12/31/10

HAPPY NEW YEAR 2011

╔╦╗────────╔═╗─────╔╦╗──────╔═╦═╦═╦═╗
║╩╠═╦═╦═╦╦╗║║╠═╦╦╦╗║║╠═╦═╦╦╗╠═║║╠╗╠╗║
║╦║╬║╬║╬║║║║║║╩╣║║║╠╗║╩╣╬║╔╝║═╣║║║║║║
╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║╚╩╩═╩══╝╚═╩═╩╩╩╝─╚═╩═╝╚╝╚╝
────╚╝╚╝╚═╝──────────────────────────
tinggal beberapa jam lagi..selamat tinggal tahun 2010..selamat datang 2011..(",)
semoga tahun 2011 ini akan membawa lebih banyak kebaikan dari sebelumnya..
macam mana dengan azam 2010??tercapai semua??ke takda azam 2010 lepas(aku pun tak penah nak letak ape-ape azam..hihi)??hihi..
tapi setiap orang mesti ade kenangan suka dan duka kan..kita ambik yang suka tu..kite lupakan yang duka..tak pun kita perbaiki yang duka supaya 2011 yang duka menjadi suka..hihi..InsyaAllah boleh..yang penting niat kena betul..(",)
so..2011 nie macam mana??nak kena azam ke tak nak 2011 nie??
ape pendapat korang..taknak ke share azam-azam korang??hihi..ok la..selamat tahun baru kepada semua blogger..semoga hidup kita lebih bermakna dan diberkati oleh-Nya..
 [[ADIOS]]

KHAIRUL FAHMI CHE MAT jadi tumpuan

Setelah muka depan akhbar harian dan rancangan di saluran televisyen Indonesia saban hari sarat dengan berita skuad bola sepak kebangsaan negara itu, segalanya berubah wajah semalam. Ia susulan kegagalan pasukan Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah tunduk 2-4 secara agregat kepada Malaysia malam kelmarin. Saluran-saluran televisyen Indonesia yang sebelum ini sepanjang masa menyiarkan lintas langsung kemeriahan menjelang aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno kini kembali menyiarkan rancangan asal masing-masing. Manakala laporan sukan yang berjaya mencuri tempat di muka depan akhbar-akhbar utama Indonesia sejak lebih seminggu lalu kembali kepada laporan berita biasa setelah kegagalan skuad Garuda itu. Hanya dua akhbar Indonesia semalam yang tampil memaparkan laporan dan gambar mengenai final kedua Piala Suzuki AFF 2010 pada halaman muka depan mereka iaitu Kompas dan The Jakarta Post. Akhbar Kompas meletakkan tajuk 'Jangan Malu Untuk Belajar' berserta gambar skuad Malaysia meraikan kejuaraan selepas menjulang trofi malam kelmarin. Laporan tersebut menyatakan bahawa Indonesia tidak perlu malu untuk belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah muncul juara buat kali pertama. Akhbar The Jakarta Post pula laporan muka depannya bertajuk 'Malaysia win makes history' (Kemenangan Malaysia cipta sejarah), juga berserta gambar pasukan meraikan kejuaraan. Lain-lain akhbar kembali meletakkan laporan Piala Suzuki AFF di halaman sukan mereka tetapi rata-ratanya tidak terlepas daripada mencemburui kehebatan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. "Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan mereka sebagai pasukan paling berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir ini setelah meraih pingat emas di Sukan SEA 2009," lapor akhbar Media Indonesia. Tambah akhbar itu lagi: "Terdapat tujuh tendangan pemain Indonesia ke arah gawang skuad bimbingan K. Rajagobal itu. Namun,  kecemerlangan Khairul Fahmi menjadikannya ibarat cuba menerobos tembok yang kebal." Akhbar Jakarta Globe juga memuji kecemer- langan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina serta beberapa serangan berbahaya Indonesia. "Kita (Indonesia) kehilangan banyak peluang. Sekurang-kurangnya kita mampu memperoleh lima atau enam gol pada final kedua ini," kata jurulatih Indonesia, Alfred Reidl  dipetik dari Jakarta Globe.


12/30/10

INDONESIA MENANG..MALAYSIA JUARA!!!

APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?. Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri. Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang. Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan. Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri. Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan. Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tulisan berbentuk sindiran. Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu? Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium? Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu. Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah. Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison. Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca. Untuk pengetahuan penyokong Indonesia - Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertama, Ahad lalu.Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?
Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.Jika dia tidak berlakon pada final pertama di Bukit Jalil, Ahad lalu, saya yakin keadaan akan berbeza.Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama.Apa pun, kejohanan sudah berakhir dan Malaysia sudah sah bergelar juara, sekali gus mengakhiri penantian selama 14 tahun.Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara.Bila dah 'sayur', memang 'sayur' dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Geloran Bung Karno itu.Peringatan kepada skuad kendalian K. Rajagobal ini - jangan mudah berasa selesa dan terus berusaha meningkatkan reputasi pasukan.Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara.

TAHNIAH MALAYSIA!!!MALAYSIA BOLEH..(",)

P/S: HIDUP JANGAN PENUH DENGAN ALASAN NANTI DIRI SENDIRI YANG RUGI..HEHE

12/29/10

INDONESIA VS MALAYSIA [ 2-4 ]

Syukur Alhamdulillah..malaysia berjaya mencatat kemenangan dan berjaya membawa piala AFF suzuki ke Malaysia buat pertama kalinya sejak diperkenalkan..tahniah buat pemain bola sepak malaysia dan semua yang terlibat..tahniah untuk semua warga negara malaysia..

walaupun game tak berapa nak cantik..semua macam tak larat nak berlari kejar bola atas padang tu..dengan ada jugak penonton main laser(agak-agak boleh jadi penembak tepat kot..yela tepat kat kepala fahmi tu..hihi).tapi tetap bersyukur piala AFF suzuki menjadi milik kita malaysia..hihi..tahniah sekali lagi..
 
