2/14/10

bersiap sedialah wahai bakal-bakal guru..haha

haha..sebelum ape2..kite gelak lu..senyum pun boleh..hehe..ok2..pagi2 bute nie pasal bakal2 cikgu cikgi plak..nape ngn cikgu cikgi nie..ade masalah ke??cabul pelajar ke??tampar anak murid ke??kena saman ke??..bla..bla..bla..hihi..

sebenarnye..xde ape sangat pun..xde saman..xde tampar menampar..xde cabul ke rogol ke..xde yang negative la..cikgu mane boleh buat perkara negative..betul x..orang lain pun xboleh jugak..kan dalam agama kite dah di ajar jauh kan perkara2 yang xbaek nie..hihi..bagi kuliah subuh la pulak..xsalah kan ingat mengingati..peace..(*_0)..

sebenarnya aku nk ingatkan kat bakal2 cikgu nie je..lau ade yang xbace paper ke arini..bakal2 cikgu baru akan di kenakan syarat mengajar 3tahun d kawasan pedalaman..WAJIB!!..hihi..ok pe??..udara segar..murid xramai..xpening kepala..dan yang nie aku suke..jimat..haha..duduk di kawasan kampung or pedalaman sangat jimat k..kalau xcaye try la..hihi..

infomasi nie aku dapat dari paper kosmo..bertarikh hari nie la 14 februari 2010..kat bawah nie aku de copy paste..korang bace je la..k..adios..


Guru baru wajib mengajar di pedalaman


SEBAHAGIAN penerima anugerah pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009 bergambar bersama Mohd. Puad (tengah) di Balik Pulau, Pulau Pinang


BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

5 comments:

A.I said...

waaahh, nih yang x besh nih... adeshh!!

if da kawen pon kena jugak ke?? tamaw!!! huuu...

noorafzan.blogspot.com said...

ohooo
tapi best pe..
haha

Drunbella Khoo said...

xpasal-pasal jer cikgu baru kena masuk pedalaman.
hihihihi.
=)
tp okay lah kan.
nti tua-tua da boleh pindah kg halaman.
>___<

InsanBiasa said...

yupp..best2..haha

aqila said...

best lah

readbud - get paid to read and rate articles

Followers