7/30/11

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz meninggal dunia



KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”. Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu

7/29/11

MOTOR NAGA : TERLEBIH KREATIF..TAPI LAWA JUGAK..



BANGKOK - Sebuah motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti seekor naga dicipta oleh seorang artis di Bangkok, Roongrojna Sangwongprisarn dengan menggunakan pelbagai jenis alat ganti dan barang kitar semula.
Roongrojna yang berusia 54 tahun mencipta motosikal unik itu di dalam bengkelnya di sini.
Dia yang mempunyai empat bengkel di Thailand turut mengeksport pelbagai hasil ciptaannya kepada para pelanggannya dari seluruh dunia

p/s::agak-agak kalau kat malaysia lepas JPJ tak..ihihi

7/28/11

KEZALIMAN POLIS : WANITA TAK BERSALAH DIBOGELKAN

harap-harap polis malaysia takde la buat perkara sama macam nie..kes ketuk ketampi bogel pun dah selesai melalui persetujuan perbincangan luar mahkamah..

p/s::..DOAKAN HARIMAU MALAYA MENANG BESAR MENEWASKAN SKUAD SINGA TANPA BOLOS MALAM NIE..

kredit : itsmesaiful

7/24/11

Malaysia VS Singapore (3-5) Goal & Highlights - World Cup 2014


bagi yang tak sempat nak tengok live semalam..nie antara gol-gol yang terhasil..walaupun di kandang singa harimau malaya tumpas 3-5..harap-harap di kandang harimau nanti, harimau malaya bangkit dengan perbezaan gol 3 gol..dari game pertama nie..kebanyakan kelemahan ada pada pertahanan dan penjaga gawang..tak tau la apa masalah dorang..hanya dorang je tau apa yang dorang fikir masa tu..walau bagaimanapun diharap mereka boleh bermain pada prestasi sebenar dibukit jalil kelak..28 julai kalo tak silapkan..ok la..goodluck buat malaysia..

p/s :: kalau masa menang kita boleh sokong mereka..kenapa tidak masa mereka kalah..masa kalah la mereka memerlukan sokongan..tak gitu..hehe..

ADIOS

7/20/11

Nuffnag OH Nuffnag..

hai semua..sihat??..hehe..saje je nak update blog berhabuk nie..tadi..tetibe je rasa nak check nuffnang punye akaun..cek punye cek..tengok earning dah rm42.95..walaupun xbanyak macam otai-otai kat luar sane tapi bangga jugak la kan...ade la jugak pendapatan penganggur macam aku nie..haha..bukan ape..aku rasa lame dah aku tak blogwalking..sekadar singggah 1 2 blog ade la..dah lame sangat tak blog walking..hampir-hampir 6 7 bulan camtu la gaknya..kalau tak maybe lagi lame kot..haha..ade pun hari tu 2 hari je mampu..masa tengah praktikal kat SMVAS aritu..tapi..tak sedap la pulak blogwalking kat sekolah..hihi..ok la..tu je nak update..hehe..tq nuffnang.. ermm..N/A tu ape ea..walaupun dah lame berblog n bernuff nie aku kurang pasti lagi N/A tu..hehe..ade kawan aku kate N/A tu nuff xbayar..hehe..ape-ape je la..ok..take care olzzz..ADIOS


7/19/11

PERTOLONGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN

salam semua..nak mintak tolong sikit boleh..hihi..ade tak sape-sape yang ada link video PM sebut pasal nak jadikan malaysia sebagai salah satu hub hiburan...kalo ade mintak tolong share kan yea..ASAP...tq..hihi


P/S::TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK..SEBAGAI PERBINCANGAN BERSAMA RAKAN..TQ

7/17/11

kerja makan tido..ape nak jadi daa..

aku minat moto nie..ade sape-sape nak bagi kt aku ke..hehe..

salam semua..agak lame tak mengupdatekan belog nie..haha..bukan ape..takda benda nak storie morie je..hari-hari kerja aku makan..tido..makan..tido..tu kerja wajib..kerja sampingan pulak..macam biasa la..facebooking..tvking..dan lain-lain king lagi..haha..

sambil-sambil aku berfaceboking nie kan..aku bukak la 1 2 belog..tapi lembab ckit la..yela..guna berokbeng je..dah habis quota data dia..lembab cam siput la jadinye..haha...salah 1 blog aku selalu pergi kt sini.. kat tayargolek.com..kat tayargolek nie..cerita semua pasal motor..bile aku bace entry-entry blog nie..aku rase teruja nak dapat sebijik motor-motor besar nie..paling tidak pun dapat cc250 pun ok la kan..nk cc650 tu susah la sikit..kerja pun tak lagi..kalau kerja nanti pun nak bayar bulan-bulan pulak tak mampu kan..so, ukur baju di badan sendiri..tapi..mane tau..nanti-nanti ada rezeki..dapat la aku merasa pakai motor cc besar-besar nie kan..sekarang nie cc110 je mampu..haha..dalam blog nie..macam-macam aktiviti tuan blog nie cerita..kalau berminat terjah je kat SINI ok..hihi

pejam celik..pejam celik..dah 2 bulan aku menganggur tak bertauliah nie..ingat dulu masok bulan 6 nak carik kerja sambilan dulu tapi sekarang dah tengah bulan 7 masih tak carik kerja part time lagi..haha..ape nak jadi la dengan aku nie kan..bile nak berubah nie..ok la..ADIOS..(",)
readbud - get paid to read and rate articles

Followers