Malaysia menang agregate 4-2


12/15/10

Malaysia vs VietNam (2-0) 2010 AFF Suzuki Cup

malaysia menang 2-0..

memang agak agak agak lame tak mengupdate blog nie..bukan ape..biasa la hidup sebagai student..penuh dengan asignment..projek..repot..semua ade..lagi-lagi final year student..tapi sekarang dah free..jumaat lepas baru je habis paper tuk final exam yang betul-betul final kat UTHM  nie..haha..result pun semua dah keluar..result pun ntah ape-ape je semua..malas mau cerita..sebenarnya aku tak ada idea nak menggoreng kat sini..semua resipi-resipi goreng aku dah guna masa jawab final exam aritu..haha..nanti la aku update lain pulak...point-point yang nak diceritakan ade tapi macam aku cakap tadi..idea goreng takda..haha..ok la..sebelum out..MALAYSIA MENANG WEI..2-0..hhaha..tapi corak permainan agak kucar kacir la malaysia main..so..kita tunggu pusingan ke-2..mintak-mintak la malaysia boleh sumbat gol lagi kt hanoi nanti..eh..hanoi ea..hihi..ok la..ADIOS..

11/5/10

SELESAI JUGAK AKHIRNYA..

Alhamdulillah..ayat pertama yang terdetik dalam hati aku semalam..(",)..mane tak nye..setahun bai tanggung semua nie..semalam baru selesai walaupun belum selesai sepenuhnya..kalo belum selesai sepenuhnye semalam bile la plak tu??haa..semuanye selesai bile aku dah jilid repot akhir PSM aku..haha..ok2..semalam panel aku dah terima sepenuhnye pembetulan repot akhir aku..sign borang pengesahan pembetulan repot pun dah dapat..cume cop je lagi belum..tunggu isnin nie baru jumpe dia balik mintak cop..sebab dia tak tau mane dia letak cop dia..sibuk sangat la tu..yela..aku yang baru buat PSM nie pun macam ape dah..nie kan pulak dia yang tengah siapkan repot PhD dia..gudluck untuk panel aku dan terima kasih sebab banyak tunjuk ajar..kat ketua panel jugak..kat penyelia aku jugak..penyelia aku dah berangkat ke mekkah dah aritu..dah selamat sampai dah kot..semoga semuanye berjalan lancar, segala amalam diterima Allah dan balik dengan selamat..=)..ok la..kepala aku pening nie..bangun pagi tadi berat sangat la rasa kepala nie..nasib baik bukan masa aku betulkan repot PSM..kalo tak sah tak siap repot aku..so sekrang minggu ulang kaji..ade 2 minggu lagi..tapi semangat nak study belum ade..haha..minggu depan la insyaAllah..ok..selemat hari depavali untuk yang menyambutnya..dan selamat bercuti semua..

ADIOS

10/28/10

KEPANASAN

ok..sambung citer hari tu..siang sabtu tu aku aku dah pegi mandi manda kat bekok..malam nye pulak aku ade dinner malam penghargaan sempena aku dah ditauliahkan..dinner tu bukan untuk aku sornag je..untuk semua budak-budak batch aku yang dah ditauliahkan inspektor kor-suksis bulan 5 lepas kat UM..ok..seminggu sebelum majlis tu jurulatih aku sarjen ade la mintak tolong kat aku untuk buat slide show@montaj untuk malam tuk..letak gambar-gambar aktivit sepanjang tahun kor suksis uthm nie..aku tanpa banyak kire aku setuju je..walaupun kerja aku sendiri yang sedia banyak pada minggu tu..yela..minggu tu aku kena prepared untuk bentang final projek aku..kalo kat cnie panggil projek sarjana muda.@PSM..asignment-asignment lain lagi..tapi aku rasa tanggungjawab dan aku rasa ni lah kali terakhir aku buat slideshow untuk budak-budak suksis nie sebb sebelum nie masa aku masih dalam suksis memang kerja aku pun..so aku setuju jela..alhamdulillah semua siap..2 slide aku buat..satu untuk semua batch..satu lagi untuk batch aku saje yang dah tauliah..di pendekkan cerita..malam tu aku lewat la sikit sampai..so ajutan aku bising dah kat jurulatih nk tengok video tu..jurulatih aku cool je..cakap semua ok..cnfirm..haha..memang semua slide ok je..laptop pun ok je..tak de masalah..yang ajutan kau nie nak bising-bisnig nape..malam tu jugak la dia nak tengok je..nape tak nak tengok awal-awal..pegawai aku dah tengok dah..pendek kan cerita lagi..hihi..sampai masa untuk tayang slide tu..awal-awal ok je..tapi tak sampai beberapa minit kot..tetiba slide tu "hang"..tak nak gerak dah..ah sudah..pe dah jadi..petang tu ok je..ajutan aku pe lagi..suruh off terus la..aku suuh budak inter ambik laptop tu n bawak kat aku..cek punye cek..laptop buat hal..aku rasa nie maybe sebab virus..dah tak jadi nak tayang nk buat camne kan..jurulatih aku cakap..nk buat camne..kite merancang tuhan menentukan..takpela..tengah-tengah makan tu..ajutan aku datang kat aku..pe lagi membebel la dia..aku jawab la..slide show ok..laptop je ade masalah..ade virus mungkin..dengan senang dia jawab kat aku kalo da tau ade virus nape guna..aku rasa macam nak tendang je dia kat situ..yela..kalo dah name laptop ke PC ke..mane nak lari dari virus..update mane pun antivirus ko confirm ade lagi virus dalam tu..tapi sabar je la..pastu dia blah..sebab dia cakap cmtu la aku rasa panas sangat..ade lagi la dia cakap..tapi malas nk review lebih-lebih..hihi..

cam mana tak panas nye..yela kan..kerja tu sepatutnye bukan aku yang kena buat..budak2 lain yang kena buat..budak2 yang belom tauliah..kitorang yang dah tauliah nie datang makan je..lagi satu..kalo pun aku yang kena buat slide tu..pasal rosak laptop ke ape ke bukan salah aku..tugas aku malam tu buat slide je..cukup..teknikal2 bukan part aku..cmne tak panas kalo cmtu..tengah-tengah makan kena marah..korang tak panas ke kalo korang kat tempat aku..

buat sakit ati je..baik-baik aku tolong buat kerje orang tapi kena marah..nasib badan..ADIOS..

ntah ape-ape aku tulis..nie la akibat tension edit PSM..haha..

