1/18/10

nak ikut undang-undang atau buang sekolah??mane satu jadi pilihan

JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.


yang nie aku stuju sangat..walaupun aku nie jenis malas gak nak guna helmet nie kalau ka kg..main redah je..yela..kampung aku sunyi..mane de banyak kenderaan lalu lalang..p xlame g bz jgk dah dpan rumah aku tu..dah nk macam hgway dah..

memang bagus la cadangan peraturan baru nie..baru budak2 sedar cikit tentang berharganya nyawa nie..xboleh jual beli tau..bukan macam helmet..rosak ke ilang ke..boleh beli baru..


bagus2..aku sokong 101%..haha..

::adios::

p/s::ade yang tak setuju ke??sebab??

kredit : kosmo 18/1/10


8 comments:

CITY® said...

dah ada undang2, kena lah kuat kuasa dan ada pemantauan,

ramai budak2 sekolah atau org ramai tak pakai helmet, tapi tak ada apa2 tindakan pun..

teringat kisah anak kepada opismate dulu,

baru form 3,
g kedai mak suruh beli barang
pinjam motor ayah, helmet tak pakai
potong lori, tak lepas
jatuh, kena penyek lori
arwah pecah kepala, hancur otak kat jalanraya, lori hilang kemana
ngeri tengok mayat arwah...

pembaca said...

salam..
hmm..
sparuh stuju sparuh x..
yg stuju tu bkn pe, klau accident ke, xda la susahkan pihak yg brknaan kna carik serpihan2 kepala dorg yg berkcai tu.. kn mnyusahkan org tu.. yg lain tu sbb kslamtan penunggang tu sndri la trjmin sket..
yg xstuju tu bkn pe, kt skolah kn rmai plajar2 kaki pkul.. dorang mggunakn objek sprti helmet ni la tuk pkul mangsa dorg..
wallahu'alam

Che Li said...

okey la tue...bebudak sekarang nie dah macam tak tau peraturan dan undang2.. skali skala kena la tegas cikit...mak abah pun satu hal gak..

911 said...

Tindakan tegas memang patut dan perlu ke atas penunggang ni. Peraturan ni untuk kebaikan.Bukannya susah sangat pun nak pakai topi keledar tu.

InsanBiasa said...

bagus2..nmpaknya ramai yang setuju..

p macma pembaca tu logik gak..tp tu juz maslaah kecik..sebba pe kecik..??sebab yang sekolah kena tegas la..kes gaduh buli nie dari dulu g..xabis2..n care nak elak daripada helmet nie jd bhn pemukul..tempatkan la motosikal nie d tempat yang ade orang jaga..buat satu temapt untuk simpan moto yang berpagar..ok x??hihi

ajie said...

Tak setuju.. sebab kepala saya keras.. keras kepala.. hehehe

Iznie said...

setuju encik...!!!

ngee~~~~~~~~

mr.nice said...

memag setuju pun.pihak polis pun kena selalu pantau kesekolah.
kat tempat aku ni dalm sebulan mesti ada 2 kali polis akan dtg ke sekolah periksa,ada memakai helmet atau tidak.tak kisah lah ada lesen atau tidak.yg paling penting helmet.
tak guna juga klu ada lesen tapi tak guna helmet kan.

readbud - get paid to read and rate articles

Followers