1/25/11

kisah hidup sebagai perantau LM

Alhamdulillah..masuk minggu ni  sedar tak sedar..tak sedar tu mase tido je la..haha..dah nak masuk sebulan aku kat sekolah menengah vokasional jalan stadium nie..aku buat ape kat sani??..masuk form 4 balik ke??hihi.,.takde la..aku tengah praktikal kat cnie..dalam istilah or ertika kata lain latihan mengajar..cewahh..haha..dalam masa sebulan nie..dah banyak gak la pengalaman sebagai guru nie.walaupun baru 2 3 kali masuk kelas..yela..minggu pertama pentadbiran..minggu ke-2 pun pentadbiran..minggu ke 3..masuk kelas..sembang je..minggu ke 4 nie baru la dapat mengajar..tu hari ahad lepas sembang lagi..sembab ade pelajar yang baru masuk..dah cikgu pembimbing aku kata tak payah mula mengajar dulu aku ikut je la..hihi.



kat sekolah ni aku dibagi 9 waktu je untuk P&P..maksimum 12 waktu..yela..cikgu praktikal lagi..mane boleh bagi banyak-banyak..tapi ade jugak budak yang sampai 16..20..lebih dari 20 waktu pun ade..yang tu ikut nasib la..tapi biasanya yang tu subject2 sambilan je..macam PJ..or kelas tu buat bersama guru pembimbing tu..so takde la berat sangat kan..kat sekolah nie aku mengajar 2 subjek..22 elektrik..satu prinsip elektrik dan elektronik (lukisan geometri)..dan satu lagi aplikasi elektrik dan elektronik..(pencahayana..mybe akan bertambah modul lain plak lepas nie bile dah abis modul pencahayaan)..


 jadual waktu aku yang ade tanda2 tu..hari ahad n selasa ja..hihi
 kos makan kat alor setar..kedai mamak nie..yasmeen..nasik ayam seketul 5.30

ok..mula-mula datang sini aritu kekok gak..yela..sebelum nie sembang ngan kawan-kawan dari kedah je..dorang pun bile sembang kat negeri lain campur-campur dah dengan bahasa KL nye..xde la pekat sangat..tapi sekarang nie aku dah boleh la paham sikit-sikit..kira orait la na..haha..mula-mula sampai aritu kami berempat..lupa nak bagitau aku mai LM (latihan mengajar) 4 orang..2 meki..1 awam..1 elektrik(aku la tu)..kami tinggal kat umah yang member memang asal sini..budak hutan kampung nie..skali LM ngn aku la..tapi disebabkan kes histeria malam minggu pertama kami kat SMV alor setar/jalan stadium nie..terus PKHEM mintak kami jadi wardern..aduhai..nak buat macam mana..tak kan nak kata tak nak..awal-awal lagi cakap tak nak..masa praktikal pulak tu..memang cari nahas la kan..haha..so sekarang nie kami berempat masuk kat umah warden la..stay kat dalam sekolah..so jimat la duit minyak moto..makan pun jimat la.2 kali seminggu makan free..masa bertugas jadi warden..hihi..ok la..nanti aku cerita lain plak na..ade banyak lagi nak cerita nie..cukup sampai sini lu..dan sekrang pun aku jarang nak blog walking..bukan bz mane pun..tapi berokben  lembab nak mampus kat cnie..tapi semalm aku berhabis duit p beli TP-LINK..untuk tarik wireless sekolah..wireless card laptop aku rosak..nk repair yang dalam mahal..so beli yang external punya murah ckit..so..guna wireless sekolah je la..balik rumah baru beron9 guna berokben tu lagi..haha..

ok la..ADIOS..

1/17/11

JALAN-JALAN CARI MAKAN - SAJIAN KEGEMARAN

BINTULU 16 Jan. - Sarawak sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan, malah tidak keterlaluan jika Bumi Kenyalang dianggap sebagai syurga kepada penggemar makanan eksotik.Salah satu daripadanya ialah ulat mulong yang dipanggil si'et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.Ia sebenarnya adalah larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput.Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate.Bagi penggemar tegar pula, ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu.Ia diminati ramai, baik di kalangan masyarakat bumiputera, Cina mahupun pelancong asing kerana rasanya yang lemak.Walaupun tiada kajian saintifik, ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut.Kegilaan terhadap ulat mulong menjadikannya sebagai makanan yang mempunyai nilai komersial sekali gus menjadi sumber pendapatan lumayan kepada pembekal dan penjualnya.Seorang pembekal, Siah Achoi, 49, berkata, seekor ulat mulong matang gred A iaitu yang bersaiz besar boleh dijual dengan harga antara 40 hingga 50 sen seekor.Katanya, ulat mulong gred A biasanya bersarang pada bahagian pangkal dan pertengahan pokok rumbia manakala ulat yang mendiami bahagian yang tinggi pula diklasifikasikan sebagai gred B kerana saiznya lebih kecil dan belum matang."Hanya pokok rumbia yang subur didiami ulat mulong yang banyak, sekurang-kurangnya 500 ekor bagi setiap batang."Untuk memastikan lebih banyak ulat mulong yang terdapat di dalam batang pokok rumbia dapat dikeluarkan, kita perlu mengetuk batang rumbia terlebih dahulu sebelum mengoreknya," katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu ditemui di Pasar Tamu Bintulu baru-baru ini.

