aku buat..tapi bukan aku sorang la..dibantu oleh cikgu-cikgu tetap kat sana bersama kawan-kawan sepraktikal yang lain..kat sana aku kena mengajar pelajar tingkatan 4 elektrik dan elektronik satu..aku ajar 2 modul je..satu pencahayaan..satu lagi lukisan geometri..nampak senang..tapi nak bagi budak-budak nie faham..hanya Allah yang tahu..baru la aku merasa ape cikgu-cikgu aku dulu rasa..haha..tapi seronok melayan karenah dia orang nie..dorang bukan jahat..tapi nakal zaman budak sekolah..macam biasa la kan..kita yang dah remaja dan dewasa nie pun penah buat perkara-perkara yang dorang buat..haha..pengalaman mengajar sangat seronok dan membuatkan aku berfikir kaedah-kaedah yang lebih berkesan untuk masa akan datang..hihi..(yeke ni..haha)

selain mengajar kat kelas aku diarahkan untuk latih budak-budak badminton sekolah bagi pertandingan peringkat MSSD kota Setar..aku bukan reti sangat nak ajar pun...setakat bagi tahu itu ini boleh la..yela..ilmu kejurulatihan mane aku ade..haha..so..aku cuma bantu guru penasihat badminton je la..Alhamdulillah, dorang mara ke peringkat separuh akhir..peringkat tertinggi yang pernah sekolah nie capai kot rasanya..kalo ada alumni SMV alor setar yang bace nie betulkan lah yea..hihi..so dorang dapat tempat ke tiga bersama je..tewas dengan lawan yang lebih hebat..tewas dengan pemian kedah tu..hihi..

selain melatih pemain badminton..petang-petang aku main bola tmpar dengan pemain bola tampar sekolah jugak..sambil-sambil tu boleh la aku ajar sikit-sikit..tapi dalam pertandingan dorang hanya layak sampai ke peringkat suku akhir je..tapi takpe..boleh berusaha lagi tahun hadapan..hihi..selain tu..kerja-kerja lain yang aku buat kat sane..macam-macam lah..baiki pagar sekolah..dah macam kontraktor dah kitorang..haha..pastu buat penghadang sofbol sekolah..yang tak siap lagi..bukan salah kitorang..tapi barang takde..nak sipa camne..tinggal nak pasang jaring dawai tu ja lagi..selain tu..kena buat repot untuk projek reka cipta..bantu guru bengkel EN buat poster organisasi n tugas setiap guru..ape lagi ek..terlupa nak cerita pasal jadi warden..takpela..cukup sekadar nak bagitau..aku pun pernah merasai perasaan seorang waden asrama..haha..ade lagi tak tertinggal..erm..macam-macam la..dah macam guru tetap pulak..haaha..tapi takpe..semuanya seronok..dan aku dapat pengalaman yang takkan aku dapat kat mane-mane..dan jugak pengalaman ni akan berguna untuk aku masa aku jadi guru tetap kelak..doakan aku cepat-cepat posting yea..tq..hihi..panjang sangat dah aku cerita nie walaupun aku dah ringkaskan..sebab tu la aku kata tadi..kalo cerita satu persatu memang entah bile habis ceritanye..haha..cerita semasa taklimat selepas habis praktikal belom masuk lagi..nanti-nanti la aku sambung cerita..gambar pun nanti la aku masokan..kalo masukan semua macam tak best pulakan..biar bersiri macam cerita drama..haha..ok la..dah pukul 10 malam..tapi tak makan malam lagi..esok nak balik sarawak..jap lagi nak pergi jumpe abang senior aku jap sebelum balik sarawak..tak sempat lagi nak jumpe beliau..sorry yea baang..dia pun ade blog..meh terjah sini..Paie.. 

ok..ADIOS semua..jumpa lagi..hihi

p/s :: ape aku nak buat sepanjang jadi penganggur nie??

5/3/11

ISU OSAMA LADEN : PANDANGAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

p/s::
nukilan ini hasil daripada FB Tuan Guru Nik Aziz..sekadar perkongsian maklumat..kenyataan penuh tersusun dengan fakta dan berfikiran secara waras bukn mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir seperti PM Najib yang jelas menyokong AS.. dunia tenang tanpa osama..tapi adakah dunia betul2 tenang dengan adanya Obama dan sekutunya..pemimpin yang mampu berfikiran sebegini la yang kita perlukan..fikir2 kan..

