9/23/11

BACA BUKU BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN!


KUALA LUMPUR – Penuntut institusi pengajian tinggi harus menjadikan tabiat membaca, meminjam buku dan berulang-alik ke perpustakaan sebagai satu kebiasaan dan bukan hanya untuk lulus periksa semata-mata, kata Profesor Diraja Ungku Aziz .


Beliau berkata, ini penting kerana kalau hendak menjadi seorang yang bijak, mestilah selalu membaca buku kerana tiada cara lain yang boleh menggantikan cara ini dalam menambah ilmu. "Semasa belajar di peringkat sekolah, saya banyak meminjam buku di semua perpustakaan yang saya lawati. “Malah, semasa saya bergelar seorang penuntut dan juga pensyarah, saya dan kawan-kawan masih suka meminjam pelbagai jenis buku dan yang paling saya minat ialah buku politik dan sejarah.
"Saya sedih melihat penuntut kini hanya membaca buku untuk lulus periksa malah ada juga yang menggunakan isi buku untuk diplagiat bagi menyiapkan tugasan mereka dan bukannya untuk menambah ilmu pengetahuan,” kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu ketika merasmikan Arkib Digital Universiti Malaya Memory di kampus UM di sini semalam.
KOSMO

nota jari : paham tak pelajr-pelajr..sentiasa baca buku yea..hihi..tapi kalau part yang ambik isi buku untuk menyiapkan tugasan tu rasa nya susah nak elak sebab kalau kat universiti biasanya pensyarah memang bagi soalan yang jawapannya memang kena ambik dari buku..so, nak buat macam mana la kan..kalo tak ambik 100% pun kita akan ubah sikit je bunyi ayat tu kan..tapi maksud masih same je..hihi
readbud - get paid to read and rate articles

Followers