1/3/10

Isu guru lebih tak timbul..????

KUALA LUMPUR: Isu lebihan guru untuk penempatan di sekolah serta graduan mengambil jurusan bukan mengikut keperluan Kementerian Pelajaran tidak sepatutnya timbul kerana setiap tahun bilangan pelajar ditetapkan.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Prof Datuk Dr Aminah Ayob, berkata UPSI dan Fakulti Pendidikan di institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan mengadakan perbincangan setiap tahun dengan Kementerian Pelajaran untuk memutuskan bilangan calon guru bagi setiap mata pelajaran sekolah menengah sebelum membuat pengambilan pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

“Kami akan diberi unjuran pengambilan untuk setiap mata pelajaran oleh Kementerian Pelajaran walaupun kadangkala unjuran diberi kelihatan tidak munasabah dan meragukan daripada segi keperluan guru pada masa depan seperti hanya 100 hingga 150 orang guru matematik diperlukan menjelang 2013,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, melalui mesyuarat dengan Kementerian Pelajaran yang diaturkan Kementerian Pengajian Tinggi, UPSI hanya dibenarkan mengambil bilangan pelajar yang sangat kecil, iaitu subjek Bahasa Melayu dengan 150 calon, TESL (60), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (70), Pendidikan Khas (90), Biologi (65), Fizik (40), Kimia (45), Matematik (100), Sains (60), Muzik (15), Kemahiran Hidup (65), Pendidikan Moral (70), Kaunseling (40), Sejarah (175), Perakaunan (35), Geografi (100) dan tiada calon untuk subjek Teknologi Maklumat IT serta Grafik dan Multimedia.


Bilangan kemasukan sebenar pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada Semester 1, Julai 2009 bagi setiap mata pelajaran pengkhususan untuk program Bahasa Melayu seramai 146 calon, TESL (58), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (71), Pendidikan Khas (87), Biologi (71), Fizik (40), Kimia (41), Matematik (105), Sains (69), Muzik (14), Kemahiran Hidup (62), Pendidikan Moral (71), Kaunseling (43), Sejarah (173), Perakaunan (35), Geografi (101) dan tiada calon untuk Teknologi Maklumat serta Grafik dan Multimedia.


“Jumlah pengambilan ini dirasakan sangat kecil untuk memenuhi keperluan guru KPM menjelang 2013, namun kami sentiasa akur dengan arahan Kementerian Pelajaran,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Ahmad Puad Zarkashi bahawa jumlah graduan melebihi keperluan pendidikan adalah tidak tepat.

“Kabinet yang memutuskan bahawa latihan guru untuk sekolah rendah diambilalih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), manakala untuk sekolah menengah dibuat oleh universiti, khususnya UPSI.

“Kami berharap Kementerian Pelajaran lebih jujur dan adil dalam melantik guru keluaran UPSI dan IPTA. Jangan pula disebabkan pemecahan kepada dua kementerian, graduan IPTA dipinggirkan,” katanya.

Menurutnya, pendirian Kementerian Pelajaran akan memberi kesan emosi serius kepada pelajar yang mengikuti pengajian pendidikan di seluruh IPTA, sekali gus melunturkan motivasi mereka yang berhasrat menjadi guru dan berkhidmat kepada anak bangsa.

UPSI kini mempunyai lebih 12,000 pelajar ijazah Sarjana Muda yang mengikuti pengajian selamat empat tahun semata-mata untuk berkhidmat sebagai guru di seluruh negara.

Mereka sudah menjayakan segala visi dan misi Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi yang unggul bersama guru lepasan IPGM.

“Saya merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya memberi peluang sama kepada guru lepasan UPSI dan IPTA kerana mereka juga berkorban dan berusaha bersungguh-sungguh menjadi guru cemerlang untuk negara.

“Kami mengharapkan kajian semula dibuat mengenai keputusan seperti dinyatakan dalam akhbar baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini Puad membuat kenyataan bahawa Kementerian Pelajaran terpaksa memberi keutamaan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) lulusan 27 IPGM di seluruh negara kerana institusi berkenaan melatih guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.

Menurutnya, dalam soal penempatan sekolah, keutamaan diberi kepada lulusan KPLI dan akan menempatkan graduan lulusan IPTA jika ada kekosongan tetapi bergantung kepada bidang pengkhususan yang diambil ketika di universiti.


sekarang aku bertambah pelik..sebelum nie aku de dengar NC upsi yang kate de lebihan guru..so sape yang grad taun 201o nie kena tunggu 2 taun baru posting..p sekarang, die nie pulak kate Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Ahmad Puad Zarkashi tu xbetul..haish..mane satu la yang betul nie..aduh..macam2 la..


so aku pun xtau mane betul nie..ape2 je la..


::adios::

No comments:

Followers