RIWAYAT HIDUP OSAMA LADEN

sekadar perkongsian maklumat..agak lama tidak mengupdatekan blog nie..maklum la..sibuk sikit sejak akhir-akhir nie..tapi lepas nie dah tak sibuk dah..tapi malangnya laptop pulak rosak...sekarang terpaksa meminjam laptop orang..ok la..sekadar nak menghidupkan balik blog nie..aku masukanlah maklumat dari kosmo.com nie..=)



DENGAN langkah penuh yakin, Presiden Barack Obama menuju ke Bilik Timur di White House, Washington untuk membuat pengumuman yang bakal mengundang reaksi berbeza daripada penduduk di seluruh dunia.
Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan: “Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa.
“Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda.
“Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam.”
Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan.
Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS. Osama terbunuh dalam satu pertempuran dengan askar-askar AS di sebuah rumah agam mewah bernilai RM2.96 juta yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad, 60 kilometer dari ibu negara Pakistan, Islamabad.
Abbotabad dikatakan lokasi yang menempatkan Akademi Tentera Pakistan. Ia juga disebut sebagai salah satu lokasi pelancongan dan pusat pendidikan di negara itu.
Osama ditembak di kepala dalam satu pertempuran senjata api semasa dia dan keluarganya cuba melarikan diri daripada ditangkap dalam satu operasi melibatkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS dan pasukan keselamatan Pakistan.
Beberapa orang termasuk anak-anaknya dan seorang wanita turut ditahan semasa serbuan itu dilakukan.
Bagaimanapun, tiada rakyat AS yang cedera dalam serbuan itu. Ujian asid deosirikbonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang terkorban itu adalah Osama.
Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama yang didakwa maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Abbotabad, Pakistan kini dilapor berada dalam simpanan AS.
Untuk meyakinkan penduduk dunia bahawa berita kematian pemimpin Islam itu bukan sekadar khabar angin, sebuah stesen televisyen Express TV menyiarkan secara bertalu-talu wajah Osama yang berlumuran darah.
Tanggapan AS bahawa Osama atau nama sebenarnya Osama Mohamed Awad Laden, 54, mudah ditewaskan seperti yang pernah dilakukan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ternyata meleset.
Osama adalah manusia yang paling sukar diburu di dunia.
Dendam berbalas
Meskipun AS dikatakan perintis kepada kemajuan teknologi dunia, mereka gagal mengesan lokasi Osama yang dipercayai bersembunyi di kawasan permukaan bumi yang paling sukar di dunia dan dikelilingi penyokong yang setia.
Akibat terdesak, The Washington Post melaporkan, AS pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$50 juta (RM175 juta) kepada pemberi maklumat yang boleh membawa kepada penahanannya. Namun, hampir sedekad Osama berjaya mengelak diri daripada ditangkap.
Jika dicongak, AS sebenarnya mengambil masa hampir dua dekad sehingga bertukar tiga pemimpin iaitu dari era Bill Clinton, Bush hingga ke Obama untuk melenyapkan Osama.
Osama yang dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi sebenarnya menjadi buruan AS sejak Disember 1992 selepas Al-Qaeda melancarkan serangan ke atas Hotel Gold Mihor di Aden, Yemen.
Sejak itu, operasi kumpulan tersebut berpindah-randah. Al-Qaeda dipercayai pernah menjadikan Albania, Algeria, Iran, Sudan, Pakistan, Afghanistan dan Bosnia Herzegovina sebagai kubu dan pusat persembunyiannya.
Menghukum AS
Kepada AS, Bosnia dianggap lokasi yang paling selamat untuk Al-Qaeda. Namun pada tahun 1999, perisik AS berjaya menghidu Osama dan pembantunya yang merupakan rakyat Tunisia yang memperoleh kerakyatan Bosnia pada tahun 1993. Namun, ia dinafikan oleh kerajaan Bosnia.
Kemuncak kepada kemarahan AS sebenarnya ialah peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang mengakibatkan 2,973 orang maut dan 24 disahkan hilang. Laporan Pentagon menyebut, serangan pada pagi 11 September 2001 itu dilakukan oleh 19 orang anggota Al-Qaeda yang beragama Islam.
Pada petang 11 September yang hitam itu juga, di atas timbunan runtuhan WTC, Presiden Bush berikrar untuk memerangi teroris itu hingga ke akar umbi.
Mengapakah Osama bertindak sebegitu radikal? Menerusi video berdurasi 18 minit yang disiarkan oleh TV Al-Jazeera pada tahun 2004, Osama dengan nada bersahaja berkata:
“Setelah saya melihat kemusnahan menara-menara di Lebanon, saya tiba-tiba terfikir untuk menghukum AS dengan cara sama iaitu dengan menghancurkan menara di AS, saya mahu AS merasakan apa yang dirasakan oleh mangsa-mangsa di Lebanon.”
Sementara itu, pada 23 Mei 2006, menerusi saluran yang sama, pemimpin Islam itu berterus terang: “Saya seorang yang bertanggungjawab dalam serangan itu, bukan 19 orang seperti yang disebut-sebut.”
Bermula pada saat itu juga, sentimen Islamofobia dalam kalangan warga AS semakin menjadi-jadi. Pada masa yang sama, AS terus melaksanakan diskriminasi terhadap orang Islam. Bagi persepsi Barat, Islam disekutukan dengan terorisme.
Menyorot latar belakang Osama, dia berasal daripada sebuah keluarga hartawan. Bapanya, Mohamed bin Awad bin Laden adalah seorang ahli perniagaan bertaraf bilionair dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Arab Saudi. Mohamed berasal dari Hadramaut, selatan Yemen dan berkahwin dengan Hamida Al-Attas, seorang wanita warga negara Syria.


