1/29/10

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

SAKITNYE..HUHU..
HARI NIE..AKU DI TIMPA MUSIBAH..MUSIBAH TU PE??HAHA..SEMPAT GELAK G NGAH SAKIT2 NIE..HUHU..BARU TADI AKU TERBABIT DALAM KEMALANGAN..TIME TU AKU ONDEWAY BALIK UMAH..LEPAS MAKAN CENDOL PULUT..TENGAH 2 JALAN JEM TU.. AKU MASUK LA KAT SIMPANG NAK MASUK DALAM TAMAN AKU..TETIBE PULAK DATANG MOTO NIE P LANGGAR AKU..NASIB BAIK LA AKU TER ELAK CIKIT..SO XKENA SANGAT LA KAT AKU..KAT MOTO AKU JE PARAH CIKIT..KAKI AKU PUN NGAH BERDENYUT-DENYUT NIE TAHAN SAKIT..MALAM NIE BIRU LA KOT KAKI AKU NIE..HAISH..KALAU AKU XELAK TADI NTAH2 ADE KAWAN AKU DATANG MELAWAT KAT HOSPITAL..YE LA..TEPAT2 KAT KAKI KOT KALAU AKU X ELAK..HUHU..NAMPAK NYE DUIT AKU MENGALIR LAGI LA KAT MOTO TU..HUUHU..

PAPEPUN..NASIB BAEK LA XDE YANG CEDERA PARAH..BUDAK TU PUN XDE PAPE..SO SETTEL CAMTU JE LA..OK LA..NGAH SAKIT NIE..ADIOS

p/s::p kalau berhati2 pun xbagus jugak..kalau kita xlanggar orang..orang yang akan langgar kita..x gitu??


1/28/10

bang bang boom = nabil

hahaahahahahaha..lawak tol ko nabil..padan muke ko..hahaha...jangan marah..korang layan la sendiri..kalau dah tengok tu buat-buat belom tengok je la yea..haha..

layan..zassssss..

::adios::

1/27/10

Adukataruna di reman 4 hari

KOTA BHARU: Penulis blog Adukataruna yang dipercayai menghina Almarhum Sultan Iskandar dan Kerajaan Johor, dikenakan tahanan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, mulai semalam.

Pereka grafik yang melarikan diri dari Seremban ke Kota Bharu itu, ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, penulis terbabit berdepan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Majistret Azrol Abdullah membenarkan perintah tahanan reman sehingga Jumaat selepas meluluskan permohonan yang dikemukakan polis dalam prosiding ringkas di kamarnya kira-kira jam 9 pagi.

Sejurus perintah reman dikeluarkan, penulis blog itu yang diiringi beberapa anggota dan pegawai polis dibawa ke Johor bagi membantu siasatan ekoran 31 laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan menghina Sultan Iskandar dan kerajaan negeri menerusi laman blognya.

Penulis blog terbabit ditahan polis di Kota Bharu, kira-kira jam 4 petang kelmarin, ekoran penulisan yang disiarkan dalam blognya pada Sabtu lalu, hingga menimbulkan kemarahan ramai.

p/s untuk semua dan diri sendiri : lain kali sebelum buat fikir dahulu.

1/25/10

yang mane satu??

Pemakaian perkabungan di Johor sukarela, bukan paksaan

bharian 25/01/10


JOHOR BAHRU: Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan.

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka.

Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.

"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya.

Beliau berkata, pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0 sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih.

Bagi rakyat Johor yang bukan beragama Islam pula menurutnya, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62 sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Tempoh pemakaian perkabungan katanya, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa penutupan pusat hiburan di Johor dan pembatalan permainan adalah hanya pada hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu lalu.