10/24/10

kenangan bersama..

assalamualaikum semua..dan salam sejahtera yea..hihi..ok..jom kita bercerita..haha..sejak awal semester nie hingga la minggu lepas..memang agak ke sibukkan..sehingga nak blogwalking pun malas..biasa la hidup sebagai seorang pelajar..belom hidup sebagai pekerja lagi..haha..tapi minggu nie kesibukkan tu dah berkurangan..asignment semua dah hantar(agaknye la..jangan ade yang aku tertinggal sudah)..haha..cume tinggal nak bentang je lagi tugasan-tugasan yang ada..

ok..minggu lepas hai khamis jam 3.00 petang aku dah selesai bentang projek akhir aku sebgai pelajar sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional..alhamdulillah..ketua panel penilai aku masih orang yang sama..cume panel lagi sorang je orang lain..sebab panel lame aku yang sorang lagi cuti sambung belajar..tapi bersyukur jugak..dapat panel yang memahami perasaan dan jiwa pelajar..sebab dia pun tengah pening nak siapkan kajian untuk PhD dia..gudluck untuk panel aku..walau pun jangkaan awal aku kat panel baru nie tepat 99.99%..iaitu dia akan banyak soal n bercakap berbanding dengan ketua panel aku tapi alhamdulillah dia bukan jenis panel yang nak mencari kesalahan pelajar..yela,,dia pun tengah belajar so dia faham pelajar tu macam mana..cuma tahap dia tinggi la..PhD tu..hihi..tak seperti kawan-kawan aku yang lain..ade beberapa dorang yang kena panel yang nak cari salah pelajar je..ketua panel aku pulak..memang kenal aku macam mane..penah mengajar kelas aku..dan dia tau projek ape yang aku buat..so dia tak banyak tnya la..dan jugak..aku bersyukur dapat 2 panel yang banyak membantu aku..sambil menilai..sambil dorang bagi cadangan penambah baikan untuk lapoan akhir aku kelak..terima kasih aku ucapkan kat ke 22 panel aku..(markah bagi tinggi yea cik..hihi)

ok..selesai bentang projek akhir adalah yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tahun akhir..aku pun same..lega la sikit..tapi belum lega sepenuhnya..sebab kena betulkan lagi..dan aku ngah risau markah dari penyelia aku pulak..hihi..ok..selesai untuk projek tahun akhir..kite enjoy pulak..haha..

semalam..setelah dirancang dalam 1 hari je kot..kitorang satu kelas..(dalam kelas ade 25 orang..10 laki 15 pompuan..5 pompuan tak ikut sebab kuang sihat dan ade hal lain)..pergi mandi manda kat air terjun bekok..setelah berbincang setiap rumah (kitorang semua duduk menyewa kat luar je..tak tinggal kat hostel) kena bawak ape..tunggu masa nak gerak pulak..rumah aku kena sediakan menu untuk BBQ..so kitorang sediakan arang, dawai, 3 ekor ayam, 5 bungkus sosej dan 10 ekor ikan..rumah lain bawak makan lain dan minumam..selesai semua gerak la ke bekok..tunggu ape lagi..haha..best sangat-sangat sebab selama 3 taun lebih dah bersama..nie la baru kami keluar bersama-sama..sebelum nie kalau keluar mesti bersama dengan budak-budak rumah sendiri je ke..or sebahagian dari budak kelas je..tapi kali nie semua.tolak dengan yang tak sihat tadi la..memang best..budak laki naik moto..pompuan naik kete..konvoi ramai-ramai..sampai sana kena hidup kan api untuk BBQ..aku tengok sangat ramai sangat nak tolong aku pun blah la g mandi..haha..ramai sangat nanti tak jadi pulak..so..kite mandi..haha..masuk je air..mengigil terus..sejuk siot...haha..tapi kejap je.lame-lame dalam air dah tak terasa..terasa keseronokkan pulak..haha..siap ade tempat gelongsor original lagi..haha..sampai sakit-sakit badan..haha..tapi best..bile dah puas mandi kite makan la..makanan dah siap masak oleh chef-chef yang ade..haaha..aku mandi je,..kejam tak..haha..siap makan tiba la  masa aku dengan kawan aku nie..jie..nak bagi "secret recipe" kat belated birthday girls dalam kelas aku..dah 3 hari lepas dah..tapi kitorang nak bagi gak..haha..mula-mula hadiah secret recipe tu lain..tapi lupe nak bawak so di tuka ke benda lain..haha..mula-mula aku dengan jie pegi tepung tawar dia dengan perencah untuk perap ayam..habis berminyak n berbau tangan muka tudung dia..haha..kesian..tapi tak selesai kat situ lagi..aku pulak pegi carik arang..tumbuk jadi debu..letak air..datang kawan aku cadangkan letak minyak..sungguh kejam kat situ..tapi aku letak gak..haha..bancuh elok..tunggu mase bagi mandi la..pe lagi..habis tudung berminyak lagi dan bau arang la..haha..tengok muke birthday girls tu pasrah je..haha..selesai??..belom-belom..tibe masa bergambar ramai-ramai..rancanga seterusnye..arang lagi..haha..buat makeup kat muka dia pulak..nampaknye dia dah semakin pasrah..berserah je..conteng muka dengan arang..haha..ok..yang nie baru selesai..kesian aku tengok..dengan kena rempah ayamnye..mandi air arang nye..makeup denga arang pulak tu..haha..aku minta maaf yea kawan..kate rock..haha..

