2/13/10

tak cukup bangga lagi ka.

Ketamadunan Malaysia di Univesiti Oxford


RAIS (tengah) bersama Masnah (dua dari kiri) diiringi Farhan Nizami (kanan) ketika melawat Pusat Pengajian Islam di Oxford, semalam.

LONDON: Ketinggian tamadun Malaysia yang dizahirkan dalam bentuk sebuah dewan yang indah dan penuh seni ukiran kayu kini terserlah di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford di sini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata projek bernilai RM12 juta itu adalah satu aspek penzahiran tamadun yang amat tinggi yang akan kekal sebagai warisan Malaysia untuk perkembangan dan sejarah tamadun dunia dan Islam.

"Suasana dewan ini akan mencerminkan sebahagian tamadun Malaysia.

"Kita akan berbangga dengan kemampuan Malaysia menyumbang dan meneruskan ciri-ciri yang penuh dengan isian seni budaya dan warisan kita," katanya selepas melawat dan meninjau projek itu, semalam.

Ia akan kekal menjadi sebahagian penting Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford yang dibina dengan sumbangan kerajaan Malaysia untuk kepentingan akademik dan juga penonjolan seni budaya warisan Malaysia.

Rais berkata, usaha mewujudkan suasana seni budaya melalui ukiran kayu itu dimulakan sejak tahun 2007 dengan ukiran oleh pakar pengukir yang didatangkan khusus dari Terengganu.

"Projek ini dilaksanakan menerusi kecintaan kita bahawa lambang dan ketinggian perjuangan seni budaya itu dapat terserlah dalam dewan seperti ini," katanya. Beliau turut memberi beberapa komen dan teguran untuk memastikan projek itu siap sebagaimana perancangan asal.

Beliau, yang ditemani isteri Datin Seri Masnah Rais dan Pengarah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Dr Farhan Ahmad Nizami melihat satu persatu ruangan di dalam dewan itu yang sedang disiapkan dan juga meneliti setiap ukiran dari kayu merbau, cengal dan jati.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang melihat dewan itu berpendapat ia adalah sumbangan besar Malaysia kepada pengajian dan perkembangan tamadun dunia dan Islam.

sumber::berita harian 13 februari 2010

No comments:

Followers