Beliau juga berkata, gelaran Sultan Johor kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bagi "royal consort", gelaran yang diperkenankan ketika ini adalah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi Raja Muda Johor, beliau berkata, gelaran yang diperkenankan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Mengulas tulisan di dalam sebuah blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, beliau yang tidak membacanya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengenainya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 25 laporan polis daripada mereka yang marah dengan tulisan blog terbabit dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah. - Bernama


staf-staf universiti aku ramai yang tanya, mane songkok??..aku pelik jugak..memang wajib ke kena pakai..tapi bila aku baca kat berita harian hasil ehsan Azlan Ahmad(FB td)..aku bukak kosmo je..hihi..jadi, jawapan yang aku dapat yang kat atas tadi tu.korang rase macam mane??hmm.. ape-ape pun..same-same la kita sedekahkan al-fatihah n mendoakan sultan johor kita nie..amin..

1/22/10

Al-fatihah

AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.08 malam Jumaat. Agenda Daily di maklum oleh Ketua Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim. Terdahulu sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar di masukkan ke hospital... See More ... See Moresetelah gering. Ekoran itu Jemaah Sultan Johor telah melantik Tuanku Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor.-

Al-fatihah dr kami rakyatmu Baginda Sultan...(copy apa yg distatuskan)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

jom ramai-ramai masuk universiti aku di parit raja batu pahat...video ni dah lama dah..tahun 2008..aku baru jumpa dalam youtube.. so..aku nak kongsi dengan korang semua la..macam-macam ada kat universiti aku ni..

so..apa lagi..saksikan..hihii

1/19/10

::perbelanjaan::

rm3500-rm880=rm2620 (yuran university aku..sebab aku duduk luar so murah cikit la)
rm2620-rm500=rm2120 (bulanan moto aku..beli cash xmampu..)
rm2120-rm400=rm1720 (bayaran lawatan ke Indonesia..bile g nak pegi kalau x g sekrg)
rm1720-rm200=rm1520 (upah jahit Uniform suksis..)
rm1520-rm60=rm1460 (yuran bulanan suksis)
rm1460-rm480=rm980 (sewa rumah aku untuk 5 bulan)

baki = rm980/5bulan = rm196

rm196 sebulan..aku nak makan ape wei dengan banyak tu..minyak moto g..modul2 yang kena beli g..aduyai..mampus aku camnie..

ok la..

::adios::

GEMILANG UTHM

nie lagu universiti aku..layan..



tp..nape aku rase lain je bunyik lagu nie..macam xbest je..lagi best lagu sebelum nie..lagu nie laju sangat n intonasinye pun xsedap d dengar..picing lari kot..haha..

demam

sakit kepala aku..rase malas je nak g kuliah nie..p kalau x g t ketinggalan lak..dah la subject nie banyak kire2..kalau subject bace je xpe gak..huhu..

1/18/10

nak ikut undang-undang atau buang sekolah??mane satu jadi pilihan

JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.


yang nie aku stuju sangat..walaupun aku nie jenis malas gak nak guna helmet nie kalau ka kg..main redah je..yela..kampung aku sunyi..mane de banyak kenderaan lalu lalang..p xlame g bz jgk dah dpan rumah aku tu..dah nk macam hgway dah..

memang bagus la cadangan peraturan baru nie..baru budak2 sedar cikit tentang berharganya nyawa nie..xboleh jual beli tau..bukan macam helmet..rosak ke ilang ke..boleh beli baru..


bagus2..aku sokong 101%..haha..

::adios::

p/s::ade yang tak setuju ke??sebab??

kredit : kosmo 18/1/10


1/17/10

lagu nie dah lame dah..p aku nak kongsi gak..layan..zasss


1/16/10

AVATAR 2..COMING SOON

erm..boring..membazir..xde faedah..buat penat je..macam2 je la..haish..p membazir tu yang paling banyak..yela..dah tengok nak tengok g..kan membazir namenye tu..bukan murah..rm9 tu...korang memang la ase xmhal kot..bagi aku tahap mahal la tu..sebab aku dh tengok..kalau x tengok g lain citer la..

