8/28/11

BEBERAPA KESALAHAN SEMASA BERHARI RAYA

SEKADAR PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN RAKAN BLOGGER..selamat hari raya maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap dan ada yang terasa sepanjang IB berblog..


8/27/11

BOLEH HIDUP KE GAJI RM3000 DI MALAYSIA??

Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin kita nak kejar negara maju 2020 nanti duit/harta negara kena la banyakan. sampai harga barang naik melambong sana melambong sini. tapi turunnya harga tak pulak mcam hujan dari langit..haha..kononnya nak kurangkan subsidi. lepas tu mintak rakyat jelata nie ubah cara hidup. tapi cara hidup dorang ade ke berubah.????!!!..lagi satu, kalau gaji korang sekitar rm2000-rm3000 macam mane ek??..layannkan gambar kat bawah..aku lupa pulak dari mane aku dapat gambar nie..sorie owner..hihi
p/s : slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan yang diwar-warkan pasal yang positif je..yang negatif pulak macam mane. contohnye..harga barang naik..biar rakyat rasa susah dulu..kita kat "atas" nie ok je..janji negara maju 2020..

TIPS MENCARI JODOH TANPA "COUPLE"


kredit :pakcik google
………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ♥ ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.

8/25/11

SIFAT SYAITAN YANG PATUT DICONTOHI



Syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pada umumnya pasti benci kepada syaitan kerana sifat jahatnya. Namun, pada sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat syaitan yang patut dicontohi. Cekidaut!!~

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.
2. Kreatif
Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).
3. Konsisten
Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.
4. Bekerjasama
Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.
5. Genius
Syaitan paling pintar otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat, tidak mahu mencipta idea-idea baru.
6. Tanpa Merintih
Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.
7. Suka berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.

Sifat jahat syaitan memang hendaknya JANGAN SESEKALI ditiru! Tapi tidaklah dosa jika kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang boleh berguna bagi kebaikan diri kita dan sesama.

8/24/11

WAJAH MANUSIA DILANGIT TANDA KEBESARAN ALLAH


AWAN berbentuk wajah manusia tersenyum dirakam di Grand Falls, Kanada.
KOPERAL Suhairi Mahsan, 39, sedang bertugas di menara kawalan Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan apabila dia terpandang kepulan awan berbentuk aneh di langit. Menurut Suhairi, dia melihat satu objek sedang turun perlahan-lahan. Setelah diamati, dia terkejut kerana awan tersebut berbentuk seperti jenazah yang sudah dikafankan. "Cantuman kain kafan jelas di bahagian kepala dan kaki serta ia turun perlahan-lahan secara berdiri dan berhenti bersetentang dengan satu lagi gumpalan awan yang berbentuk orang yang memakai serban dan berdiri seolah-olah sedang menyembahyangkan jenazah tersebut.Peristiwa selepas subuh pada 27 Jun 2010 itu turut disaksikan oleh beberapa rakan Suhairi. "Ketika itulah kalimah syahadah jelas terlihat dari kepala hingga ke kaki gumpalan awan berbentuk jenazah itu," kenang Suhairi. Kemunculan kepulan awan dalam pelbagai bentuk sudah lama dianggap fenomena yang menakjubkan bahkan menakutkan.

 Pada 4 Ogos lalu, seorang jurukamera amatur, Denis Farmer sempat merakam bentuk awan hitam dari belakang rumahnya di pekan Grand Falls, Kanada. Awan berbentuk wajah manusia gergasi itu terjadi semasa angin kencang yang membawa hujan melanda kawasan itu. Imej itu lengkap dengan hidung, mata dan muncul dengan mulut tersenyum. Kejadian itu berlangsung selama beberapa saat sebelum kepulan awan itu kembali kepada bentuk asal. Sesetengah masyarakat menganggap bentuk aneh awan bayangan kuasa ghaib dan kejahatan manakala yang lain melihatnya sebagai mesej daripada Tuhan.


AWAN berbentuk pau kerap berlaku selepas ribut petir

Penduduk Moscow, Rusia, yang menyaksikan satu fenomena unik apabila imej seperti cincin yang bersinar terbentuk di langit bandar raya itu pada 12 Oktober 2009 percaya ia berlaku akibat kuasa ghaib. imej itu dirakamkan oleh seorang penduduk dan boleh dilihat menerusi laman web youtube. Bagaimanapun, seorang pegawai meteorologi menafikan hujah kuasa ghaib itu. Menurut seorang jurucakap agensi meteorologi di Moscow, kejadian itu disebabkan oleh kesan maya pada pandangan mata. "Ia merupakan satu kesan maya walaupun kelihatan seperti mengagumkan. "Jika anda melihat dengan lebih dekat, anda akan mendapati terdapat sinaran matahari yang datang melalui awan itu," katanya. Sebenarnya, terdapat pelbagai bentuk awan. Di tempat paling tinggi yang udaranya dingin, terbentuk gumpalan awan kecil-kecil. Awan besar yang menyerupai kapas terjadi sewaktu udara panas naik dari permukaan bumi dan menjadi dingin. Lapisan awan berwarna terbentuk dari udara yang hangat dan lembap dekat permukaan bumi. Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), awan diberi nama menurut tinggi dan bentuknya. 

