2/28/10

pemain arsenal, ramsey patah kaki::arsenal vs stoke city 3-1

giler la wei..ngeri jugak aku tengok part nie..ntah bole main lagi ke tak ramsey nie..dah la muda lagi..semoga cepat sembuh la..insiden nie macam yang penah berlaku kat eduador 2tahun lepas je..haish..nak tengok video??ade kat bawh nie..

.::ADIOS::


p/s:tambah lagi pemain arsenal yang cedera..

2/27/10

BINTANG KECIL

layan lagu nie pulak..hihi



macam mane..best tak??..hihi..tabik spring kat budak ni..tinggi siot suara dia..haha..
tapi drummer tu asyik ketuk tangan dia je..dua kali tu..haha..ok la..semoga terhibur..adios..

2/26/10

adakah kau lupa??

saje nak share..maybe ade yang dah penah tengok video nie..sama2 la kita beringat semula..jom layan video nie..



so..aku rasa memang kita dah lupa..

2/22/10

peraduan teka kaki..eh silap..teka-teki


contest teka teki pulak..nie 1st time kau join contest dalam blog nie..haha..gelak la kat aku..aku tak kisah pun..haha..saje je nak join..macam tergerak hati nak join kan..selain tu boleh update blog sementara takda idea nak buat n3 baru kan..hihi..

ok..jom jawab teka-teki tu..sape2 nak join boleh tengok kat blog cik kak nie [LINK]..hihi..contest yang sangat mudah..peraturan yang simple je..

ok dah..sesi menjawab..

teka teki pertama:
jawapanye segala jenis meter pada bus tersebut..haha..(betul ke nie..lantak la..)

teka-teki ke 2 pulak:
jawapanya tak batal..sebab bukan anjing yang jilat kaki dia..dia jilat kaki sendiri..kan3..hihi

ok2.masuk part slogan..nie yang lemah nie..aku bukan pandai nak buat slogan2 nie..aku buat suke aku je la ek..

saya suka jawab teka-teki nie kerana saya pun tak tau kenapa saya suka jawab teka-teki nie....kenapa saya suka jawab teka-teki nie??(ala ala iklan petronas yang kenapa suka rumah tu..hihi.)

ok dah..siap satu contest..

selesai..saje memriahkan contest sesama blogger..lain kali nak join contest lain pulak la..hihi.

kasar ke?..melampau ke??..maaf di pinta..

ape pendaapt korang kat n3 pasal polis tu??

ade ke aku kutuk polis??

yang aku tau aku bertanya pasal kerje polis je..

dengan tajuk awal

polis makan gaji bute??

lepas tu tukar jadi

polis pt raja makan gaji bute??

sebab ape aku kate aku bertanya??

sebab aku letak tanda tanya (?) kat hujungggggggggg sekali tajuk n3 tu..kan3..

tp aku akui memang akan ade terasa pasal aku tulis umum je..just polis..tak spesifik..membuatkan ade yang berpendapat aku khas kan kat semua polis2 kat malaysia nie..silap aku jugak di situ kot..tq kepada yang menegur n yang terasa tadi tu..hihi..bukan semua polis pt raja pun macam nie..just polis yang sorang nie je..yang tengah buat rondaan bersama anggota rela di bawah tugasan NKRA kot..

ok la..setakat nie saje kot tuk n3 ke2 malam nie..nie pun sebab aku tak dapat nak tido lagi nie..dah la esok aku ade kelas pukul 8 nie..aduhh..susah betul la kalau selalu macam nie..adios.

p/s: maaf kalau ade yang terasa..
p/s lagi : pt tu parit
p/s lagi lagi : aku pun sebahagian dari polis just takde kuasa je

polis pt raja makan gaji buta??

ape pendapat korang bile tengok polis yang dalam tugas tapi bila jumpa orang tengah main mercun, roket dan yang sama waktu dengan nya buat selamba je..just lalu n tengok macam tu ja..

adekah ini yang di kate kan makan gaji bute??

or memang di benar main mercun masa tahun baru cina

or
memang boleh pun main mercun nie..takde dalam undang2 kate xboleh pun..(kalau takde ape yang keluar dalam berita tangkap sana sini tu..hihi)

yang nie aku tengok masa aku tengok bola kat kedai mamak tadi..kedai sebelah mamak tu siap boleh bakar mercun gantung tu kat tepi kedai yang orang tengah tengok bola..ade ke patut..tau la kedai dia sebelah tu jugak..kalau bakar kat sebelah lain xboleh ke??kalau kena kat orang ke ape ke tadi macam mane??..