((p/s::nie cite sal aku ngn budak2 kelas g tgk wayang semalam.))

sambung balik..awl2 citer tu memang aku nk tengok je..p dah hampir sejam citer tu start aku dah mule ase bosan..sebab aku dah tau jalan cite nye..pasnie ape..pastu ape lak..cam ne la aku x bosan..rase nak baring lak aku dalam wayang tu..seat sebelah kosong..hihi..p xlalu la pulak..ade budak yang same ngn aku dah tgk citer nie siap tido g..yela..kami kan dah tau jalan citer nk tgk g cnfrm bosan..so dorang pun tido la..huhu..aku??erm..xsenang dudk la..nak tido xslesa lak..

pastu..dah tgk citer kena wat asiment la pulak..korang nak tau x asiment pasal pe..cnfrm korang xterfikir nye..haha..lecturer kitorang suruh kitorang jadi penulis skrip tu...dia suruh wat skrip pendek untuk citer avatar 2..hahaha..mampus aku nak wat..g pun kang x pasl2 kena saman ngn pengarah citer tu sebab ciplak citer dia..haha..

p kena buat jugak..so camne la aku nak buat nie..buat skrip sal citer avatar 2..maksudnya sambungan citer avatar skrang nie..aduyai..ape la de kena mengena ngn subject aku ambik nie pun aku xtau..buat je la wei..

k la..ngah blja nak jadi penulis skrip jap..haha

k..tunggu citer avatar aku,,

AVATAR 2..coming soon..haha

::adios::

1/15/10

AVATAR punye penangan..

hahahhahaa...ape2 pun gelak lu..xmo senyum2 macam lumut..xpuas..haha..ok2..aku gelak sebab nie 1st time aku dengar asiment jenis nie..nak tau x asiment jenis ape nie..mesti korang nk tau kan..yang xnak tau tu terpulang la kat korang..ade aku kisah..haha..xabis g gelak nie..ok2..asiment yang aku nak g tau nie adalah asiment menonton wayang..ape haram jadah punya asiment la wei..nie la1st time aku dengar asiment macam nie sepanjang aku jadi pelajar nie..hahaha..daqh la citer yang aku nak tengok nie aku dah tengok..aduyai..nak tau citer pe..??..citer pe lagi..citer AVATAR la..dah la citer tu 3 jam..mati beku la dalam wayang tu.....hahaha..

k la..aku nak siap2 nak g tgk wayangciter AVATAR nie..ade sape2 nak ikut x..xmo sudah..aku g ngn budak kelasaku..ade 25 orang..penuh satu panggung..hahaha..

ok..adios...


p/s..pas tgk citer nie kena wat asiment..budak umah aku je tau asiment pe kena buat..hihi..macam2 la pensyarah aku nie..k la..bye2

Nasib 300,000 penganggur dibela

Nasib 300,000 penganggur dibela

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengumumkan langkah drastik mewujudkan segera pusat komuniti pekerjaan untuk membantu 300,000 penganggur di negara ini mendapatkan pekerjaan.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tumpuan utama pihaknya tahun ini adalah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada golongan pencari kerja bagi memastikan penempatan pekerjaan bertepatan dengan kelayakan dan minat mereka.
"Kita berharap dalam tempoh empat atau lima bulan ini dapat mewujudkan 11 pusat komuniti pekerjaan ini di beberapa tempat seperti pusat beli-belah dan stesen bas.
"Di samping itu kita juga akan gunakan bangunan-bangunan Perkeso untuk mewujudkan pusat tersebut dengan menempatkan pegawai yang berpengalaman untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada pencari kerja ini,'' katanya.

p/s ::..so..lepas nie..xde dah la dengar2 kes xde kerja nie kot..yang memilih sangat kerja je kot smapai xkerja2 tu.. so..kalau dah lame sgt rasenye tunggu apply kerja xdapat2 tu bermula dari bawah..jgn memilih sangat..cewahhhh..aku cakap senang la..aku xmerasa g alam pengangguran nie..haha..so kat korang semua..gudluck..moga dapat kerja yang terbaek kat korang..adios::

