12/31/10

HAPPY NEW YEAR 2011

╔╦╗────────╔═╗─────╔╦╗──────╔═╦═╦═╦═╗
║╩╠═╦═╦═╦╦╗║║╠═╦╦╦╗║║╠═╦═╦╦╗╠═║║╠╗╠╗║
║╦║╬║╬║╬║║║║║║╩╣║║║╠╗║╩╣╬║╔╝║═╣║║║║║║
╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║╚╩╩═╩══╝╚═╩═╩╩╩╝─╚═╩═╝╚╝╚╝
────╚╝╚╝╚═╝──────────────────────────
tinggal beberapa jam lagi..selamat tinggal tahun 2010..selamat datang 2011..(",)
semoga tahun 2011 ini akan membawa lebih banyak kebaikan dari sebelumnya..
macam mana dengan azam 2010??tercapai semua??ke takda azam 2010 lepas(aku pun tak penah nak letak ape-ape azam..hihi)??hihi..
tapi setiap orang mesti ade kenangan suka dan duka kan..kita ambik yang suka tu..kite lupakan yang duka..tak pun kita perbaiki yang duka supaya 2011 yang duka menjadi suka..hihi..InsyaAllah boleh..yang penting niat kena betul..(",)
so..2011 nie macam mana??nak kena azam ke tak nak 2011 nie??
ape pendapat korang..taknak ke share azam-azam korang??hihi..ok la..selamat tahun baru kepada semua blogger..semoga hidup kita lebih bermakna dan diberkati oleh-Nya..
 [[ADIOS]]

KHAIRUL FAHMI CHE MAT jadi tumpuan

Setelah muka depan akhbar harian dan rancangan di saluran televisyen Indonesia saban hari sarat dengan berita skuad bola sepak kebangsaan negara itu, segalanya berubah wajah semalam. Ia susulan kegagalan pasukan Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah tunduk 2-4 secara agregat kepada Malaysia malam kelmarin. Saluran-saluran televisyen Indonesia yang sebelum ini sepanjang masa menyiarkan lintas langsung kemeriahan menjelang aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno kini kembali menyiarkan rancangan asal masing-masing. Manakala laporan sukan yang berjaya mencuri tempat di muka depan akhbar-akhbar utama Indonesia sejak lebih seminggu lalu kembali kepada laporan berita biasa setelah kegagalan skuad Garuda itu. Hanya dua akhbar Indonesia semalam yang tampil memaparkan laporan dan gambar mengenai final kedua Piala Suzuki AFF 2010 pada halaman muka depan mereka iaitu Kompas dan The Jakarta Post. Akhbar Kompas meletakkan tajuk 'Jangan Malu Untuk Belajar' berserta gambar skuad Malaysia meraikan kejuaraan selepas menjulang trofi malam kelmarin. Laporan tersebut menyatakan bahawa Indonesia tidak perlu malu untuk belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah muncul juara buat kali pertama. Akhbar The Jakarta Post pula laporan muka depannya bertajuk 'Malaysia win makes history' (Kemenangan Malaysia cipta sejarah), juga berserta gambar pasukan meraikan kejuaraan. Lain-lain akhbar kembali meletakkan laporan Piala Suzuki AFF di halaman sukan mereka tetapi rata-ratanya tidak terlepas daripada mencemburui kehebatan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. "Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan mereka sebagai pasukan paling berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir ini setelah meraih pingat emas di Sukan SEA 2009," lapor akhbar Media Indonesia. Tambah akhbar itu lagi: "Terdapat tujuh tendangan pemain Indonesia ke arah gawang skuad bimbingan K. Rajagobal itu. Namun,  kecemerlangan Khairul Fahmi menjadikannya ibarat cuba menerobos tembok yang kebal." Akhbar Jakarta Globe juga memuji kecemer- langan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina serta beberapa serangan berbahaya Indonesia. "Kita (Indonesia) kehilangan banyak peluang. Sekurang-kurangnya kita mampu memperoleh lima atau enam gol pada final kedua ini," kata jurulatih Indonesia, Alfred Reidl  dipetik dari Jakarta Globe.


readbud - get paid to read and rate articles

Followers