KOTA BHARU: Penulis blog Adukataruna yang dipercayai menghina Almarhum Sultan Iskandar dan Kerajaan Johor, dikenakan tahanan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, mulai semalam.
Pereka grafik yang melarikan diri dari Seremban ke Kota Bharu itu, ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, penulis terbabit berdepan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.
Sejurus perintah reman dikeluarkan, penulis blog itu yang diiringi beberapa anggota dan pegawai polis dibawa ke Johor bagi membantu siasatan ekoran 31 laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan menghina Sultan Iskandar dan kerajaan negeri menerusi laman blognya.
Penulis blog terbabit ditahan polis di Kota Bharu, kira-kira jam 4 petang kelmarin, ekoran penulisan yang disiarkan dalam blognya pada Sabtu lalu, hingga menimbulkan kemarahan ramai.
p/s untuk semua dan diri sendiri : lain kali sebelum buat fikir dahulu.
6 comments:
salam
biar dia sedar, dunia ini ada undang2, kalau terlepas pun, tunggu je kat sana nanti.
huh!!!
sma2 la kita menjaga penulisan blog kita ea
betul..kalau aku de terlebih bhasa time tulis blog nie..tegur cepat2 yea..hihi
pesan2 tentang penulisan nie yea..
Keren sob... salam kenal ajah...
yeah.
think first~!
Post a Comment