1/11/10

pening lalat sudah..(*_~)

panas memang agak panas aku rase sekarang..xkisah la luar ke dalam..ati pun panas je nie..aduyai..ngucap2..hihi..mane x nye..semua tajuk yang aku cadangkan kat penyelia aku semua kena reject..x ke bengang camtu..ABBM dah 3 aku cadangkan..rekabentuk 3 gak dah aku rase..xlarat dah otak aku nak PK wat ape g nie..tension giler la wei..lau dah de tajuk xpe gak..boleh start dah..nie haram 1 pun aku xleh nak start..


camne nie ek..fikir lagi la jawabnye..fikir2 esok tnye g kena reject g..aku mintak pendapat x d bg nye..haish..sabo je la..ade sape2 nak bg cadangan or pendapat x..pendapat nak kutuk xyah la..cadangan tuk projek aku je..





::adios::

1/10/10

jalan-jalan cari gaduh dengan UKLK upsi n NR uitm sh alam..haha

penat weiiiii..hihi..

aku baru je balik dari jalan2 carik gaduh kat UPSI nUiTM shah alam..haha..xde la..xde maknenye gaduh2 nie..dapat sakit je..betul x..xkisahla sakit ati ke sakit badan..same je sakit..hihi..kuat gelak eh..hurm..aku sampai umah sewa aku dekat2 kol 8 malam..sampai2 je bukak laptop..hihi..dah bukak laptop tu xde keje lain la..on9 trus..haha..1st web yang dbukak of coz la blog..pastu nuffnang..tgk kat blog ramai gak yang dtg sejak aku x bukak blog nie..bz cikit..ade hal yang pelu d sttel kan..so malam tadi aku try nak masuk kan n3 baru..p intenwt kat UPSI xbape kuat kat bilik yang kitorang nginap tu..so xdpat la nak wat n3 baru..

so kat cnie aku nak ucapkan time kasih la kat korang yang datang jauh2 (jauh ke..hihi) klik nuff aku..n minta maaf sebb x sempat nak klik balik..aku ase ada dalam 5 hari kot aku cuti..sorie yea semua..hihi..so esok aku start balik la klik nuff korang..jgn risau semua..jom kite same2 klik..haha..malam nnie aku ade klik cikit2 la kat korang..ade yang aku datang blog tu ade la aku tinggal jejak..ade gak x..sebab korang nye shtmix xkuar..nuff pun banyak yang x kuar kt blog2 korang..ngh cuti ke ape nuff nie..

ok la ea..aku pun penat g nie..nak rehat sambil fikir tajuk projek aku..huhu..

ok..

::adios::

1/7/10

ape-ape je la

salam semua..


xda apa-apa nak d n3 kan..


sebab sekarang nie aku tengah pening n serabut nak fikir tajuk untuk PSM aku..


kepala dah berserabut nie..


xda mud nak wat n3 baru..


k


::..adios..::

1/4/10

::pertolongan di perlukan::


haish..mukadimah pun dah nampak membosankan..huhu..aku rase malam nie sangat membosankan..nape ek??..boring giler wei..aku ade satu keje nie..ari khamis nie lectrer aku nak tgk..p jap g la wat..aku bukan nak luahkan pasal nie..aku ngah pening pasal tajuk projek sarjana muda aku yang xbapa nak muda nie..sekarang dah minggu ke dua kuliah..tajuk pun xde ag..camne aku nak start nie..tension dah aku nak fikir tajuk nie..patut la senior2 banyak mengeluh time part PSM nie..macam2 aku dengar dorang bagi gelaran.."Projek Sampai mati la..Projek Separuh Mati la.."..macam2 g la..


satu g masalahnye..fakulti aku taun ni ngade2 pulak suruh wat projek yang mesti ade kena mengena dengan TVET..mesti da pasal pendidikan teknik vokasional la..xpuin mesti de pasal sekolah..kegunaannye kat sekolah..aduh..makin kecik la skop kalau camtu..tension gak nak carik tajuk nie..baru nak carik tajuk..belum masauk part buat lagi..macam mane la nanti..