ok..stop kat mandi manda dulu..haha..ade benda lain nak dicerita kat new post nanti..mals nak sambung kt cnie..ok la..hihi


  






ADIOS

10/20/10

tahap kritikal untuk projek sarjana muda..

pening..serabut kepala..tension..semua aku ngah rasa sekarang..untuk esok pulak..cuak..sebab??..sebabnye..esok aku akan bentangkan projek sarjana muda aku..kalo kat poli dorang panggil projek tahun akhir..untuk esok..aku tak tau nak bentang ape..yang pasti aku harapkan lulus sudah memadai..kalo dapat keputusan cemerlang lagi bersyukur kan..tapi..macam susah untuk aku dapatkan markah sebaik semester lepas untuk projek aku nie..sebab semester lepas hanya penulisan..semester nie penulisan + produk..tension..tension..tension..produk aku ade 1 lagi tak lengkap..entah boleh siap ke tak..tapi kena siapkan jugak malam nie..cuma sempurna atau tak je..memuaskan atau tak..aku malas nak fikir dah..yang aku tau..aku kena siapkan malam nie jugak..slide presentation untuk esok tak buat ape-ape lagi..ntah ape nak jadi la esok nie..sudah la aku 1st presenter..ketua panel aku kenal..and dia pun kenal aku..tapi sorang lagi panel aku tak kenal..and dia lagi tak kenal aku..aku yakin dan pasti..banyak kesalahan dalam penulisan final report yang aku hantar semalam..lantak la..aku dah blur..tak tau nak fikir dah.banyak sangat tugasan..so, malam nie kena berjaga sampai subuh lagi..duduk depan laptop main facebook...buat PSM la..so kat sini..aku nak minta maaf kat semua..mane la tau..sepanjang jadi blogger nie ade yang terasa hati..terkecil hati..dengan semua penulisan dalam blog aku..minta maaf la..doakan yang terbaik untuk aku esok..cewahh..macam raya la plak kan..haruslah..tak semestinya raya je nak minta maaf..kan..kan..kan..ok la..nak mandi..
~ADIOS~

10/11/10

ntah la..

salam semua..agak lame tak update ape-ape dekat blog nie..bukan nye ape..banyak perkara yang lebih penting yang perlu di selesaikan dahulu..sekarang nie pun tak tau nak update ape sebenarnya..sekadar nak meng"hidupkan" balik je blog nie..kang korang kate blog nie dah tak update plak kang..hihi..

sekarang nie tengah sibuk menyiapkan Projek sarjana muda aku..banyak laig yang tak siap..hantar dalam minggu nie..mampus la aku..kepala serabut nie..sampai nak tido pun tak lalu.tapi bile dah tido tu memang tido mati la..haha..

sebenarnye banyak je perkara yang nak di update sebelom nie..tapi tak berkesempatan dan tak tau nak karang ayat..

so,lepas balik raya ari tu aku tambah cuti..3 hari kuliah aku ponteng..so orang cuti 2 minggu aku cuti 3 minggu..sebab balik awal..haha..lepas tu, lepas balik raya aku busy nak siap kan projek sarjana muda aku tu..muda lagi k..haha..seminggu selepas tu aku demam..6 hari demam 3 kali pegi PKU(pusat kesihatan universiti..1st..2nd.. 3rd time aku pegi PKu la nie sepanjang 4 tahun aku kat UTHM nie.haha)..lepas kena check, aku kena syak demam denggi terus kena bawk ke hospital batu pahat..kena tahan 3 hari..dari isnin sampai rabu la kan..lepas tu sabtu bermula pesta konvo n sabtu tu jugak aku main paintball..lepas demam lepas keluar wad terus main paintball..haha..1st time tu main paintball..best la jugak..lebam-lebam badan kena tembak..haha..

ermm..pe lagi ek..ok..u aku tengah musim konvo sekarang..budak fakulti aku..senior la..konvo semalam..tarikh best tu..10.10.10..tahniah lah kepada senior-senior aku yang dah grad..aku plak ntah ikut masa ke tak nie..kalau PSM aku tu lepas insyaAllah ikut masa la aku grad..tahun 2011..kalo tak..tambah la setahun lagi..tapi mintak-mintak aku tak tambah setahun lagi untuk grad..doa kan aku lepas semua ikut masa dan jadual yang dirancang..hihi..amin..ok la..banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan.selamat berbloging semua..ntah bile plak aku akan update nie..

ADIOS

9/2/10

UCAPAN MAAF DAN SELAMAT HARI RAYA DARIKU INSANBIASA



assalamualaikum..
alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dipersempatkan aku untuk merasai nikmat ramadhan yang ke 23 kalau tak silap..kesibukkan dunia membuatkan aku lupa hari ini ramadhan yang ke berapa tetapi Allah tetap memberikan aku kesempatan untuk merasai ramadhan hari ini..hari ini..pukul 9.30pagi..ade sejam lebih lagi..aku akan bertolak ke melaka dan seterusnya ke LCCT. walaupun penerbangan aku esok pagi..tapi aku terpaksa bertolak awal disebabkan jarak dari Batu Pahat ke LCCT yang agak jauh dan di sebabkan tiada bus bertolak pagi so, aku terpaksa la bertolak awal dan tidur di LCCT malam nie..haha..
so dikesempatan yang ada ini, aku ingin memohon maaf atas segala salah dan silap kepada semua..samada secara sengaja mahupun tidak sengaja..secara sedar mahupun tidak sedar..sepanjang berbloging nie..kalau ade yang terasa hati dengan penulisan aku..aku mintak maaf banyak-banyak..bukan membenci atau menghina tapi hanya luahan perasaan..minta maaf sekali lagi.aku hanya insanbiasa.ok la..aku nak basuh moto yang baru lepas excident semalam..jalan terhincut-hincut la aku balik raya nie..dan satu lagi..doakan aku cepat sembuh..semalam aku excident langgar pakcik yang buat U-turn ikut suka dia je..aku tak sempat nak elak dan terus langgar dia..aku yang sakit..dia takde ape-ape..nasib badan..doakan aku cepat sembuh dan boleh beraya dengan senang hati yea semua..terima kasih semua..hihi..ok la..nak basuh moto pastu nak simpan dalam rumah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

ADIOS..

