9/20/09

~Pengalaman Pertamaku~

arini merupakan satu syawal 1430 hijrah..dan merupakan ari kemenangan bagi aku n semua umt islam kat seluruh dunia..n mybe kt tanah arab awal sehari kot..xtau la plak..lau silap betul kan aku yea..hihi..

dan arini jugak terciptanya satu sejarah baru dalam lembaran kamus hidup aku..haha..
nak tau pe..ehem2..raya taun nie merupakan raya pertama aku kat airport..haha..sekarang nie aku ngh on9 kat KLIA g..flight aku kol 1005 t..td dh check in..n aku kena msk gate kol 9.30..lewat2 t tertinggl flight lak..kalu tertinggal flight so aku beraya kt KLIA la seminggu nie..haha..

ermm..nie pengalaman pertama aku la beraya kt apot nie..besala kan..orang jauh..hihi..p ok gak..sekurang2nya aku merasa ape yang orang xdp rasa..so..sape2 nk merasa ape yang aku rasa pagi nie taun depan ikut la aku..p aku xnk wat la taun depan..korang wat la sorang2..haha..pagi tadi aku makan mee kari n nes ice je..korang cnfrm2 dh lemang rendang smua nye tu...kn3..hihi..ok la..sekali g aku nk minta maaf atas segala salah n silap aku selama ni k..aku tau aku mmg byk wat salah kat orang..so aku minta maaf byk2 k..k selamat hari raya..maaf zahir batin..

kt bawah nie da ckit gmbar aku kat KLIA..n menu pagi raye aku..haha
k
assalamualaikum


9/19/09

online di KLIA

sekarang nie aku da kt KLIA..on9 kat KLIA la..hihi..p penat gak dudk tggu baru leh on9..asyik limited or not conectd je..huhu..p berkat kesabaran ku..hihi..akhirnye pat jgk on9..bkn pe..leh gak ilang boring smbil tggu buke..yang lebih penting smbil tggu masa nk checkin..aku checkin pg esok..pas solat raye..p arini dh aku kt apoit..semangat nk balik nie..haha..xde la..lau aku g apot pg esok takut terggl flight lak..sush lak aku path balik g batu pahat..kan merugikan..hihi..so better aku stay kat apot..leh on9..

ermm..esok raya dah kot..p mmg asenye raya..untuk raya nie aku xda beli pape..baju raya pun xda..coz aku xsempt pun nk solt sunat raye..=(..

k la..aku xtau nk cite pe banyak2 nie..doakan aku selamt sampai kg n slamat balik kampus nye..

oo..
satu g..aku balik kampus lewat..29 mlm sampai KLIA..so maksudnye aku sampai batu pahat tgh hari esok..coz mlm aku xreti nk merayau kat KL nie..aku kn budak kampung je..mane la reti merayau kt bandar cmne..

so..aku akan tambah cuti satu mggu g..hahaha..
k la
selamat berhari raya..
tata..

9/18/09

minta maap kawan2..hihi


saye abdul halim bin hasan disini ingin mengucapkan selamta hari raya aidilfitri kat baba n mak kat kg..kawan2 dimana jua berada dimuka bumi ALLAH ni..dan kepada sesiapa saja la yang mengenali diri ini..mohon ampun dan maaf sekiranya terlanjur kata,,terkasar bahasa, terlampau gurauan, terlebih tindakkan dan semua yang lebih2 la..hihi..

saje je..xleh nk anta kat news paper sampai kan salam kat blog sendiri blh gak..

kt korang smua selamat ari raya..maaf zahir batin..beraya elok2 jgn main mercun bom lagi..bahaya..jalan raya bwk moto bawak kete tu elok2..jgn laju2..t laju gak korang smpai kt umah ke dua korang..

ni aku pesan kat diri aku gak la..esok aku nk balik dh..p smpai umah nye tgh hari raya baru sampai...besa la student over sea..haha..

ok la yea..

Selamat hari raya maaf zahir dan batin (batin ade ke..mengumpat kot.hihi)

9/15/09

InSaf La..

Lihat sejadah berdiri 8 jam


SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.


GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

9/14/09

Ayuh Sahabat

Para solihin tidak langsung berasa takut untuk mati kerana merasakan bahawa mati itu adalah syarat untuk mereka berjumpa dengan kekasih yang mereka cintai, Rabbul Izzati. Mereka sentiasa menantikan dan merindukan detik-detik pertemuan dengan Allah S.W.T. Berbeza dengan sesetengah daripada kita yang takutkan mati kerana tidak mahu kehilangan nikmat hidup di dunia yang fana.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Munafiqun: 9)
Justeru itu, marilah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ‘SATU HARI YANG PASTI’ itu. Perbanyakkanlah solat sunat, qiamulail, membaca Al-Quran, bersedekah serta menghadiri majlis ilmu. Sujudlah memohon keampunan Allah dan bertaubat pada-Nya. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hamba-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Imran: 133)
Sebelum kita tidur pada setiap malam, cubalah fikirkan, “Kalaulah aku mati ketika aku sedang tidur, apakah nasibku? Sudah langsaikah segala hutangku dengan Allah, manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Adakah matiku ini dalam keadaan diredhai oleh Allah ataupun sebaliknya?”
Sekiranya kita selalu berfikir tentang mati dan azab kubur, InsyaAllah kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat kepada Allah kerana takutkan azab-Nya yang maha pedih.
Lebih baik kita menyesal dan menangis ketika ini daripada kita menyesal di alam barzakh kelak. Fikir-fikirkanlah dan hitunglah segala dosa kita. Hakikatnya, manusia adalah makhluk yang lemah, tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun ingatlah, Allah itu Maha Pengampun.
Berkata Imam Syafie ketika beliau sakit yang membawa kepada kematiannya: “Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit, aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga. Dosaku sangat besar, namun ketika kubandingkan, ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar.”
Ayuh kita berfikir sejenak, sudah cukupkah amal ibadat kita untuk diadili di mahkamah Ilahi nanti? Semoga kita sama-sama dapat menjadi penghuni syurga yang abadi. Wallahua’lam

9/7/09

jom mkn free..haha

MAJLIS BERBUKA PUASA KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (KOR SUKSIS) UTHM BERSAMA TIMBALAN KETUA POLIS JOHOR

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang akan disertai oleh Yang Dihormati SAC 1 Dato' Hj. Jalaluddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 9 September 2009 (Rabu)

Masa : 5.00 ptg

Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM

AMANAT DATO' NC UTHM

9/1/09

ha??!!..minyak naik.???yeker minyak naik..xcaye bace..


PETALING JAYA - Minyak petrol RON95 menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama mulai hari ini di semua 3, 500 stesen minyak di seluruh negara dengan harga jualan RM1.80 seliter iaitu menyamai harga asal RON97 yang kini menjadi produk premium.

Walaupun harga RON95 naik lima sen berbanding RM1.75 seliter sewaktu diperkenalkan di beberapa stesen minyak di Lembah Klang pada 12 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya menjelaskan, harga minyak yang menjadi bahan bakar utama sebanyak RM1.80 sen tidak berubah.

Beliau memberitahu, RON95 menggantikan RON97 yang sebelum ini dijual pada harga yang sama. RON97 pula mulai hari ini dinaik taraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, naik 25 sen daripada semalam manakala RON92 dihentikan pengeluarannya.

"Petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan saiz pasarannya cuma lima peratus,'' katanya semasa berucap melancarkan RON95 di sini semalam.
readbud - get paid to read and rate articles

Followers