9/20/11

TIDUR BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN

Kajian terbaharu Kaiser Permanente menunjukkan orang yang cuba menghilangkan 10 paun berat badan akan lebih mudah mencapai matlamat itu jika mereka tidak tertekan dan tidur lebih enam jam. Bagaimanapun, pastikan tidur itu tidak melebihi lapan jam setiap malam. JIKA anda mahu meningkatkan peluang mengurangkan berat badan, turunkan aras stres anda dan dapatkan tidur yang cukup.Penyelidikan yang turut disiarkan dalam International Journal of Obesity pada 29 Mac lalu secara keseluruhannya melibatkan hampir 500 responden. Antara yang soalan-soalan yang ditanya meliputi waktu tidur responden, tekanan dan tahap kemurungan. Waktu menonton televisyen dan skrin komputer yang sering dikaitkan dengan kehilangan berat badan turut diselidiki.

p/s: ape tunggu lagi..jom kite tidur..........hahaa..selamat beramal..ADIOS..

sumber : kosmo
readbud - get paid to read and rate articles

Followers