PERLANTIKAN KETUA POLIS NEGARA YANG BARU


HISHAMMUDDIN dan Ismail berjabat tangan dengan diperhatikan oleh Musa di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam menegaskan keputusan tidak melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga tiada kena mengena dengan tekanan mana-mana pihak.

"Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," kata beliau.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan Tan Sri Ismail Omar sebagai KPN yang baru menggantikan Musa berkuatkuasa 13 September ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, pula akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail.

Pengumuman yang dibuat oleh Hishammuddin itu semalam menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

p/s:alhamdulillah..kedua-dua orang nie aku dah jumpa..selamat bersara kepada Tan Sri Musa Hassan..dan selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada Tan Sri Ismail Omar

8/23/10

ISU DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT

GEORGETOWN: Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa berkenaan.Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong. "Memang saya tidak sebut namanya (Yang di Pertuan Agong), tetapi saya mendoakannya ketika berdoa supaya kesejahteraan serta kesihatan diberikan kepada semua pemimpin itu, termasuk kepada Yang di Pertuan Agong. Saya tidak tinggalkannya terus (doa untuk Yang di-Pertuan Agong), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau mengulas tindakannya tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong ketika doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia seolah-olah tidak menghormati Tuanku Mizan sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang.Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak.

p/s: Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini..kalau la betul doa ini dah diubah sejak tahun lepas lagi maknanya benar la berita sebelum ini..kenapa perlu ditukar nama Tuanku kepada guang eng..meskipun guang eng tu ketua menteri p.pinang tetapi guang eng dengan Tuanku Yang di-Pertuan Agong mana lagi tinggi darjatnya..dan juga..meskipun ada kepentingan politik politik dengan agama Islam..mana lagi penting..tetapi harap hal-hal seperti ini tidak dipolitikkan..

pp/s:sumber sahih atau tidak dan penggunaan nama guang eng boleh atau tidak Allahuallam..dan yang pastinya kalau boleh pun kenapa perlu di tukar??

8/20/10

Doa khutbah untuk Guan Eng

KEPALA BATAS – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.“Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini semalam.Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.Selain itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya.

Astaghfirullah..ape nak jadi dah nie..doa khutbah untuk Guan Eng??.. tanda-tanda dunia menghampiri kiamat..taubat la wahai manusia..

8/17/10

KEK LAPIS SARAWAK JUADAH BERBUKA PUASA


kalau buat juadah berbuka sedap gak ni..mane nak carik kat parit raja nie..kalau ada pun mesti mahal..hihi

p/s:mode nak balik raya dah..haha

8/15/10

TAZKIRAH RAMADHAN..SEKADAR RENUNGAN BERSAMA.


 Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain.Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Tragedi Bazar ramadhan Jasin 2010

 

SUBHANALLAH..TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA

8/14/10

2 MAUT BAZAR RAMADHAN DILANDA RIBUT


Keadaan bazar Ramadan di Stadium Jasin, Melaka berselerak selepas dipukul ribut semalam.


JASIN – Dua peniaga bazar Ramadan di Stadium Jasin di sini maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut semalam.
Mereka yang terkorban dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan Mahadi Mohamad, pembantu kedai martabak.
Mereka terkorban akibat hentakan batang besi payung gerai yang berterbangan.
Selain dua mangsa yang terkorban, seorang lagi peniaga parah dan 18 lagi cedera ringan.
Jurucakap polis berkata, ribut selama kira-kira tiga minit itu melanda pada pukul 4.45 petang semasa 23 peniaga di bazar itu sedang menyiapkan juadah masing-masing untuk dijual.
“Ribut tanpa hujan itu terlalu kencang sehingga semua barang berterbangan dan ramai peniaga rebah,” katanya.
Jurucakap polis itu memberitahu, kejadian ribut kencang itu adalah yang pertama kali berlaku dan terburuk di daerah ini.
Sementara itu, seorang peniaga, Norhafizah Shiraj, 24, berkata, ribut itu datang secara tiba-tiba tanpa hujan.
“Saya yang sedang menjual char kuey teow tidak dapat berpaut pada apa-apa menyebabkan saya terjatuh ditolak angin,” kata Norhafizah
Jelasnya, kejadian itu sangat menakutkan kerana ramai yang menjerit-jerit apabila semua barang berterbangan.

8/8/10

JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2

selesai sudah program 3 hari 2 malam di parit bakar muar..program tu aku rasa terlalu singkat tempoh masanya..sebab 3 hari 2 malam ape je yang korang boleh buat..duduk kat rumah berapa jam je pun..senang cerita rumah tumpangan untuk tidur..sepatutnya palin kurang pun 4 5 hari..baru terasa nikmat keluarga angkatnye tu..hihi..

komen aku kat program nie..ok la..boleh la..haha..yela kan..pengurusannya nak kata teruk sangat tu takde la jugak..lancar la jugak..walaupun ada problem-problem yang timbul semasa program nie berjalan..biasa la..adat berprogram..tak semua orang akan suka atau setuju dengan cara kita jalankan program tu..dan tak semua ape yang kita rancang atas kertas akan dapat dijalankan pada masa kejadian(masa program la,)..tapi..banyak2 adat@kebiasaan, yang nie la yang nak kena buang..tak bagus untuk dikekalkan..hihi..

