
AWAN berbentuk wajah manusia tersenyum dirakam di Grand Falls, Kanada.
KOPERAL Suhairi Mahsan, 39, sedang bertugas di menara kawalan Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan apabila dia terpandang kepulan awan berbentuk aneh di langit. Menurut Suhairi, dia melihat satu objek sedang turun perlahan-lahan. Setelah diamati, dia terkejut kerana awan tersebut berbentuk seperti jenazah yang sudah dikafankan. "Cantuman kain kafan jelas di bahagian kepala dan kaki serta ia turun perlahan-lahan secara berdiri dan berhenti bersetentang dengan satu lagi gumpalan awan yang berbentuk orang yang memakai serban dan berdiri seolah-olah sedang menyembahyangkan jenazah tersebut.Peristiwa selepas subuh pada 27 Jun 2010 itu turut disaksikan oleh beberapa rakan Suhairi. "Ketika itulah kalimah syahadah jelas terlihat dari kepala hingga ke kaki gumpalan awan berbentuk jenazah itu," kenang Suhairi. Kemunculan kepulan awan dalam pelbagai bentuk sudah lama dianggap fenomena yang menakjubkan bahkan menakutkan. Pada 4 Ogos lalu, seorang jurukamera amatur, Denis Farmer sempat merakam bentuk awan hitam dari belakang rumahnya di pekan Grand Falls, Kanada. Awan berbentuk wajah manusia gergasi itu terjadi semasa angin kencang yang membawa hujan melanda kawasan itu. Imej itu lengkap dengan hidung, mata dan muncul dengan mulut tersenyum. Kejadian itu berlangsung selama beberapa saat sebelum kepulan awan itu kembali kepada bentuk asal. Sesetengah masyarakat menganggap bentuk aneh awan bayangan kuasa ghaib dan kejahatan manakala yang lain melihatnya sebagai mesej daripada Tuhan.

AWAN berbentuk pau kerap berlaku selepas ribut petir
Awan sirus, sirokumulus dan sirostratus merupakan awan paras tinggi iaitu berada pada ketinggian lebih enam kilometerIa selalunya nipis dan putih tetapi boleh menampilkan warna yang menakjubkan apabila matahari berada dekat dengan horizon. Awan sirus terjadi semasa cuaca baik dan bergerak mengikut tiupan angin. Altokumulus, altostratus dan nimbostratus ialah awan paras sederhana iaitu di antara dua kilometer hingga lima kilometer. Ia mengandungi air hujan manakala kristal ais di tempat bersuhu sejuk. Kululus, stratokumulus, stratus dan kumulonimbus adalah awan rendah yang mengandungi air hujan. Ia berada beberapa meter dari permukaan bumi hingga dua kilometer ke angkasa.

BENTUK bergulung terjadi selepas awan altitud rendah terperangkap dalam tiupan angin.
"Kita memiliki al-Quran sebagai panduan. Kitab suci itu ada menyebut bahawa apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Semuanya hanya tunduk dan patuh hanya kepada-Nya," tegas Razak.
Mengulas mengenai awan berbentuk seakan jenazah yang dikafankan dan kalimah Allah, Razak berkata, umat Islam boleh menjadikannya sebagai peringatan supaya sentiasa mengingati Allah
1 comment:
tao ade gambar yg awan berbentuk jenazah tuh
Post a Comment