Siah Achoi sudah 30 tahun menjadi pembekal ulat mulong di Sarawak.


Siah yang sudah 30 tahun menjadi pembekal ulat mulong berkata, tidak sukar untuk mendapatkan makanan eksotik itu kerana habitatnya iaitu pokok rumbia hidup subur di Kuala Segan, Kemana, kira-kira 10 kilometer dari Bintulu."Setiap bulan saya menebang sekurang-kurangnya tiga batang pokok rumbia dan dibiarkan reput untuk kumbang bertelur serta ulat mulong yang diperoleh akan dibekalkan terus kepada penjual di Pasar Tamu Bintulu," kata Siah yang dibantu anaknya, Jimbun Aji, 22, sejak enam tahun lalu.
Seorang lagi penjual ulat mulong, Mas Jamal, 49, dari Sungai Sebiew berkata, ulat mulong sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya, pada setiap minggu dia akan menebang pokok rumbia dan menjual sendiri larva kumbang gred A dengan harga RM10 bagi setiap 35 ekor dan 45 ekor (gred B).Tambahnya lagi, pokok rumbia yang ditebang biasanya dibiarkan mereput selama enam minggu bagi memberi peluang kepada kumbang rumbia membiakkan ulat mulong."Setakat ini saya gembira kerana hasil jualan ulat mulong mampu menampung keperluan harian dengan jumlah pendapatan sekitar RM400 hingga RM500 seminggu," katanya yang sudah enam tahun menjual makanan eksotik itu.Seorang lagi penjual, Ansak Inggi, 55, dari Binyu berkata, selain dijadikan hidangan, ada yang membeli ulat mulong untuk dijadikan makanan binatang peliharaan.
"Ada juga pelanggan membeli ulat mulong untuk diberikan kepada ikan peliharaan dan kokgo iaitu sejenis cicak Borneo yang kini sedang hangat di pasaran kerana dikatakan mempunyai khasiat perubatan," kata Ansak.Dia yang sudah 10 tahun menjual ulat mulong berkata, setiap hari keuntungan yang diraih adalah sekitar RM100.Seorang penggemar ulat mulong, Jacqueline Siyu, 36, berkata, larva itu mempunyai rasa seperti udang tetapi ia lebih manis dengan bau yang agak kuat."Cara penyediaan ulat mulong kini sudah dipelbagaikan dan rasanya bergantung kepada cara ia dimasak."Kebanyakan orang suka ulat mulong digoreng dan disalai kerana ia membangkitkan rasa lemak dan manis," katanya yang amat menggemari sate ulat mulong-UTUSAN..(",)

1/13/11

PENDAPATAN LUMAYAN..$$$


Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.
Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.
Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.
Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.
Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.
Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.
Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.

kalau tak silap aku..binatang ni yang macam cicak besar tu kan..kalau binatang tu..kat rumah aku kat kampung pun ada..tengah-tengah malam mula dia nak bisng dengan bunyi dia tu..haha..nanti aku nak tangkap la..boleh bayar utang PT-P-T-PU...PTPTN..hehe

1/10/11

PENUTUPAN FACEBOKK + TOLONG INGAT AKU JIKA AKU LUPA..(",)

PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.
Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham..KOSMO..

p/s..kalau facebook nie tutup, bukan dulu ada satu laman sosial yang lebih kurang macam facebook ke??guna je la yang tu kan..hehe..

p/p/s ::aku lupe la nama laman sosial tu ape??haha..ade sape-sape ingat tak??

p/p/p/s::semalam tak dapat nak tengok AJL..tetiba pulakkaunselor call cakap ada budak puteri kena histeria kat asrama..dengar-dengar ana rafali menang..betul ek..dari kes histeria tu, kita jangan lupa pada Pencipta kita..jaga kebersihan diri..jangan nak main permainan puja memuja nie..ok la..kalau aku lupa..tolong ingat aku.(",)..
ADIOS

1/6/11

PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2011

Pendaftaran pelajar bagi sesi akademik 2011 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diadakan antara 2 September dan 7 September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, Prof Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak. Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat antara naib-naib canselor IPTA kelmarin. "Pihak IPTA diberi kebebasan untuk membuat pendaftaran pelajar baru antara 2 September hingga 7 September ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor USM di sini semalam. Beliau berkata, untuk permulaan, perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti. "Dalam semua perubahan mesti ada kesusahan. Sesi kali ini sahaja akan sukar sedikit. Tahun depan akan lebih mudah selepas sistem baru itu diselaraskan," katanya. Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelarasan kalendar akademik IPTA negara akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014. Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada September berbanding Jun sebelum ini. -KOSMO

1/4/11

KARAM SINGH WALIA HINA KAUM MELAYU??

PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.
Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.
"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
readbud - get paid to read and rate articles

Followers