yang best nye aku macam tengok bola live je..siap ade bunga api yang orang guna untuk sambut new year or ade ape2 event besar tu..smart giler..haha..

tapi aku tak puas ati bile polis tu selamba je tengok budak tu main mercun..haish..

p/s::yang nie boleh kena ISA gak ke??sebab kutuk polis bukan kutuk k..xnampak tanda tanya kat last word tu..tu tandanya pertanyaan..so jawapannya ialah YA atau TIDAK..haha (aku lupe nak ambik gambar + tak sempat)

p/s lagi: tuka tajuk sebab ade orang xsuke..hihihi..

2/20/10

Family Day

Dalam kebosanan melanda..aku terasa macam nak buat post baru..p xda idea nak mengarut kat blog nie..dalam otak ade je benda nak di post kan..tapi tak tau nak mengarut ape..haha..so aku upload kan je la gambar2 yang sekian lame aku nak upload tapi xde idea.haha..basi pun basi la..xbasi g kot..baru je ujung bulan 1 lepas..hihi..

Gambar2 nie masa aku g family day untuk kelab kaunseling dan kerjaya UTHM..atau singkatannya KKDK..family day nie kitorang main bowling je..walaupun pada mulanya aku di bagi tahu sebelum bowling ade acara memenuhkan panggung wayang gambar dulu..atau singkatannya pawagam.haha..ntah nape pulak tak jadi aku pun kurang pasti..tapi ok jugak..jimat sikit duit aku mengalir keluar..haha..so kami di bahagikan dalam kumpulan..setiap kumpulan 4 orang..semua ade 10 kumpulan..so ade 40 orang la kami yang datang tu..korang bayang kan lah..kami je dah 40 orang..tambah lagi orang awam lain yang main masa tu..memang kecoh gile la dalam bowling tu..haha..

aku dah tak ada idea nak menggoreng nie..korang tengok je la gambar kat bawah nie yea..
 nie dorang tengah tunggu bus..syarat tuk pegi family day tu..semua kena naik bus untuk ke BP mall.hha..tapi aku ngn kawan aku naik moto..sebab kami pegi lambat..ada hal..haha
 nie aku dengan kawan aku yang datang lambat tu.
 
bowling time..haha..xreti main pun..baling je la..haha

 
nie bukan aku..gambar aku ngah baling bola tu satu pun takde..ngah pegang bola pun xde..huhu..sedeh2..

 
dah baling bola dalam longkang mesti ade pemenangnye kan..haha..so group aku dapat no 2..walalupun tak reti main berbanding group2 yang lain..so..tahniah kat group membar aku..

 
dah puas main & bagi hadiah semua..kami bergamabr ramai-ramai la pulak..kalau ikutkan dorang tak kasi bergambar kat dalam nie.member aku cakap la..sebab gangguan flash kot kat orang lain yang ngah main..tapi hari nie dorang bagi lak..haha..

so..abis je main kami g makan dulu sebelum balik..aku ngan member aku yang datang lambat tadi tu belum makan lagi..sampai2 dorang semua dah melantak..so kami tengok je la..
setakat nie jela kot.aku korang pun tak baca abis nie..haha.adeaku kesah..ikut suka korang la nak baca ke tak..hak masing2..ok la..adios..

2/19/10

::xde tajuk..malas nak fikir..adios::

susah betul nak tido malam nie..
macam2 aku fikir dalam kepala otak aku nie..

dah try nak kosongkan otak..
nak tidur lena..

p xboleh jugak..
macam2 aku fikir..
PSM la..hal itu la..hal ini la..
kalah PM berfikir kot..

last2..
sejam lebih guling kiri kanan xboleh nak tidur..
aku on balik streamix yang aku dah off kan tadi(sebab lame dah x off,,saje je off).
aku on balik laptop/lappy orang panggil..
aku pun xtau kenapa di panggil lappy??(agak ketinggalan rupenye aku..ade aku kesah.)
pastu aku mula terjah blog ke blog..
juz x tinggal jejak je..
nuffnag puntengah nenyak tidur sekarang nie..
lau ade tu aku klik je..
ingatkan bawak membaca nie mengantuk..
tapi aku rase mata aku makin segar..
buktinye..
yang aku boleh buat n3 baru g nie..sudah terang lagi bersuluh..