semasa program nie..ade la masalah-masalah yang timbul..sama ada berkaitan keluarga angkat dan jugak aktivti amal yang dijalankan..tapi bagi aku..bila sesuatu yang kita rancang atas kertas tu tak menjadi..tak perlu nak pening-pening kepala nak kutuk sana sini..nak marah orang yang handle aktiviti tu..sebab yang paling utama ade lagi program atau aktiviti yang perlu dilaksanakan selepas tu..kalau kepala dah tension fikir masalah aktiviti yang dijalankan sebelum tu tak menjadi..macam mana nak fikir dan lancarkan perjalanan aktiviti seterusnyakan.masalah yang timbul tu kita bincang masa postmoterm..betul ke ejaan nie..hihi..masa tu la kita nak betulkan masalah yang timbul..dan jangan lupe ambik catatan..sebabnya..bila nak buat program lain plak akan datang..kita dah tau kelemahan kita dekat mana..so, boleh la kita baiki kan..ni tak..kebanyakkan bila meeting untuk simpul kan keseluruhan program je semua nak salahkan siapa yang run kan program tu..biasa la kita nie..nak cari kesalahan orang je..sama la macam aku..haha..

ok la..takperlu la cerita panjang-panjang..kat sana aku dapat abang dan kakak angkat..yela..dorang muda lagi..umur baru 3o lebih..tak kan nak panggil mak dengan ayah kan..tak best la..dorang pun bahasakan diri dorang abang dan kakak..so kirenye dorang ok la tu kan..=)..insyaAllah raya nie kitorang rancang ramai2 nak pegi sekali kat sana..sambil-sambil tu boleh la singgah rumah umi dan abah angkat aku kat batu pahat nie jugak..kampung umi dan abah aku nie kat semerah..45minit dari parit raja nie..kalau yang kat parit bakar tadi.kalau naik bus 1jam 30 mint..so tak berapa jauh la dari keluarga angkat aku yang sebelum nie..dah merepk je banyak nie..tak ade dah yang nak di cerita..gambar pun aku takda ambik..ade satu dua je..yang lain kat camera orang lain.haha..

ok la..ADIOS

p/s : lupe nak bagitau..kitorang 4 adik beradik angkat..sorang daripadanya budak somalia(somalilan.)..hihi

8/6/10

PARIT RAJA, BATU PAHAT --------> PARIT BAKAR, MUAR

salam sahabat semua..
esok aku akan bertolak ke muar..ade program anak angkat dekat sana..3 hari 2 malam..program tu dekat parit bakar muar..esok sampai je berkumpul kat SMK Tengku Mahkota.pastu petang baru perasmian dan terus pengagihan anak angkat..sebenarnye aku nie dah boring dah program-program anak angkat nie..ramai sangat dah keluarga angkat aku nie..sampai tak terangkatdah..haha..

tapi nak buat macam mana..dah wajib kena ikut..program nie anjuran fakulti aku..tapi budak-budak master yang handle..agak kelam kabut jugak la dorang..yela..ade yang penah handle program ok la kan..yang xpenah handle tu pening la nk buat kerja..program pun besar..tapi aku rasa keramaian budak master fakulti aku tak ramai yang penah handle program..lagi-lagi AJk-AJK yang ade sekarang nie..sebab kelas aku penah berkerjasama dengan dorang..yang pegi pulau perhentian tu..penat kitorang betekak ngn dorang..dah pengurusan dorang tak teratur kitorang tegur la..pastu sekejap cakap macam nie..sekejap cakap macam tu..kitorang pun lawan balik..haha..jahat tak..aku la ketuanya..sampai dorang nk kutip RM20 sorang kt kitorang semual selepas program tu pun tak jadi..sebab aku tak puas ati untuk ape duit rm20 tu..dan kenapa tak cakap teurs terang sebeleum program start..haha..jahatnye aku..tapi kalau dorang mintak gak lepas tu kitorang tetap bayar..cume nak tau buat ape lagi duit tu..mane pegi duit yang kutip awal2 lagi sebelum program..

dah-dah..tak perlu nak di ungkit kisah lama..cewah..haha..ok la..esok nak pegi muar..ade sape-sape orang muar tak kat sini..orang kampung parit bakar ke..aku kalau tak silap parit bakar 3..hihi..mane la tau ade blogger orang sana..ok la..gudluck untuk kitorang esok..aku and the geng 10 orang selaku biro perkhidmatan teknikal..kitoprang akan pusing kampung-kampung baiki peralatan ape yang patut..kipas-kipas ke..paip-paip kat masjid ke..ikut la bos nak bawak g mane..hihi..

dah-dah..lewat sangat dah nie..tido-tido..esok nak kena bangun awal.so aku off 3 hari untuk blogwalking..time2 aku tak blogwalking la buffered aku ade..korang datang-datang la blog aku yea..klik iklan buff aku k..haha..ok la..selamat malam..

::"ADIOS"::

MUARRRRRRR!!!!..TUNGGU..AKU DATANG..!!!!!HAHAHA

8/3/10

DOA PEMANIS MUKA

DOA INI MUJARAB, SEBAIK BAIKNYA DIBACA SETIAP PAGI JUMA'AT: SEBELUM KELUAR RUMAH.  Tak payah nak berabis duit buat facial ataupun botox…… etc….. Tengok aje orang orang dulu atau seniwati –seniwati  lama  kita yang sentiasa kelihatan manis…… khabarnya dia orang memang pakai doa yang sama…………..Cuma kena rajin menghafal dan baca setiap kali pakai b ed ak atau keluar rumah………………..

Doa pemanis muka ni lebih afdal lagi kalau dibaca 3 kali sehari sebelum memakai b ed ak atau a lat 2 solek atau minyak rambut .


Hafal dan tarik nafas dalam dalam dan hembus ……. Lepas itu.  Baca kuat-kuat ....... Bagi semua orang dengar...... ......... ......

Selamat mencuba..... amalkan lah..  Tak rugi
...!! !!! !!!!!!!

