1/20/12

DEDAH HARTA MENTERI BOLEH MEMBAHAYAKAN DIRI MEREKA??

Tak perlu isytihar harta jika tiada isu, boleh bahaya individu serta keluarga

PUTRAJAYA: Menteri dan timbalan menteri berbeza pandangan mengenai saranan supaya salinan dokumen perisytiharan harta mereka dan keluarga terdekat turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meningkatkan integriti kerajaan seperti dicadangkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata tidak perlu dokumen berkenaan diserahkan kepada SPRM jika tiada isu untuk siasatan. “Tidak perlu (serah kepada SPRM), kita hanya beri kepada Perdana Menteri. SPRM akan menyiasat jika ada sesuatu luar biasa, bukan tugas kami melaporkan (harta) kepada SPRM. “Mengapa kita perlu menganggap ahli politik terbabit dengan rasuah...integriti penting bagi ahli politik, kita masuk bertanding pilihan raya, tentu kita menjaga nama baik, tidak mahu terbabit rasuah, kenapa perlu adakan permintaan terlalu ketat kepada ahli politik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini semalam. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan perkara itu. Nazri juga tidak bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak supaya menteri dan timbalan mendedahkan perisytiharan harta kepada umum kerana ia boleh membahayakan keselamatan individu berkenaan serta keluarga. Pengerusi LPPR, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dalam akhbar semalam, berkata LPPR mencadangkan kerajaan mewajibkan semua anggota Kabinet dan ahli keluarga terdekat termasuk anak dan pasangan masing-masing menyerahkan salinan dokumen perisytiharan harta kepada SPRM bagi meningkatkan integriti kerajaan. Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menyambut baik cadangan itu kerana mampu meningkatkan imej dan ketelusan kerajaan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Naib Presiden Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata cadangan itu dapat memberi gambaran kepada rakyat kerajaan bersih daripada amalan rasuah. Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pelaksanaan cadangan itu tidak wujud sebarang keburukan.

ape yang datuk nazri nie maksudkan bahaya..kalau takut kena rompak, perompak sekarang tak pilih dah sape dia nak rompak..rumah wardina pun dorang pecah masuk. kalau takut kena ugut wang tebusan, tak perlu isytihar harta pun dorang perompak nie boleh ugut bile-bile masa ja sebab memang kita tau golongan menteri nie lebih kaya(mungkin..takut fitnah pulak kan..hihi..) dari pekerja kerajaan/swasta yang lain..ape sebenarnya yang datuk nazri maksudkan membahayakan individu berkenaan..kalau ancaman macam yang aku sebutkan kat atas tu ada ramai lagi golongan-golongan usahawan berjaya kat luar sana. ke memang ada golongan menteri nie terlebih kaya hasil 'usaha'nya..ke bahaya bab lain..hihi..datuk nazri jugak kata.."Mengapa kita perlu menganggap ahli politik terbabit dengan rasuah."...kenapa?..xboleh ke?..

p/s: kerajaan pulau pinang pun isytihar harta mereka..kenapa tidak pemimpim kerajaan malaysia.

2 comments:

Regina Liu said...

Mari bergabung bersama ASIANBET77.COM Disini kami menyediakan berbagai macam jenis permainan betting online, seperti Taruhan Bola Online, Casino Online, Togel Online, Sabung Ayam Online dan masih banyak lagi game taruhan online lainnya....

Pendaftaran gratis tidak dikenakan biaya apapun juga, minimal Deposit sangat ringan, hanya dengan Rp 100.000 saja anda sudah bisa bergabung bersama kami. ASIANBET77.COM bekerja sama dengan bank lokal yakni BCA, MANDIRI & BNI. Sehingga memudahkan anda untuk bertransaksi bersama kami.

Customer service kami yang Ramah dan Profesional akan siap membantu anda selama 24 jam full, ayo segera daftarkan diri anda bersama kami ASIANBET77.COM. Dan dapatkan promo2 menarik dari kami.untuk keterangan lebih lanjut silahkan hubungi CS kami :

YM : op1_asianbet77@yahoo.com
Wechat : asianbet_77
sms center : +639052137234
pin bb : 2B4BB06A

Kelly Tanoto said...

www.indobet77.com

Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

New Promo ( khusus produk 998bet )
- Bonus 100 % New Member sportsbook ( 998 bet ) .
- Bonus 100 % New Member Casino ( 998 bet ) .
( Syarat dan Ketentuan Berlaku )

Promo Terbaru :
- Bonus 10% New Member Sportsbook ( SBObet, IBCbet , AFB88 ,368bet , M8bet , 998bet )
- Bonus 5% New Member Casino Online ( 338a , 1Scasino , Asia8bet , CBO855 )
- Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas ( TangkasNet , 368MM , 88 Tangkas )
- Togel Online ( Klik4D )
- Sabung Ayam ( New Produk )
- CASHBACK untuk Member
- BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : indobet77_sb2@yahoo.com
- EMAIL : indobet77@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7238
- WECHAT : indobet77
- SMS CENTER : +63 905 213 7238
- PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

Salam Admin ,
http://indobet77.com/

Followers