8/23/10

ISU DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT

GEORGETOWN: Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa berkenaan.Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong. "Memang saya tidak sebut namanya (Yang di Pertuan Agong), tetapi saya mendoakannya ketika berdoa supaya kesejahteraan serta kesihatan diberikan kepada semua pemimpin itu, termasuk kepada Yang di Pertuan Agong. Saya tidak tinggalkannya terus (doa untuk Yang di-Pertuan Agong), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau mengulas tindakannya tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong ketika doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia seolah-olah tidak menghormati Tuanku Mizan sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang.Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak.

p/s: Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini..kalau la betul doa ini dah diubah sejak tahun lepas lagi maknanya benar la berita sebelum ini..kenapa perlu ditukar nama Tuanku kepada guang eng..meskipun guang eng tu ketua menteri p.pinang tetapi guang eng dengan Tuanku Yang di-Pertuan Agong mana lagi tinggi darjatnya..dan juga..meskipun ada kepentingan politik politik dengan agama Islam..mana lagi penting..tetapi harap hal-hal seperti ini tidak dipolitikkan..

pp/s:sumber sahih atau tidak dan penggunaan nama guang eng boleh atau tidak Allahuallam..dan yang pastinya kalau boleh pun kenapa perlu di tukar??

8/20/10

Doa khutbah untuk Guan Eng

KEPALA BATAS – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.“Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini semalam.Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.Selain itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya.

Astaghfirullah..ape nak jadi dah nie..doa khutbah untuk Guan Eng??.. tanda-tanda dunia menghampiri kiamat..taubat la wahai manusia..

8/17/10

KEK LAPIS SARAWAK JUADAH BERBUKA PUASA


kalau buat juadah berbuka sedap gak ni..mane nak carik kat parit raja nie..kalau ada pun mesti mahal..hihi

p/s:mode nak balik raya dah..haha

8/15/10

TAZKIRAH RAMADHAN..SEKADAR RENUNGAN BERSAMA.


 Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain.Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Tragedi Bazar ramadhan Jasin 2010

 

SUBHANALLAH..TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA

8/14/10

2 MAUT BAZAR RAMADHAN DILANDA RIBUT


Keadaan bazar Ramadan di Stadium Jasin, Melaka berselerak selepas dipukul ribut semalam.


JASIN – Dua peniaga bazar Ramadan di Stadium Jasin di sini maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut semalam.
Mereka yang terkorban dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan Mahadi Mohamad, pembantu kedai martabak.
Mereka terkorban akibat hentakan batang besi payung gerai yang berterbangan.
Selain dua mangsa yang terkorban, seorang lagi peniaga parah dan 18 lagi cedera ringan.
Jurucakap polis berkata, ribut selama kira-kira tiga minit itu melanda pada pukul 4.45 petang semasa 23 peniaga di bazar itu sedang menyiapkan juadah masing-masing untuk dijual.
“Ribut tanpa hujan itu terlalu kencang sehingga semua barang berterbangan dan ramai peniaga rebah,” katanya.
Jurucakap polis itu memberitahu, kejadian ribut kencang itu adalah yang pertama kali berlaku dan terburuk di daerah ini.
Sementara itu, seorang peniaga, Norhafizah Shiraj, 24, berkata, ribut itu datang secara tiba-tiba tanpa hujan.
“Saya yang sedang menjual char kuey teow tidak dapat berpaut pada apa-apa menyebabkan saya terjatuh ditolak angin,” kata Norhafizah
Jelasnya, kejadian itu sangat menakutkan kerana ramai yang menjerit-jerit apabila semua barang berterbangan.

8/8/10

JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2

selesai sudah program 3 hari 2 malam di parit bakar muar..program tu aku rasa terlalu singkat tempoh masanya..sebab 3 hari 2 malam ape je yang korang boleh buat..duduk kat rumah berapa jam je pun..senang cerita rumah tumpangan untuk tidur..sepatutnya palin kurang pun 4 5 hari..baru terasa nikmat keluarga angkatnye tu..hihi..

komen aku kat program nie..ok la..boleh la..haha..yela kan..pengurusannya nak kata teruk sangat tu takde la jugak..lancar la jugak..walaupun ada problem-problem yang timbul semasa program nie berjalan..biasa la..adat berprogram..tak semua orang akan suka atau setuju dengan cara kita jalankan program tu..dan tak semua ape yang kita rancang atas kertas akan dapat dijalankan pada masa kejadian(masa program la,)..tapi..banyak2 adat@kebiasaan, yang nie la yang nak kena buang..tak bagus untuk dikekalkan..hihi..