Awan sirus, sirokumulus dan sirostratus merupakan awan paras tinggi iaitu berada pada ketinggian lebih enam kilometerIa selalunya nipis dan putih tetapi boleh menampilkan warna yang menakjubkan apabila matahari berada dekat dengan horizon. Awan sirus terjadi semasa cuaca baik dan bergerak mengikut tiupan angin. Altokumulus, altostratus dan nimbostratus ialah awan paras sederhana iaitu di antara dua kilometer hingga lima kilometer. Ia mengandungi air hujan manakala kristal ais di tempat bersuhu sejuk. Kululus, stratokumulus, stratus dan kumulonimbus adalah awan rendah yang mengandungi air hujan. Ia berada beberapa meter dari permukaan bumi hingga dua kilometer ke angkasa.


BENTUK bergulung terjadi selepas awan altitud rendah terperangkap dalam tiupan angin.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhamad Razak Idris berpendapat kejadian awan membentuk imej manusia berlaku secara kebetulan. Razak turut menolak dakwaan kononnya peristiwa seperti itu merupakan petanda akan berlaku sesuatu yang buruk.  "Setiap kejadian Allah di muka bumi sudah diatur. Awan mempunyai peranannya sendiri. Bentuknya yang tidak tetap itu memang boleh menyerupai apa-apa lebih-lebih lagi apabila ada angin yang menolaknya. "Tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana ia berlaku secara semula jadi," ujar beliau. Razak turut menggesa umat Islam agar tidak mempercayai bahawa bentuk awan itu adalah jelmaan kuasa ghaib. "Umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan cerita di sebalik objek yang dilihat itu. Sebaliknya jadikanlah ia pedoman untuk kita menginsafi diri dan mengingati Tuhan.
"Kita memiliki al-Quran sebagai panduan. Kitab suci itu ada menyebut bahawa apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Semuanya hanya tunduk dan patuh hanya kepada-Nya," tegas Razak.
Mengulas mengenai awan berbentuk seakan jenazah yang dikafankan dan kalimah Allah, Razak berkata, umat Islam boleh menjadikannya sebagai peringatan supaya sentiasa mengingati Allah


8/23/11

ANAK HARIMAU SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN.DILAMAR KELAB CORGON SLOVAKIA. TAHNIAH


Apa yang penting, mereka perlu berani serta ada keyakinan untuk bersaing. PEMAIN bola sepak negara sebenarnya mampu mencipta nama di bumi Eropah.Buktinya, tiga tonggak skuad Olimpik negara - Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas - telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya. "Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah."Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik."Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee ketika dihubungiKosmo! di Slovakia semalam.Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi padaplayoff Liga Europa.Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol. Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan. Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan. "Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice. "Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini," jelas Kim Swee.-KOSMO / bilapuyuhberbunyi.blogspot.com

p/s: lamanye xupdate..penuh habuk dah blog..bersawang-sawang sudah..haha..belum ada kesempatan untuk update entry sendiri. tolong klik cnie yea..tq..http://grpv.cc/1oIY

8/7/11

VOTE FOR PALESTINE ..UNDIAN ANDA AMAT DIPERLUKAN



menurut sahabat di facebook, pihak google sedang menjalankan undian sama ada ingin menamakan Israel ataupun Palestin dalam peta Google Earth. Israel kini mendahului.. Anda ambil berat kan? Jom undi Palestin!!!


Cara-caranya :-


Pergi ke pautan di bawah.!Selepas itu..,

KlIk Pada BeNdEra PalestIn daN

TulIs perkataan yg Di Bagi..!PastU vOte..!


http://www.israel-vs-palestine.com/US/EN/


p/s : sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat kita yang lain

8/4/11

pengguna IE golongan IQ rendah



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.-KOSMO


UPDATE:

Jurutera mengaku tipu kajian Internet Explorer


VANCOUVER, Kanada - Satu kajian terbaharu yang menyatakan bahawa pengguna perisian komputer Internet Explorer (IE) memiliki kecerdasan intelektual (IQ) rendah sebenarnya satu penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.Kajian tersebut yang mendakwa bahawa pengguna IE adalah bodoh dijalankan oleh sebuah firma Kanada, AptiQuant.IE merupakan perisian enjin carian Internet keluaran firma Microsoft yang diasaskan oleh orang kedua terkaya di dunia, Bill Gates.Penipuan itu terbongkar selepas sebuah laman berita perniagaan, Computer Business Review (CBR)mendapati laman web AptiQuant mengandungi imej dan teks yang sama dengan sebuah firma penyelidikan dikenali sebagai Central Test.Pembohongan itu jelas terbukti apabila CBR menerima kenyataan daripada Central Test menyatakan, ia tidak tahu tentang AptiQuant walaupun kedua-dua syarikat memiliki banyak persamaan.Seorang jurutera web kemudian mengaku melakukan penipuan tersebut kerana dia berasa kecewa dengan IE."Saya amat kecewa dengan IE kerana cuma satu versi perisian tersebut boleh digunakan pada sesuatu masa untuk menguji laman web," kata lelaki tersebut."Saya kemudian menciptakan helah itu untuk meyakinkan orang lain supaya berhenti menggunakan IE," tambahnya-KOSMO

8/3/11

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas. Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.


 “Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya. Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan."


Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini [safee].Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.-BH


p/s : kita sebagai umat Islam tak elok lah memburuk/mengutuk sesama kita. lagi-lagi bulan ramadhan nie. semoga isteri shahril nie, Hidayah memohon maaf secara terbuka. dunia nie kecik je. tak perlula nak kutuk mengutuk nie..buang masa je.
readbud - get paid to read and rate articles

Followers