Osama dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada 10 Mac 1957. Ibunya, Hamida merupakan isteri Mohamed yang ke-10. Bagaimanapun, Hamida kemudian bercerai dengan Mohamed. Mengikut perkiraan, Osama adalah anak yang ke-17 daripada 50 adik-beradik.
Sejak kecil, Osama berpegang kepada ajaran Wahhabi. Beliau digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Malah, Osama sememangnya anti-Barat. Bagaimanapun, Osama menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah sekular yang mengkombinasikan pendidikan British dan Islam di Jeddah iaitu Al-Thager Model School dari tahun 1968 hingga tahun 1976.
Sekitar tahun 1970-an, Osama telah pun mempunyai empat orang isteri. Isteri pertama yang dikahwininya ketika berusia 17 tahun adalah sepupunya, Najwa Ghanem. CNN melaporkan, pemimpin itu adalah bapa kepada 26 cahaya mata.
Osama kemudian melanjutkan pengajian di Universiti King Abd. Al Aziz dengan mengambil jurusan ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Sumber lain juga menyebut, beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam pada tahun 1981.
Sisi sebagai pejuang keagamaan dikatakan mula ditonjolkan secara jelas oleh Osama sejak menuntut di kampus lantaran kecenderungannya yang gemar berdebat.
Daripada mengamalkan prinsip wasatiah dalam dakwahnya, Osama yang menginjak usia 22 tahun semakin berani.
Detik itu bermula ketika beliau menyertai Abdullah Azzam. Abdullah merupakan pensyarahnya dan pengasas kumpulan militan Hamas di Palestin yang menentang pencerobohan penjajahan Soviet di Afghanistan.
Pada tahun 1984, Abdullah dan Osama menubuhkan Maktab al-Khaddamat untuk menentang penindasan AS dan Israel terhadap negara-negara Arab.
Kemarahan Osama terhadap kuasa besar itu semakin membuak-buak. Justeru, pada 20 Ogos 1988, lahirlah Al-Qaeda yang dikatakan mempunyai jaringan negara, kumpulan militan dan ratusan ribu ahli daripada pelbagai negara.
Antara kumpulan yang dikatakan mempunyai kaitan secara langsung ialah Jemaah Islamiah (JI) yang pernah diketuai oleh rakyat Malaysia, Noordin Mohd. Top.
Namun, perjuangan Osama mahu membela nasib bangsa dan agama tidak direstui dan kerakyatannya digugurkan oleh pemerintah Arab Saudi.
Keluarganya juga diminta supaya menghentikan pemberian wang secara bulanan yang keseluruhannya bernilai hampir RM20 juta setahun.
Fiksyen kematian Obama
Sementara itu, selepas kematian Osama stesen TV Pakistan mendakwa bahawa imej gambar yang memaparkan wajah Osama yang berlumuran darah adalah palsu.
“Ia adalah gambar palsu, gambar itu pernah dipaparkan di Internet pada tahun 2009,” kata Ketua Biro Islamabad TV Geo, Rana Jawad kepada AFP.
Jamaah Ansharut Tauhid (JAT) pimpinan Abu Bakar Baasyir yang membuat kenyataan di akhbar Koran Baru di Jakarta semalam menegaskan, berita kematian Osama bukan pertama kali dilaporkan.
Abu Bakar melalui jurucakapnya, Sonhadi berkata: “Kami masih menunggu pengesahan daripada Al-Qaeda sama ada benar atau tidak berita kematian tersebut.
“Kalau benar sekalipun, itu tidak akan membuat Al-Qaeda mati.”
Sememangnya itu yang menjadi tanda tanya penduduk dunia. Bahkan ramai berpendapat laporan itu cuma sandiwara yang dipentaskan oleh AS ke mata dunia.
Menyingkap semula khabar angin kematian Obama, ejen-ejen perisik Perancis melaporkan Osama telah mati pada 23 Ogos 2006.
Yang lucunya, punca kematian dipercayai akibat demam kepialu dan kegagalan buah pinggang. Berita itu diulang semula pada 4 September 2006. Menafikan laporan itu, Osama kemudian muncul di kaca TV menyatakan beliau masih hidup lagi.
Apa pun juga tanggapan, persoalannya adakah dengan kematian Osama akan menyebabkan kegiatan pengganas tidak akan wujud lagi? Apa pula yang akan dilakukan oleh proksi-proksinya?
Seperti kata Abu Bakar Baasyir dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, kematian Osama tidak akan mematikan Al-Qaeda
readbud - get paid to read and rate articles

Followers