semasa program nie..ade la masalah-masalah yang timbul..sama ada berkaitan keluarga angkat dan jugak aktivti amal yang dijalankan..tapi bagi aku..bila sesuatu yang kita rancang atas kertas tu tak menjadi..tak perlu nak pening-pening kepala nak kutuk sana sini..nak marah orang yang handle aktiviti tu..sebab yang paling utama ade lagi program atau aktiviti yang perlu dilaksanakan selepas tu..kalau kepala dah tension fikir masalah aktiviti yang dijalankan sebelum tu tak menjadi..macam mana nak fikir dan lancarkan perjalanan aktiviti seterusnyakan.masalah yang timbul tu kita bincang masa postmoterm..betul ke ejaan nie..hihi..masa tu la kita nak betulkan masalah yang timbul..dan jangan lupe ambik catatan..sebabnya..bila nak buat program lain plak akan datang..kita dah tau kelemahan kita dekat mana..so, boleh la kita baiki kan..ni tak..kebanyakkan bila meeting untuk simpul kan keseluruhan program je semua nak salahkan siapa yang run kan program tu..biasa la kita nie..nak cari kesalahan orang je..sama la macam aku..haha..

ok la..takperlu la cerita panjang-panjang..kat sana aku dapat abang dan kakak angkat..yela..dorang muda lagi..umur baru 3o lebih..tak kan nak panggil mak dengan ayah kan..tak best la..dorang pun bahasakan diri dorang abang dan kakak..so kirenye dorang ok la tu kan..=)..insyaAllah raya nie kitorang rancang ramai2 nak pegi sekali kat sana..sambil-sambil tu boleh la singgah rumah umi dan abah angkat aku kat batu pahat nie jugak..kampung umi dan abah aku nie kat semerah..45minit dari parit raja nie..kalau yang kat parit bakar tadi.kalau naik bus 1jam 30 mint..so tak berapa jauh la dari keluarga angkat aku yang sebelum nie..dah merepk je banyak nie..tak ade dah yang nak di cerita..gambar pun aku takda ambik..ade satu dua je..yang lain kat camera orang lain.haha..

ok la..ADIOS

p/s : lupe nak bagitau..kitorang 4 adik beradik angkat..sorang daripadanya budak somalia(somalilan.)..hihi

8/6/10

PARIT RAJA, BATU PAHAT --------> PARIT BAKAR, MUAR

salam sahabat semua..
esok aku akan bertolak ke muar..ade program anak angkat dekat sana..3 hari 2 malam..program tu dekat parit bakar muar..esok sampai je berkumpul kat SMK Tengku Mahkota.pastu petang baru perasmian dan terus pengagihan anak angkat..sebenarnye aku nie dah boring dah program-program anak angkat nie..ramai sangat dah keluarga angkat aku nie..sampai tak terangkatdah..haha..

tapi nak buat macam mana..dah wajib kena ikut..program nie anjuran fakulti aku..tapi budak-budak master yang handle..agak kelam kabut jugak la dorang..yela..ade yang penah handle program ok la kan..yang xpenah handle tu pening la nk buat kerja..program pun besar..tapi aku rasa keramaian budak master fakulti aku tak ramai yang penah handle program..lagi-lagi AJk-AJK yang ade sekarang nie..sebab kelas aku penah berkerjasama dengan dorang..yang pegi pulau perhentian tu..penat kitorang betekak ngn dorang..dah pengurusan dorang tak teratur kitorang tegur la..pastu sekejap cakap macam nie..sekejap cakap macam tu..kitorang pun lawan balik..haha..jahat tak..aku la ketuanya..sampai dorang nk kutip RM20 sorang kt kitorang semual selepas program tu pun tak jadi..sebab aku tak puas ati untuk ape duit rm20 tu..dan kenapa tak cakap teurs terang sebeleum program start..haha..jahatnye aku..tapi kalau dorang mintak gak lepas tu kitorang tetap bayar..cume nak tau buat ape lagi duit tu..mane pegi duit yang kutip awal2 lagi sebelum program..

dah-dah..tak perlu nak di ungkit kisah lama..cewah..haha..ok la..esok nak pegi muar..ade sape-sape orang muar tak kat sini..orang kampung parit bakar ke..aku kalau tak silap parit bakar 3..hihi..mane la tau ade blogger orang sana..ok la..gudluck untuk kitorang esok..aku and the geng 10 orang selaku biro perkhidmatan teknikal..kitoprang akan pusing kampung-kampung baiki peralatan ape yang patut..kipas-kipas ke..paip-paip kat masjid ke..ikut la bos nak bawak g mane..hihi..

dah-dah..lewat sangat dah nie..tido-tido..esok nak kena bangun awal.so aku off 3 hari untuk blogwalking..time2 aku tak blogwalking la buffered aku ade..korang datang-datang la blog aku yea..klik iklan buff aku k..haha..ok la..selamat malam..