so aku dengan rendah atinye kalau2 la korang yang terbaca n3 aku nie de cadangan pape tajuk ke..yang ade kena mengena ngn sekolah..contohnye ABBM(alat bahan bantu mengajar) ke..produk2 yang boleh d aplikasi kan kat sekolah untuk student ke..bagi je la ape2 tajuk..hihi..p tahapnye mesti tahap sarjana muda..kalo korang de projek diploma pun boleh gak..t aku try upgradekan..hihi..


ok la..aku mintak tolong jase korang bagi cadangan tajuk nie..tq kat sape korang semua yea..


k


::..adios..::

1/3/10

Semua perlu bertenang!!???..perlu ke.. bila nama ALLAH d permainkan..??

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara.

Justeru, Menteri di JPM, Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.

“Dalam hal ini saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, selaku penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.


Jamil Khir juga berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz ‘Allah’ adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: “Setelah meneliti keterangan, hujah dan pandangan dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika ada unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah berkenaan, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. — Bernama


perlu ke kite bertenang n hormat ngn keputusan mahkamah kalau kputusannye macam tu..??

kenapa kite kena bertenang bile keputusannye macam tu..nape tidak orang yang meluluskan permohonan tu bertenang n fikir dulu sebelum beri kelulusan..dorang xpelu bertenang ke??

so..macam kate nabil..korang de otak..korang fikir la sendiri macam mane permohonan nie boleh lulus..

aku juz nak kite same2 fikir..berat dh nie wei..

adios..

Isu guru lebih tak timbul..????

KUALA LUMPUR: Isu lebihan guru untuk penempatan di sekolah serta graduan mengambil jurusan bukan mengikut keperluan Kementerian Pelajaran tidak sepatutnya timbul kerana setiap tahun bilangan pelajar ditetapkan.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Prof Datuk Dr Aminah Ayob, berkata UPSI dan Fakulti Pendidikan di institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan mengadakan perbincangan setiap tahun dengan Kementerian Pelajaran untuk memutuskan bilangan calon guru bagi setiap mata pelajaran sekolah menengah sebelum membuat pengambilan pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

“Kami akan diberi unjuran pengambilan untuk setiap mata pelajaran oleh Kementerian Pelajaran walaupun kadangkala unjuran diberi kelihatan tidak munasabah dan meragukan daripada segi keperluan guru pada masa depan seperti hanya 100 hingga 150 orang guru matematik diperlukan menjelang 2013,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, melalui mesyuarat dengan Kementerian Pelajaran yang diaturkan Kementerian Pengajian Tinggi, UPSI hanya dibenarkan mengambil bilangan pelajar yang sangat kecil, iaitu subjek Bahasa Melayu dengan 150 calon, TESL (60), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (70), Pendidikan Khas (90), Biologi (65), Fizik (40), Kimia (45), Matematik (100), Sains (60), Muzik (15), Kemahiran Hidup (65), Pendidikan Moral (70), Kaunseling (40), Sejarah (175), Perakaunan (35), Geografi (100) dan tiada calon untuk subjek Teknologi Maklumat IT serta Grafik dan Multimedia.


Bilangan kemasukan sebenar pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada Semester 1, Julai 2009 bagi setiap mata pelajaran pengkhususan untuk program Bahasa Melayu seramai 146 calon, TESL (58), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (71), Pendidikan Khas (87), Biologi (71), Fizik (40), Kimia (41), Matematik (105), Sains (69), Muzik (14), Kemahiran Hidup (62), Pendidikan Moral (71), Kaunseling (43), Sejarah (173), Perakaunan (35), Geografi (101) dan tiada calon untuk Teknologi Maklumat serta Grafik dan Multimedia.


“Jumlah pengambilan ini dirasakan sangat kecil untuk memenuhi keperluan guru KPM menjelang 2013, namun kami sentiasa akur dengan arahan Kementerian Pelajaran,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Ahmad Puad Zarkashi bahawa jumlah graduan melebihi keperluan pendidikan adalah tidak tepat.

