11/9/09

~next paper~pengalatan elektrik

esok kol 9 pagi next paper final exam aku..esok paper ke-4..paper pengalatan elektrik..subjek nie nak kate susah x jugak..nak kate senang pun xjugak..p aku keliru bab2 pengiraan dalam nie..rumus2nye lain cikit dari pengiraan elektrik biasa..maybe nie 1st time aku jumpe camnie kot..sebab tu aku ase lain..nase nye yang nie la pecahan dalam elektrik..so sape yang ambik pure elektrik tu cnfrm senang je bg dorang..bagi aku yang belajar elektrik cikit,,awam cikit,, meki cikit nie agak payah gak la nk memahami semua tu..

so, tok memudahkan aku menjawab paper pengalatan tu esok, aku kena la menghafal step2 pengiraan yang berkenaan..mintak2 la aku xblur n blank time exam esok..macam paper mekank tanah aritu..penat aku menghafal rumus tetibe je masuk dewan aku blank..so jawabnye..berserah je la..mintak di jauhkan la esok semua tu..amin..

korang doakan aku jawab paper nie dengan jayanye k..sebab 3 paper dah lepas nie mcm xleh je..cukup2 makan je..

k la..sebelum korang nak kutuk aku "camne nak score paper lau asyik main tenet je" aku out dulu la..hihi..kat korang yang ngah final exam gak..gudluck..(",)

k..wassalam

APE DAH JADI!!!!



Kelantan diharam beraksi lagi? - Segelintir penyokong hanya datang buat kacau, ancam keselamatan penonton lain

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berhadapan dengan tindakan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk denda, penonton tidak dibenarkan masuk ke stadium atau diharamkan terus daripada menyertai Liga Malaysia tahun hadapan!


Itulah segala kemungkinan yang berlaku akibat kelakuan ganas dan tidak bertamadun segelintir penyokong The Red Warriors berikutan kekalahan 1-3 kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Tidak cukup dengan balingan mercun dan botol air di atas padang, tindakan paling melampau penyokong Sang Kijang itu ialah membakar kerusi, sesuatu yang paling sukar sekali untuk diterima.

Adakah ini maksud sebenar 'kemeriahan bola sepak' di negara kita sekiranya keselamatan orang lain di dalam stadium termasuk penyokong sendiri terancam dan dalam bahaya?

"Memang kami (FAM) berasa kesal dan amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong fanatik Kelantan di stadium pada malam kelmarin.

"Mereka jelas menunjukkan sikap yang tidak berdisiplin dan datang hanya untuk buat kacau, saya sendiri tidak faham adakah ini taktik mereka untuk mengganggu konsentrasi pemain lawan atau sebagainya," demikian tegas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, selain mercun dan botol air dibaling kepada peminat dan pemain Negeri Sembilan, kerusi stadium pula dibakar.

Perbuatan itu, katanya, jelas menunjukkan bahawa penyokong Kelantan telah mengancam keselamatan peminat lain yang hadir di stadium tersebut.

Azzuddin turut mengesahkan bahawa KAFA bakal berdepan hukuman lebih keras ekoran sikap ganas penyokong mereka.

"KAFA harus bertanggungjawab ke atas sikap penyokong mereka. Mereka akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin sedikit masa lagi, mungkin selepas Hari Raya Aidiladha.

"Kami masih menunggu laporan mengenai kerugian dan kerosakan akibat kejadian itu daripada pihak-pihak berkaitan termasuk polis," tambahnya.


kan dah menyusahkan orang lain..
memang sah2 la kite nie x merdeka g..main kat epl kalah pun xde sampai bakar2 krusi nie..aduyai..
nie ke kite katakan bertamadun..cewah..cam ustaz yang ajar aku TITAS lak..ahakz..renung2 kan nye.. dan selamat beramal..(",)
readbud - get paid to read and rate articles

Followers