macam mane aku nak suruh mata aku tidur nie..
esok aku nak bangun awal..
aku nak g library sambung buat PSM aku wei..
dah tertunggak sekian lame tu..
haish..

nite allzzzzzzzz.
eh silap..selamat pagi
salam
adios

2/14/10

SPAM?

aku masih xdapat nak tinggalkan link kat shoutbox..haish..memang kena tuka ke addres aku nie..camne nak tuka ek..aku rabun IT..huhu..

bersiap sedialah wahai bakal-bakal guru..haha

haha..sebelum ape2..kite gelak lu..senyum pun boleh..hehe..ok2..pagi2 bute nie pasal bakal2 cikgu cikgi plak..nape ngn cikgu cikgi nie..ade masalah ke??cabul pelajar ke??tampar anak murid ke??kena saman ke??..bla..bla..bla..hihi..

sebenarnye..xde ape sangat pun..xde saman..xde tampar menampar..xde cabul ke rogol ke..xde yang negative la..cikgu mane boleh buat perkara negative..betul x..orang lain pun xboleh jugak..kan dalam agama kite dah di ajar jauh kan perkara2 yang xbaek nie..hihi..bagi kuliah subuh la pulak..xsalah kan ingat mengingati..peace..(*_0)..

sebenarnya aku nk ingatkan kat bakal2 cikgu nie je..lau ade yang xbace paper ke arini..bakal2 cikgu baru akan di kenakan syarat mengajar 3tahun d kawasan pedalaman..WAJIB!!..hihi..ok pe??..udara segar..murid xramai..xpening kepala..dan yang nie aku suke..jimat..haha..duduk di kawasan kampung or pedalaman sangat jimat k..kalau xcaye try la..hihi..

infomasi nie aku dapat dari paper kosmo..bertarikh hari nie la 14 februari 2010..kat bawah nie aku de copy paste..korang bace je la..k..adios..


Guru baru wajib mengajar di pedalaman


SEBAHAGIAN penerima anugerah pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009 bergambar bersama Mohd. Puad (tengah) di Balik Pulau, Pulau Pinang


BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

ayat-ayat cinta



There are some problems with your current message. One or more website addresses you are using have been banned from the shoutbox for the reason of spamming.

If you have entered website addresses, please remove them to post again.


kenapa bila aku nak post msg kt shoutmix member blogger lain keluar "ayat-ayat cinta" kt atas nie..ape aku dah buat??...n macam mana aku nak selesaikan masalah nie..dari pukul 12.30am tadi lagi ni..sampai la sekarang..haishh..ade sape-sape leh tolong..huhu..

gambar::ehsan informer aku P.gooGle

2/13/10

tak cukup bangga lagi ka.

Ketamadunan Malaysia di Univesiti Oxford


RAIS (tengah) bersama Masnah (dua dari kiri) diiringi Farhan Nizami (kanan) ketika melawat Pusat Pengajian Islam di Oxford, semalam.

LONDON: Ketinggian tamadun Malaysia yang dizahirkan dalam bentuk sebuah dewan yang indah dan penuh seni ukiran kayu kini terserlah di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford di sini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata projek bernilai RM12 juta itu adalah satu aspek penzahiran tamadun yang amat tinggi yang akan kekal sebagai warisan Malaysia untuk perkembangan dan sejarah tamadun dunia dan Islam.

"Suasana dewan ini akan mencerminkan sebahagian tamadun Malaysia.

"Kita akan berbangga dengan kemampuan Malaysia menyumbang dan meneruskan ciri-ciri yang penuh dengan isian seni budaya dan warisan kita," katanya selepas melawat dan meninjau projek itu, semalam.

Ia akan kekal menjadi sebahagian penting Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford yang dibina dengan sumbangan kerajaan Malaysia untuk kepentingan akademik dan juga penonjolan seni budaya warisan Malaysia.

Rais berkata, usaha mewujudkan suasana seni budaya melalui ukiran kayu itu dimulakan sejak tahun 2007 dengan ukiran oleh pakar pengukir yang didatangkan khusus dari Terengganu.

