2/13/11

kempen ANTIi valentine's day



PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak meraikan Hari Kekasih yang bakal disambut esok kerana selain bercanggah ajaran Islam, ia juga lebih cenderung kepada kegiatan yang mengundang keruntuhan moral di kalangan remaja. juara program Imam Muda kelolaan Astro, Muhammad Asyraf Ridzuan, berkata walaupun agama Islam tidak menghalang umatnya menunjukkan elemen kasih sayang tetapi Islam menyekat kegiatan maksiat yang sering dikaitkan dengan sambutan Hari Kekasih. Kita menghalang sambutan Hari Kekasih bukan kerana ia dari barat tetapi kerana menyalahi ajaran Islam. Lagipun, kita boleh meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu yang juga amalan dari masyarakat barat tetapi tidak menyalahi ajaran agama kita,” katanya yang menjadi panel jemputan program Bicarawara dan pelancaran ‘Kempen Awasi Jerat Hari Valentine’s,’ di sini, kelmarin.Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan disiarkan di saluran TV1 jam 11 malam, 18 Februari ini. Selain Asyraf, program itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Pengarah Urusan Raudhatul Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil JAKIM, Mohamad Zarifi Mohamad Daud. Lebih 1,000 penonton menghadiri program itu yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi tempatan (IPT), pelajar sekolah menengah dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Mengulas lanjut mengenai elemen kasih sayang yang ditampilkan dalam sambutan Hari Kekasih, Muhammad Asyraf berkata, kasih sayang antara dua jantina berbeza bukan hanya menggunakan janji manis tetapi perlu diikat dengan satu akad yang menyimpulkan ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. “Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia tetapi ia bermatlamat menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. “Untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia, kita bukan menunggu pada hari berkenaan tetapi ia boleh disemai setiap hari seperti yang dianjurkan oleh Islam,” katanya. sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mahu lebih banyak program pendidikan diadakan bagi menyedarkan golongan muda mengenai percanggahan perbuatan menyambut Hari Kekasih dengan ajaran Islam.“Program berbentuk pendidikan adalah lebih sesuai berbanding penguatkuasaan undang-undang kerana ia mampu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan lebih baik dari segi jangka panjang,” katanya.

p/s::nak tengok rakyat malaysia masih dijajah ke x..kite tengok sambutan mane lagi meriah..sambuatan hari kekasih ke sambutan Maulidul Rasul ..sama-sama kite fikir dan renungkan..seterusnya amalkan..
readbud - get paid to read and rate articles

Followers