9/27/11

PM berjiwa rakyat jumpa rakyat menaiki bas


IPOH - Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu. "Dulu naik kereta, kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat. "Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di sini.
Lima buah bas digunakan dalam lawatan kerja Najib ke Perak itu bermula dari Ipoh ke Gopeng sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 kilometer untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

NAJIB menjawab soalan semasa sesi bual bicara bersama Perdana Menteri di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mambang Di Awan, Kampar semalam.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Ketika berucap pada jamuan Aidilfitri itu, Najib mahu semua pemimpin Barisan Nasional (BN) menjelajah ke setiap pelusuk tanah air bagi mencari serta meraih sokongan baharu terhadap BN sungguhpun parti telahpun mempunyai penyokong tegarnya sendiri. "Kita harus turun ke setiap ceruk pelosok negara dan setiap penjuru... untuk meraih sokongan daripada mereka yang bakal menjadi penyokong kita," katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.-KOSMO

kalo naik bus macam bus yang rakyat guna tu Alhamdulillah la kan..memang berjiwa rakyat benar la..tapi ade sumber jugak kate dalam bus tu ade set sofa..bukan nye kerusi double or single macam bus expres biasa tu..hmm..

kredit tu blogger LANUN..

readbud - get paid to read and rate articles

Followers