“Kabinet yang memutuskan bahawa latihan guru untuk sekolah rendah diambilalih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), manakala untuk sekolah menengah dibuat oleh universiti, khususnya UPSI.

“Kami berharap Kementerian Pelajaran lebih jujur dan adil dalam melantik guru keluaran UPSI dan IPTA. Jangan pula disebabkan pemecahan kepada dua kementerian, graduan IPTA dipinggirkan,” katanya.

Menurutnya, pendirian Kementerian Pelajaran akan memberi kesan emosi serius kepada pelajar yang mengikuti pengajian pendidikan di seluruh IPTA, sekali gus melunturkan motivasi mereka yang berhasrat menjadi guru dan berkhidmat kepada anak bangsa.

UPSI kini mempunyai lebih 12,000 pelajar ijazah Sarjana Muda yang mengikuti pengajian selamat empat tahun semata-mata untuk berkhidmat sebagai guru di seluruh negara.

Mereka sudah menjayakan segala visi dan misi Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi yang unggul bersama guru lepasan IPGM.

“Saya merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya memberi peluang sama kepada guru lepasan UPSI dan IPTA kerana mereka juga berkorban dan berusaha bersungguh-sungguh menjadi guru cemerlang untuk negara.

“Kami mengharapkan kajian semula dibuat mengenai keputusan seperti dinyatakan dalam akhbar baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini Puad membuat kenyataan bahawa Kementerian Pelajaran terpaksa memberi keutamaan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) lulusan 27 IPGM di seluruh negara kerana institusi berkenaan melatih guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.

Menurutnya, dalam soal penempatan sekolah, keutamaan diberi kepada lulusan KPLI dan akan menempatkan graduan lulusan IPTA jika ada kekosongan tetapi bergantung kepada bidang pengkhususan yang diambil ketika di universiti.


sekarang aku bertambah pelik..sebelum nie aku de dengar NC upsi yang kate de lebihan guru..so sape yang grad taun 201o nie kena tunggu 2 taun baru posting..p sekarang, die nie pulak kate Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Ahmad Puad Zarkashi tu xbetul..haish..mane satu la yang betul nie..aduh..macam2 la..


so aku pun xtau mane betul nie..ape2 je la..


::adios::

1/2/10

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA..KPM

salam semua..

aku agak terasa bingung dengan masa depan ku..huhu..

nape ek??

nak cite ke x..??

aku nak cite..

p aku xtau nak hurai cmne??

xhurai t xde markah..

markah???

haha..ape kes markah2 nie..

ok2..cukup!!

aku tetibe terasa bingung n risau dengan statment yang aku terima dari my akak senior yang dh bis blaja p blm dapat posting g..td dia kata kat tv3 kuar statment sekarang berlaku lambakkan guru..

lambakkan guru!!???
. sampai bile???..macam mane boleh jadi macam tu??..sabah sarawak bukan perlukan banyak guru ke?? or dah cukup??..or cikgu2 yang ade xmo g sana??..so kami yang ngah ambik coz perguruan n pendidikan nie macam mana??..yang dah grad p xposting2 lagi tu macam mana??..


aku mula terfikir..ermm..t aku nak keje ape lau x posting2 sampai 2 3 tahun??..aku nak tggu gak ke??dah tentu tidak..setahun pun aku xnak tunggu..tapi aku lambat g grad..insyaALLAH ade tempat untuk aku..hihi..


ok la..lau ade orang2 KPM yang bace nie selesaikan lah masalah nie secepat mungkin yea..kesian dorang yang dah bis blaja p x posting2 g..n aku de cadangan..sebelum tu.. bagi sape2 yang ambik DPLI ke KPLI ke aku minta maaf banyak2 la yea..so cadangan aku..KPLI n DPLI nie mansuh kan boleh x...nyemak je nie..awal2 dulu xnak ambik coz perguruan..nak jadi jurutera la..engineer la..jadi enji-nior la korang...dah xdapat keje sibuk2 mohon DPLI n KPLi..yang mangsenye kitorang yang secara sukerela yang nk tabur bakti jadi cikgu nie la..huhu..aku marah kat kakak aku gak..die pun camtu..ambik KPLI..nyibuk je dia nie..p die dah ambik lame dah..hihi..


k la..budak2 DPLI n KPLI..sorie yea..ter jujur je..haha..korang jawab la soalan2 kat atas tu yea..

k la

adios...

