9/4/11

Pesanan Buat Bakal Isteri.(",)


Kehadapan bakal isteri ku (yang solehah)
Saya menulis surat ini bukan lah kerana dicabar oleh sesiapa pun… tapi…saya ...
menulis ini adalah kerana kehendak saya...
so, saya nak awak baca surat ni perlahan-lahan.
tak perlu laju-laju ya...

Jadi, wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
saya dah sampai 1 tahap dah tak kenal siapa sebenarnya awak ni…
dan saya takde ilham nak cari kat mana sebenarnya awak ni sekarang…
tapi bila sampai di suatu hari yang pasti…
bila kita dah berjumpa…
saya harap awak mampu terima saya seadanya…
seperti mana saya pasti terima awak dan diri awak se”ada”nya.
Lagi pun,
saya tahu yang awak ni memang manja & comel.
dan baik…
dan rajin...
dan alim...
dan cun...
mungkin awak ada tapak tangan yang tembam…
atau awak punya cara jalan macam penguin…?
bestnya…

Saya berharap…
bila saya tertengok facebook awak nanti…
sama ada akaun yang asli mahupun akaun yang tiruan…
awak tak letak gambar-gambar awak yang nampak aurat kat facebook.
sebab…
setahu saya…
kalau perempuan tu comel…
mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia…
macam lah awak seorang aje yang comel…
saya yang hensem ni takde pun nak letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia....
boleh je hidup walaupun banyak kali kena aniaya….

Mmm…
Lagi 1…
gambar kat facebook tu…
jangan lah nak dedah sana dedah sini…
malu saya…
awak pun tau kan…
perempuan ni ibarat coklat Ferrero Rocher…
bila berbalut dengan pembalut…
walaupun coklat tu jatuh ke lantai pun orang masih nak lagi...
tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat tak tau aje…kan ?
ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. awak pun nak kena pijak ke ?
Lagi pun, awak kan tahu…
tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang ehem2…

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
saya tak tahu pasal masa depan saya…(lebih-lebih lagi di alam akhirat)
tapi saya pasti saya nak kekal berada di jalan yang lurus…
saya tak tahu berapa banyak duit yang saya akan ada…
tapi yang pastinya saya tahu saya lelaki yang tak putus asa…
jadi…
dengan kata lain,
saya mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat awak.
saya juga mungkin tak mampu kasi awak 10 kilo emas + intan + berlian.
harap awak tak kisah dengan diri saya yang tak berharta ni…
kan harta saya ni boleh dirampas…
bila-bila masa aje Allah boleh tarik…
Tapi kalau setakat kasi awak 2 hingga 8 orang anak-anak yang comel,
saya okay je….
Dalam 2~3 tahun,
kita berdua mungkin akan ada 2-3 orang anak kan...?
Tapi tu tak termasuk yang kembar tau…

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
Bila kita ada rumah nanti…
saya tak kisah kalau awak nak bekerja…
tapi lagi bagus kalau awak duduk aje rumah jaga saya kan…?
saya bukan mintak dilayan bagai raja walaupun saya ehem2...
tapi kalau saya balik dari kerja tu…
apa salahnya tanggalkan stokin saya,
urut bahu saya…
sediakan minum petang saya…
tapi kalau awak tak nak buat…
tak apa…saya boleh tambah lagi 1 (cukupkan 2).
lagi pun, bila saya tambah lagi 1, kurang la sikit beban awak…
nampak tak ? saya memang prihatin…?
tapi mana mungkin awak setuju kan ?

Mmm... awak nak tau…
saya tak mengharapkan yang awak…
adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata-kata saya…
kalau awak lebih kepada kasar (macam lelaki) pun apa salahnya...
tegas & keras itu menarik apa…?
kalau boleh…lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala awak tu.
saya suka... senang la saya nak ajak bergaduh kalau macam tu...
sebab kalau di ikutkan…saya tak suka perempuan yang lemah lembut sangat…
nanti tak meriah rumah tangga… So kalau sekali sekala bergaduh,
best jugak kan? Lagi pun,…
kita gaduh siang-siang je,
bila dah nampak katil di malam Jumaat malam kasih sayang, kita berbaik lah...
Tambahan pulak bagi kita,
setiap malam kan malam Jumaat…

Wahai bakal isteri ku (yang solehah)…
Saya harap awak reti jaga diri sebelum jumpa saya…
kalau boleh…
jangan couple banyak-banyak…
tak pernah couple lagi bagus…
tapi kalau dah couple tu…
jangan buat yang bukan-bukan dengan jantan you tu...
Bila dating tu…
jangan nak mengada-ngada keluar berdua-dua sampai kena tangkap pulak…
jantan you tu bukan boleh percaya sangat…
kebanyakkannya nak sedap-sedap aje...
sebab kalau dah jantan…
mesti bermulut manis.
Nama pun dah jantan, mestilah buaya…
tapi kalau namanya lelaki, cukup BERBEZA.

Akhir kata dari saya…bila kita nikah & kahwin nanti…
awak masak, saya makan...
saya imam, awak makmum…
saya baca doa, awak aminkan..
awak merajuk, saya pujuk.
SEMPURNA, kan ???
Habis tu…cepat lah cari saya...!!!
saya takut lah nak cari “awak”…takut tersalah pilih betina lain...
awak pun mesti taknak jadi isteri ke-2 saya kan. ?.hehehe

No comments:

Followers