8/15/10

TAZKIRAH RAMADHAN..SEKADAR RENUNGAN BERSAMA.


 Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain.Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

2 comments:

Anip™ said...

marilah tngktkn ibadah d bln puase

Hisyam Muhibah said...

Terima kasih atas tazkirah.. ibadah yang selalu kita terlepas pandang ialah Sedekah.. terlalu asyik dengan solat dan membaca al-Quran, kita mungkin juga terlupa kesusahan sahabat2 kita yang fakir miskin.. jom banyak bersedekah..

Followers