8/8/10

JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2

selesai sudah program 3 hari 2 malam di parit bakar muar..program tu aku rasa terlalu singkat tempoh masanya..sebab 3 hari 2 malam ape je yang korang boleh buat..duduk kat rumah berapa jam je pun..senang cerita rumah tumpangan untuk tidur..sepatutnya palin kurang pun 4 5 hari..baru terasa nikmat keluarga angkatnye tu..hihi..

komen aku kat program nie..ok la..boleh la..haha..yela kan..pengurusannya nak kata teruk sangat tu takde la jugak..lancar la jugak..walaupun ada problem-problem yang timbul semasa program nie berjalan..biasa la..adat berprogram..tak semua orang akan suka atau setuju dengan cara kita jalankan program tu..dan tak semua ape yang kita rancang atas kertas akan dapat dijalankan pada masa kejadian(masa program la,)..tapi..banyak2 adat@kebiasaan, yang nie la yang nak kena buang..tak bagus untuk dikekalkan..hihi..

semasa program nie..ade la masalah-masalah yang timbul..sama ada berkaitan keluarga angkat dan jugak aktivti amal yang dijalankan..tapi bagi aku..bila sesuatu yang kita rancang atas kertas tu tak menjadi..tak perlu nak pening-pening kepala nak kutuk sana sini..nak marah orang yang handle aktiviti tu..sebab yang paling utama ade lagi program atau aktiviti yang perlu dilaksanakan selepas tu..kalau kepala dah tension fikir masalah aktiviti yang dijalankan sebelum tu tak menjadi..macam mana nak fikir dan lancarkan perjalanan aktiviti seterusnyakan.masalah yang timbul tu kita bincang masa postmoterm..betul ke ejaan nie..hihi..masa tu la kita nak betulkan masalah yang timbul..dan jangan lupe ambik catatan..sebabnya..bila nak buat program lain plak akan datang..kita dah tau kelemahan kita dekat mana..so, boleh la kita baiki kan..ni tak..kebanyakkan bila meeting untuk simpul kan keseluruhan program je semua nak salahkan siapa yang run kan program tu..biasa la kita nie..nak cari kesalahan orang je..sama la macam aku..haha..

ok la..takperlu la cerita panjang-panjang..kat sana aku dapat abang dan kakak angkat..yela..dorang muda lagi..umur baru 3o lebih..tak kan nak panggil mak dengan ayah kan..tak best la..dorang pun bahasakan diri dorang abang dan kakak..so kirenye dorang ok la tu kan..=)..insyaAllah raya nie kitorang rancang ramai2 nak pegi sekali kat sana..sambil-sambil tu boleh la singgah rumah umi dan abah angkat aku kat batu pahat nie jugak..kampung umi dan abah aku nie kat semerah..45minit dari parit raja nie..kalau yang kat parit bakar tadi.kalau naik bus 1jam 30 mint..so tak berapa jauh la dari keluarga angkat aku yang sebelum nie..dah merepk je banyak nie..tak ade dah yang nak di cerita..gambar pun aku takda ambik..ade satu dua je..yang lain kat camera orang lain.haha..

ok la..ADIOS

p/s : lupe nak bagitau..kitorang 4 adik beradik angkat..sorang daripadanya budak somalia(somalilan.)..hihi
readbud - get paid to read and rate articles

Followers