3/11/11

HONDA CBR250R : APA KATA MEREKA??

hai semua..hihi..agak kebosanan hari nie..sekolah pun dah mula cuti..so, masa untuk berehat la..seminggu ja pun..tu pun tak da la rehat sepenuhnya..sebab terpaksa semak latihan-latihan lukisan geometri pelajar-pelajar nie..dalam kelas ade 32 orang..latihan ade 5..setiap latihan ade 5 soalan pulak..korang bayangkan dan darabkan..berapa jumlah latihan aku nak kena semak..haha..takpe-takpe..syarat nak jadi cikgu kena la tabah..ikhlas yang paling penting..ok..cukup..kalini aku bukan nak cerita pasal kerjaya seorang cikgu nie..aku nak cerita pasal moto..lebih tepat lagi..superbike..hihi..ok..ada siapa-siapa tak yang teringin nak ada superbike sendiri atas nama sendiri??..ok..aku angkat tangan dulu..haha..

akibat kebosanan melampau duduk rumah sorang-sorang..yang lain semua balik rumah masing-masing..maklum la dorang orang dekat..aku orang jauh..hihi..so, aku pun naik la moto cabuk aku tu pergi ke star prade alor setar..niat nak main bowling..tapi sebelum tu jalan-jalan la kan..pusing-pusing star prade tu..walaupun takde ape-ape pun..sampai la kat hujung bangunan..pintu masuk utama la kot..sebab aku masuk ikut pintu tepi..tak kisah la..tak penting..kat situ aku tengok ade pameran motor. aku pun pergi la tengok..saje je..bukan ade duit pun nak beli moto baru..belum kerja lagi..baru praktikal..hihi..kat pameran tu ade sebijik moto besar..aku panggil superbike la k..hihi..motor nie nak kate lama, tak lama..nak kata baru, tak jugak baru keluar..tak tau la..aku kurang sikit bab-bab moto nie..aku memang bercita-cita gak nak angkat 1 motor besar bile nak kerja nanti..tapi tak tau la bila kan..hihi..

motor tu honda CBR250R..samrt gak la..tapi nampak mcam body je besar..enjin kecik je..tapi power dia tak tau la kan..hihi..ok..malas nak cerita panjang..aku letak gamabr-gambar honda cbr250r tu kat bawah..ikhsan pakcik google..hihi





kalo ade maklumat sila la komen..aku memang minat motor-motor besar nie..duit je takda lagi..bukan takda..xcukup..hihi..ok..adios.

rumah hilang??


ROSNI menunjukkan pelapik tiang dan kayu yang tinggal selepas rumah itu dikebas orang di Kampung Bakau, Kangar baru-baru ini.



KANGAR – Setelah lima bulan tidak mendapat duit sewa, seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati kediamannya itu ‘lesap’ dipercayai dilarikan penyewanya di Kampung Bakau di sini baru-baru ini.
Pada mulanya, pemilik rumah tersebut, Zuria Ali, 30, tidak mempercayai berita orang kampung yang memberitahu rumah papan dua tingkat itu ‘lesap’.

Dia yang tinggal di Perak kemudian balik ke Kampung Bakau pada Jumaat lalu dan terkejut apabila melihat rumahnya betul-betul sudah tiada.

Apa yang tinggal di tapak rumah itu hanyalah 24 pelapik tiang, cebisan papan buruk yang berselerak dan televisyen yang sudah rosak manakala bahagian bumbung, dinding papan dan tiang rumah sudah dikebas.
Cerita Zuria, banyak perkakas dalam rumah miliknya turut dikebas antaranya pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti sejuk.

“Saya mengesyaki penyewa sebelum ini terlibat membawa lari rumah saya selain tidak membayar sewa,” katanya yang kemudian membuat laporan polis.

Zuria memberitahu, rumah pusaka tersebut berusia lebih 60 tahun dan selama ini dijaga oleh rakannya, Rosni Putih, 57, bagi mengutip sewa RM100 sebulan daripada sebuah keluarga yang tinggal di rumah itu sejak lima tahun lalu.

rumah pun bolh dirucri??..manusia..,manusia..                                                                sumber: kosmo
readbud - get paid to read and rate articles

Followers