>
>
>
>
>
>

*
*
*
*
*
"
minyak si tuang tuang,

ku tuang dalam kuali,


muka ku macam beruang,


semua orang gerenti lari.


kuang.. kuang..kuang. ."



He…. He….. tengah senyum ke??.....
kan manis tu.....semoga bertambahlah manisnye...

Hahahahahaha. .. ampun tuan ku.......... ..beribu ribu ampun……………...  Hamba pon terkene..... . beb

YOUTHSAYS DAN FACEBOOK SUSPENDED..::ADE AKU KISAH::..

haish...orang kata tak baek mengeluh..memang tak baik pun..tapi nak buat macam mana..dah jadi tabiat..bukan tebiat k..tu buang tebait namanye..hihi..dah..aku malas nak melalut panjang..hari nie..lebih spesifik semalam la..sebab masa aku taip entry nie dah masuk hari baru..hari selasa..hari nie je dua akaun alam maya aku nie kena suspended..aku pun tak paham kenapa..ape salah aku..aku pun tak tau.first sekali..akaun youthsays aku..dah kena suspend..pastu akaun facebook pulak..yang aku peliknye ape salah akaun facebook aku nie sampai kena suspended..aduh..mengeluh lagi..macam mana la nak buang tabiat nie..youthsays tu pun satu hal..kate suruh promote link..aku promote la macam biasa..guna shoutmix kat blog-blog bape kali je..sebab aku tak berani dan tak nak la ganggu blogger-blogger yang blogwalking untuk nuffnang dan sewaktu dengan nya kan..aku guna facebook je..letak kat wall and massage..dah suruh promote aku promote..tapi kena suspended lak..lantak ko la..ko suspend aku buat lain..suspend la..ADE AKU KISAH..haha..dah..layan readbud plak hihi..nie pun aku tak tau macam mana..biar je la..tak rugi pun..barang free..memang macam nie..ade ke orang nakbagi kite duit senang-senang..hihi..sekarang nie aku nak belajar buat ebay pulak kat member aku nie.tapi tak berkesempatan..barang nie payah sikit..tapi boleh diusahakan dan berbaloi-baloi..haha..dah-dah..esok aku nak masuk bengkel..buat projek akhir aku..eh silap..kawan aku..kalau projek dia nie boleh run..aku pun beli la komponen yang sama..sebab projek kitorang lebih kurang je..hihi..ok..ADIOS semua..selamat malam/pagi..semoga ceria selalu..dan sihat-sihat selalu..sape tak ganti lagi puasa tu ganti cepat..ade berapa hari lagi nak puasa nie..hihi..ok bubbye,,ADIOS
nie akaun facebook aku..dah ape la dia cakap nie..aku translate dia cakap ade orang jahat guan email aku..haha..aku BI..ehem-ehem..haha..
akaun youtsays aku plak..buat baru la nanti..hihi..kalau rajin la..kalau malas biar je..

8/2/10

Anak Murid Yang Pandai

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan
satu soalan,

" Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?" Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu. "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu." "Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim.Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,

"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style  makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin". "Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."

kwang kwang kwang.......

p/s::jangan fikir lain pulak yea..hihi..

7/31/10

FOOTBALL IS A GAY GAME??!!

HAHA..no komen..aku dapat dari email aku..dah lama dah gambar-gambar nie..kat pakcik google banyak aku rasa..hihi

7/30/10

KISAH BOLA HITAM & PUTIH..BACA TAU..TAK BACA RUGI..


bace tau...sedey. ..isk.....


               
                Rahsia bola hitam & putih
               
                Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
                selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
                tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
                cuma tinggal bersama pengasuh je.
               
                Lepas Tadika, sementara member2 lain
                dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.
               
                Pengasuhnya mengadu kepada
                bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
                Tak ada basikal..apa tuan tak segan?"
             
               
                Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
                yang macam mana dan si anak cuma bagitau,
             
                          
                "Tak payah susah2 la
                papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."
               
                Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan    putih?"
         
              Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."
             
                Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
                je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
               yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
             

                Masa berlalu
             
               
                kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
                Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
                membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
                disimpan di dlm stor..
             
                Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
                kepada si bapa.
               
                Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu
                tak nak dibelikan kasut roda
                macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
                Papa?. No problem setakat beli
                kasut roda je...".
               
                Si anak
                menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
                dah
                rosak..
                Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
                roda.
               
                Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
                papa?"
               
                Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
                kasut
                roda, ditambah bola hitam dan
                bola putih.
               
                Selang beberapa
                tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.
               
                Sekarang kawan2nya
                main permainan lain- main roller blade. musim
                rollerblade melanda
                kwasan tempat tinggal nya.
                Trend baru....
               
                Sementara tu, budak lelaki
                tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas
                bapanya
                pulang dari luar
                negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
                si
                bapa jadi malu
                sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
                banyak,
                keluar
                negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
                Keesokkan
                harinya, dalam bilik
                anaknya sudah ada sepasang roller blade
                baru bersama secebis nota: "Biar
                kamu tak
                 malu".
               
                Pada malamnya,
                terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
                tersebut berbunyi:
                "Papa, Kenapa tak belikan
                bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
                nya."
               
                "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
                Apalah
                istimewanya
                bola itam dan bola putih!!?
               
                Keesokkan hari dan
                seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
                sebegitu...hingga
                dia
                tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
                putih
                untuk
                kesekian kalinya.
               
                Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
                putih tu, si anak tidak lagi
                mendesak bapanya.. Secebis nota juga
                ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
                "trima kasih byk2 papa kerana belikan
                saya bola hitam dan bola putih"
               
                Masa berlalu....
               
                Ketika di Sek
                Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
                dengan bas,
                member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah...
                Suatu hari,
                ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
                membernya dengan
                motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
                sangat
                malu.
                Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
               
                Itulah satu-satunya anaknya.
                Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
                anaknya! Maka
                ditawarkan
                Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
                tawaran
                ayahnya dengan alasan motor kurang
                praktis, lagipun si anak cuma
                inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
                bapa
                tidak dapat menerima
                penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
                berbincang.
                Akhirnya
                tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
                pula dgn
                bola hitam dan
                bola putih semestinya!! .
               