"Projek ini dilaksanakan menerusi kecintaan kita bahawa lambang dan ketinggian perjuangan seni budaya itu dapat terserlah dalam dewan seperti ini," katanya. Beliau turut memberi beberapa komen dan teguran untuk memastikan projek itu siap sebagaimana perancangan asal.

Beliau, yang ditemani isteri Datin Seri Masnah Rais dan Pengarah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Dr Farhan Ahmad Nizami melihat satu persatu ruangan di dalam dewan itu yang sedang disiapkan dan juga meneliti setiap ukiran dari kayu merbau, cengal dan jati.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang melihat dewan itu berpendapat ia adalah sumbangan besar Malaysia kepada pengajian dan perkembangan tamadun dunia dan Islam.

sumber::berita harian 13 februari 2010

2/9/10

Kejohanan Olahraga Tahunan

setelah sekian lama aku x update..ade la dalam 5 hari kot..bukan xde yang nk d update kan..tapi kebosanan nk olah idea tu melampau..haha..ade 2 3 n3 dalam kepala otak aku nie...p lain kali la aku update..biar la n3 basi pun..janji jadi kenangan kat aku..haha..korang layan je la..zasssssss

7/02/10 - ahad - 7pg-12tgh hari..

~hari olahraga persatuan kebudayaan smk pusa~

utk sbjek pengurusan kokurikulum, ada 4prgrm perlu run.. sal olahraga, permainan, uniform n persatuan.. kami ada 25org, pch dua kumpuln.. each kump akn run 2prgm.. aku nye kump kena olahraga n persatuan.. utk psatuan InsyaAllah kami akn adakan mlm seribu bintang.. ptandingn karaoke.. ok, yg tu hold lu.. skrng nak cite sal olahraga...

spttnya ptg sbtu kami p set up pdg.. memandngkan stadium uthm msh lam pembinaan (ntah bile nak siap), so kmi tpaksa guna pdg ragbi.. utk olahraga kami perlu set up trek larian n lontar peluru.. nak dijdkn kisah yg pnjng, ptg tu hujan bserta kilat mnybabkn aktvti ptg tu tpksa dibtlkn..

tp pe2 hal pun, pdg ttp kena set up utk esk.. so ada sorng shbt mnyatakan xpe, mlm lampu kat pdg terang.. pnh smgt lps maghrib kami mmulakan pjlnan ke pdg.. hahahahaha.. teranggggg gilaaa.. mmg suma nmpak r.. haish.. cmne nak wat trek ni????? tp bbekalkn smgt yg bek pnya kami wat gak.. huhu.. bpandu terang bulan.. lps settle suma, smpat agi duk men lari2 ditgh pdg tu.. nsb bek guard uthm bek, xdenya dihalau kami bmain lam gelap..




mlm tu settle, soknya lak.. erm ada la bbrapa org mnusia yg dtg lmbat yg mnimbulkan kebengangan dipihak kami.. ok fine.. wut u give u get back.. igt ni 1st progrm kita bsama.. ada lg 3.. tgk la cmne kami wat nanti.. hahaha..

progrm ni cm simulasi la pd kami bkl guru nk handle hari sukan kat sek nanti.. so, ada la yg wat2 pengsan, wat2 kejang kaki la (ats arahan lecturer kami).. haish.. haru biru gak la.. tp sonok..

p/s::n3 nie aku copy je dari mereka2 nie..sebab tu gambar aweks2 je..haha..aku malas nk menaip..bosan tahap cipan dh nie..haha..k la..adios

2/4/10

siapa ada ubat tidur?

sape2 kat luar tu ade ubat tidur wei..aku ada masalah nak tido nie..huhu..dari pukul 1230am tadi aku baring sampai la pukul 140am aku x lelap-lelap lagi..penat aku pejam mata aku..p xnak jugak tido2..hhuhu..kepala dah mengantok nie..dah pening-pening lalat dah nie..huhu..last2..aku bangun..on balik laptop aku..klik2 nuffnang..n buat ap2 kerja yang patut..haha..k la..nak sambung melawat blog korang nie..adios

p/s..ade sape2 yang ade ubat tido lebih ke tak..bagi sikit..haha..gurau je..amaran kementerian kesihatan..jangan sesekali mengambil ubat tidur tanpa pengesahan doktor..hihi..
readbud - get paid to read and rate articles

Followers