1/8/12

Guna Facebook pesong akidah

SEREMBAN - Golongan remaja khususnya wanita Islam dinasihat supaya berhati-hati ketika berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook kerana terdapat aktiviti untuk memesongkan akidah mereka menggunakan laman sosial berkenaan. Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, perkara itu terbongkar selepas kajian yang dijalankan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini. Katanya, trend terbaharu itu cukup membimbangkan memandangkan golongan remaja kerap berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook. "Bermula dengan berkenalan, kemudian membuahkan bibit-bibit cinta. Jadi ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar daripada agama Islam.


sumber : kosmo

No comments:

Followers