                Tetapi si bapa masih kesal........
                Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
                anak lelakinya bola hitam &
                bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
                begitu memerlukan sebiji bola
                hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
                tak pernah bagitahu kenapa
                dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
                bola putih...
               
                Sehingga
                tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
                Kerana
                gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
                dihadiahkan oleh
                si bapa sebuah kereta
                Ferrari keluaran terbaru.
               
                Akan tetapi, sehingga
                beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
                je.
               
                Sehingga
                aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
                motoooooor
                jeeeee..
                Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
                belikan
                bola hitam bola putih. Tak
                faham perasaan anak
                sendiri!
               
                Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
                bapanya. So,
                selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
                bertanya
                kpd si bapa, kenapa pak cik
                tak belikan bola hitam bola
                putih?
               
                Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
                tu..huh..sampai
                awek anak aku pun
                tanya...bila si bapa menanyakan si awek
                semula kenapa soalan tu yang di
                tanya?. Si
                awek pun bagitau, anak
                lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
                Ferrarinya selagi tidak diberi
                bola hitam & bola putih!!
               
               
                Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
                sudah begitu banyak bola hitam &
                bola putih.
                Nak buat apa lagii...,
                fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
                hadapan awek
                anakmya itu,
                maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya
               
                Suatu
                hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
                bukau
                menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah,
                anak muda kan , ketika tenang memandu
                si anak dicium aweknya dan dia jadi
                gelabah
                dan terus accident!!! Mereka
                segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
                dimaklum
                oleh pihak polis
                 tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
                mereka tidak memakai
                seatbelt, si
                awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
                tenat.
               
                Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak
                saya?"
               
                Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami
                telah
                berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya
                Encik
                manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."
               
                Perlahan si
                bapa masuk, mendekati anaknya.
               
                "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
                semasa memandu.." si anak juga
                menangis
                kerana aweknya tak dapat
                diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
                dia....akrablah dua
                manusia itu
                beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
                pertemuan
                terakhir antara dia dan anak lelakinya... .
                Dia teringat kembali persoalan yang
                selama ini sering bermain di benaknya
                dan keinginannya untuk mengetahui
                tentang "mengapa anaknya selama ini
                selalu minta bola hitam bola
                putih"
               
               
                "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk..
                sehingga kamu
                sering
                kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan
                untuk menjadi ayah yang
                baik."
               
                Anaknya menjawab dalam keadaan
                lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
                saya kecewa disebabkan papa
                ada
                kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
                dan
                bola putih je kan ?"
               
                Si bapa rasa timing jawapan untuk
                persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU
                SELALU MINTA BOLA HITAM &
                BOLA
                PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN
BOLA2          ITU  SEHINGGA  IANYA BEGITU
                BERERTI
                BUATMU?"
                            
                (anda semua pun ingin tahu kan
                ...?)
               
                Si anak menjawab dengan nada terputus putus
                kerana sudah tidak dapat
                bertahan dan
                masanya sudah hampir
                tiba....
               
                sebabnya .........saya.. saya....
                saya...."
               
               
               
                *hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
                nafasnya hilang. Si anak
                sudah meninggal sebelum
                sempat memberitau bapanya
                tentang bola hitam & bola putih.
                

                Tengok, si bapa yang selalu hidup
                bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
                yang cuma bercerita, lagi la tak
                tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak
                nih.
                Isk!Isk! Isk!....... ...Rasa
                nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
                forward kat
                aku.
               
                P/S :
               Amacam rasa..... Takkan aku nak jadi korban sorang2 je kan .. kehkehkeh .....
 

P/SS::aku dapat dari email..lame dah dapt..tapi baru bukak n bace..aritu bukak tapi xbaca.hihi..jangan marah 

7/26/10

MESTI TONTON: Friendly Malaysia U23 vs South Korea U23

BOLA SEPAK : MALAYSIA VS KOREA SELATAN 1-0

salam semua..aku ada berita penting nak bagitau ni..ke korang dah tau?..kalau dah tau tak pe la..tapi aku nak bagitau jugak..petnag tadi kan..kan ada game bola malaysia lawan korea selatan kan..kan..kan..kan..so, aku nak bagitau..malaysia menang 1-0 dengan korea selatan..haha..bangga nye aku..tu la..korea selatan..belagak sangat..bingung dengan nasib malaysia la konon..lain kali..bingung dengan nasib negara sendiri je dulu..memang la bola malaysia sekarang nie tengah jatuh..tak sekuat zaman 70-an dulu..tapi..bila dorang nie main as satu pasukan..main sungguh-sungguh..mesti boleh menang la..hihi..dan kebajikan dorang pun dijaga..insyaALLAH..bola malaysia pun boleh pegi jauh..tak mustahil semua tu..tengok sekarang..malaysia kalau ikutkan ranking dunia malaysia tempat ke-142, korea pulak tempat ke-44, jauh tu..dan kalau ikut ranking asia pun jauh jugak..malaysia ke-26 dan korea selatan ke-3..so, kt sini, ranking tidak memainkan ape-ape peranan yea tuan-tuan dan puan-puan..kite tengok je la badminton..datuk lee chong wei no satu dunia, lin dan no 2..tapi chong wei tetap susah nak kalahkan lin dan..lebih banyak kalah daripada menang..opss..terlebih berita pulak..haha..aku nak bagitau malaysia menang 1-0 ke atas korea selatan je tadi..ok la...adios..

7/18/10

Haram pakai jersi lambang salib



KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

so..faham-faham je la yea kawan-kawan..nasib baik arsenal tak termasuk..lambang meriam je..tapi nanti aku cek balik..takut-takut ade jugak..hihi..
readbud - get paid to read and rate articles

Followers