9/16/11

PERODUA MYVI LAGI POWER LAGI BEST


Perodua Myvi 1.5 EXTREME 06 Exterior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Perodua hari ini secara rasminya telah melancarkan dua varian terbaru dalam keluarga Myvi 2011 yang dilancarkan pada bulan Jun yang lepas. Dua varian yang dilancarkan, Myvi Extreme dan Myvi SE dengan tagline “Lagi Power, Lagi Best“, masing-masing memiliki enjin baru berkapasiti 1.5 liter yang sebelum itu eksklusif hanya untuk model MPV Alza.
Perodua Myvi 1.5 EXTREME 03 Exterior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Harga yang ditawarkan bermula serendah RM50,900.00 sehingga RM61,700.00, bergantung kepada spesifikasi yang ditawarkan. Perodua Myvi Extreme dan SE baharu kini tampil lebih bergaya, kit badan baru lebih sporty dan ranggi, selesa dan berkuasa, dijangkakan akan menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.
Bagi varian SE, terdapat tiga versi ditawarkan iaitu manual, automatik dan multimedia. Versi SE Multimedia didatangkan eksklusif bersama kotak gear automatik sahaja. Perbezaan Myvi SE Multimedia berbanding versi SE manual dan auto ialah bahagian interior dilengkapi sistem multimedia navigasi skrin sesentuh sama seperti yang ditawarkan pada varian Extreme.
Perodua Myvi 1.5 EXTREME 13 Interior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Perodua Myvi 1.5 liter baharu didatangkan bersama transmisi manual dan automatik untuk pilihan pelanggan, selain beberapa warna pilihan menarik. Myvi Extreme mempunyai tiga warna menarik iaitu Kuning (Solid Majestic Yellow) yang merupakan warna terbaru, diikuti warna Putih (Solid Ivory White) dan Hitam (Metallic Ebony Black).
Perodua Myvi 1.5 EXTREME 17 Interior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Varian SE pula tampil dengan pilihan lima warna menarik berbanding Extreme, dengan tambahan dua warna ungu iaitu Metallic Mystical Purple dan Metallic Purple.
Enjin 1.5 liter DOHC dan 16V DVVT pada kedua-dua varian Extreme dan SE menghasilkan kuasa maksimum 102bhp@6,000rpm dan tork maksimum sebanyak 136Nm@4,000rpm. Menurut Perodua, pecutan dari 0-100 km/j boleh dilakukan dalam tempoh di bawah 10 saat, berbanding varian 1.3 pada catatan 12.5 saat.


Perodua Myvi 1.5 SE 04 Exterior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Enjin 1.5 liter yang digunakan turut dikatakan lebih responsif dan menghasilkan pecutan lebih lancar, selain kuasa kuda dan tork yang mewah memberikan perasaan pemanduan sebenar yang cukup menyeronokkan. Ciri keselamatan seperti ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brake Distribution), BA (Brake Assist) dan dwi beg udara SRS menjadi ciri standard untuk kedua-dua varian.
Perodua Myvi 1.5 SE 05 Exterior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Dengan pelancaran versi lebih berkuasa dan sporty dalam kalangan model Myvi 2011 baharu, Perodua meletakkan unjuran jumlah jualan akan bertambah pada setiap bulan, seterusnya mengekalkan Myvi sebagai kereta terlaris di pasaran tempatan.
Perodua Myvi 1.5 SE 11 Interior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Setakat ini sehingga tarikh 8 September 2011, Perodua mencatatkan jumlah tempahan bagi model Myvi sebanyak 34,000 unit, termasuk 18,000 unit daripadanya sudah dihantar kepada pelanggan.
Perodua Myvi 1.5 SE 13 Interior Perodua Myvi Extreme dan SE dengan enjin 1.5 liter dilancarkan secara rasmi   harga dari RM50,900.00 sehingga RM61,700.00
Antara perancangan terbaru Perodua ialah untuk mengeksport Myvi baharu ke pasaran Mauritius dan Sri Lanka, masing-masing pada bulan Oktober dan November ini, manakala percubaan ke pasaran Fiji dijangka dilakukan pada awal tahun depan.
Senarai harga Perodua Myvi Extreme dan SE (harga atas jalan termasuk insuran) :
  • Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Solid) – RM50,900.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Metalik) – RM51,400.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Solid) – RM53,900.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Metalik) – RM54,400.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Solid) – RM56,000.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Metalik) – RM56,500.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Solid) – RM58,200.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Metalik) – RM58,700.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Solid) – RM61,200.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Metalik) – RM61,700.00
SUMBER : ARENA KERETA

kalau mengikutkan harga yang ada sekarang memang rasanya bebraloi la..mintak-mintak la harga nie tak melonjak naik untuk setahun 2 dari sekarang..haha..

Followers