::"ADIOS"::

MUARRRRRRR!!!!..TUNGGU..AKU DATANG..!!!!!HAHAHA

8/3/10

DOA PEMANIS MUKA

DOA INI MUJARAB, SEBAIK BAIKNYA DIBACA SETIAP PAGI JUMA'AT: SEBELUM KELUAR RUMAH.  Tak payah nak berabis duit buat facial ataupun botox…… etc….. Tengok aje orang orang dulu atau seniwati –seniwati  lama  kita yang sentiasa kelihatan manis…… khabarnya dia orang memang pakai doa yang sama…………..Cuma kena rajin menghafal dan baca setiap kali pakai b ed ak atau keluar rumah………………..

Doa pemanis muka ni lebih afdal lagi kalau dibaca 3 kali sehari sebelum memakai b ed ak atau a lat 2 solek atau minyak rambut .


Hafal dan tarik nafas dalam dalam dan hembus ……. Lepas itu.  Baca kuat-kuat ....... Bagi semua orang dengar...... ......... ......

Selamat mencuba..... amalkan lah..  Tak rugi
...!! !!! !!!!!!!

>
>
>
>
>
>

*
*
*
*
*
"
minyak si tuang tuang,

ku tuang dalam kuali,


muka ku macam beruang,


semua orang gerenti lari.


kuang.. kuang..kuang. ."



He…. He….. tengah senyum ke??.....
kan manis tu.....semoga bertambahlah manisnye...

Hahahahahaha. .. ampun tuan ku.......... ..beribu ribu ampun……………...  Hamba pon terkene..... . beb

YOUTHSAYS DAN FACEBOOK SUSPENDED..::ADE AKU KISAH::..

haish...orang kata tak baek mengeluh..memang tak baik pun..tapi nak buat macam mana..dah jadi tabiat..bukan tebiat k..tu buang tebait namanye..hihi..dah..aku malas nak melalut panjang..hari nie..lebih spesifik semalam la..sebab masa aku taip entry nie dah masuk hari baru..hari selasa..hari nie je dua akaun alam maya aku nie kena suspended..aku pun tak paham kenapa..ape salah aku..aku pun tak tau.first sekali..akaun youthsays aku..dah kena suspend..pastu akaun facebook pulak..yang aku peliknye ape salah akaun facebook aku nie sampai kena suspended..aduh..mengeluh lagi..macam mana la nak buang tabiat nie..youthsays tu pun satu hal..kate suruh promote link..aku promote la macam biasa..guna shoutmix kat blog-blog bape kali je..sebab aku tak berani dan tak nak la ganggu blogger-blogger yang blogwalking untuk nuffnang dan sewaktu dengan nya kan..aku guna facebook je..letak kat wall and massage..dah suruh promote aku promote..tapi kena suspended lak..lantak ko la..ko suspend aku buat lain..suspend la..ADE AKU KISAH..haha..dah..layan readbud plak hihi..nie pun aku tak tau macam mana..biar je la..tak rugi pun..barang free..memang macam nie..ade ke orang nakbagi kite duit senang-senang..hihi..sekarang nie aku nak belajar buat ebay pulak kat member aku nie.tapi tak berkesempatan..barang nie payah sikit..tapi boleh diusahakan dan berbaloi-baloi..haha..dah-dah..esok aku nak masuk bengkel..buat projek akhir aku..eh silap..kawan aku..kalau projek dia nie boleh run..aku pun beli la komponen yang sama..sebab projek kitorang lebih kurang je..hihi..ok..ADIOS semua..selamat malam/pagi..semoga ceria selalu..dan sihat-sihat selalu..sape tak ganti lagi puasa tu ganti cepat..ade berapa hari lagi nak puasa nie..hihi..ok bubbye,,ADIOS
nie akaun facebook aku..dah ape la dia cakap nie..aku translate dia cakap ade orang jahat guan email aku..haha..aku BI..ehem-ehem..haha..
akaun youtsays aku plak..buat baru la nanti..hihi..kalau rajin la..kalau malas biar je..

8/2/10

Anak Murid Yang Pandai

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan
satu soalan,

" Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?" Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu. "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu." "Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim.Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,

"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style  makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin". "Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."

kwang kwang kwang.......

p/s::jangan fikir lain pulak yea..hihi..
readbud - get paid to read and rate articles

Followers