::selamat malam sahabat::

aku xtau nak tulis ape..

selamat malam je la..

hihihi..


::ape kena ngn tajuk atas tu cam semacam je..lantak la..ok je kot..haha

1/1/10

pembaziran..??..tentu sekali tidak..

sebelum ape2..aku nak wish happy new year kat korang semua.. tq kat sape2 yang klik nuff aku..n semoga kenangan 2009 sentiasa di ingatan..nak senang ingat update kat blog je la..kan3..hihi..lau manis je la..yang pahitnye xplu ingt pun xpe..lau nak ingt sebagai pengajaran pun ok gak

ok..ok..cukup..dalam dua hari nie aku dah berhabis duit dengan jaya nye.,.haha..bagi korang maybe xbanyak..p bagi aku yang student xde pendapatan nie xde income dari mane2 juz sponser by MAS je n berhutang seluruh badan kat PTPTN..angka RM 500++ tu agak banyak jugak la kalau di habiskan dalam mase 2 hari..tapi aku bukan g berjoli or makan itu ini kat KFC pizza or McD dan yang same waktu dengan nye tu..aku salur kan kat tempat yang berfaedah la..hihi..esoksemalam..eh..nie blog lumut yang dah blah ke auckland tu..hihi..semalam habis dalam rm300 lebih kot..bayar motor (pengangkutan aku ke kuliah n sewaktu dengan nye)n repair ape yang patut..ade la part2 yang perlu di repair..so melayang kat ctu..p xpe..daripada nyawa aku yang melayang kan..hihi..so its ok..

td punya cerita pulak..dalam 150 cmtu la kot..xpun lebih cikit..terbang melayang..pun bukan berjoli k..aku g beli kasut sukan@futsal..hihi..bukan pe..kasut futsal aku yang lame dah barai beb..so kena la beli baru..sekurang2 nye barang yangaku beli tu nampak daripada aku bazir beli yang x berfaedah walau pun nampak.or g joli sane joli sini..

so lepas nie untuk makan..aku kena ikat perut la..haha..sewa rumah belom bayar g..480 se semester..5 bulan la..plus minus..de la tinggal bape je lagi..kena la berjimat..huhu..

tiba2 aku ase pelik..bukan pelik ape..td dalam pale otak kau yang serabut nie nak cite nak tunjuk kasut baru aku je..nie ape sal cite sal duit lak nie..aduyai..xpe la..nak delete balik malas lak..so sorie la buang mase korang bace n3 aku nie..hihi..terima kasih atas masa mu itu..cewah..haha..t aku balas dengan mengkelik nuffnang korang yea..jgn risau..hihi..

so kat bawah nie de gambar kasut yang baru aku beli di AL-IKHSAN sdn bhd tu..sambil pomot al-ikhsan nie..p bukan dapat share papepun dari al-ikhsan tu..huhu..n de gak gambar kasut ku yang dah barai..haha..




::nie kasut lame aku::
::nie kasut yang baru aku beli tadi::


n3 nie terlambat post sebab postman f celebrte new year..haha..xde la.lau ikutkan sebelum kol 12 td..ingt nak wat last n3 bg taun 2009 la..p dah terlambat xpe la..terlambat di sebabkan ke gatalan jari n tangan aku nie kacau setting untuk post n3..ntah jadi pe ntah tadi..haha..so sekarang dh ok balik..

epi new year lagi..hihi

p/s :: MAS tu bukan malaysia airline system tau..p Mak Abah Sponser..hihi..

adios..
readbud - get paid to read and rate articles

Followers