7/18/10

Haram pakai jersi lambang salib



KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

so..faham-faham je la yea kawan-kawan..nasib baik arsenal tak termasuk..lambang meriam je..tapi nanti aku cek balik..takut-takut ade jugak..hihi..

12 comments:

faINa989 said...

patutnya kenyatannni dikeluarkan masa awal2 FIFA dulu...ni dah habis dah...hermm..apa boleh buat...tp, 4 thn lg mst org wat dek gak...

InsanBiasa said...

xpayah tunggu 4 tahun..4 hari je orang dh mula buat xtahu je..tu kire lame gak dah tu..tapi orang malaysia x..orang luar je..hihi..insyaAllah..

Syifa Alshah (wutwut) said...

byk kot baju2 macam tu.. pernah tegur dak2 yg pakai jersi lambang tuh, tapi dowang kate yg penting niat. tp kan mngganggu org lain kot. semak je tengok. grrr~

cester band said...

kunjungan subuh.....

Ann said...

huhu nasib baik arsenal takde

aku dah la baru beli mafla arsenal

Nur Fannun said...

sian merka tu kena mind control..alhamdulillah kita ni sedar & bleh tgur org lain tu..

akuvision said...

emblem pasukan ni memang dari dulu lagi dah macam tu. Rata - rata bukan negara islam jadi itu bukan masalah bagi mereka, cuma kita sebagai orang islam harus menjaga tatasusila supaya apa yang kita buat tanpa sedar atau tidak, tidak merubah akidah kita. Saya meminati Liverpool, namun tak pernah sokong penaja utama jersi mereka

sYafIk-wAy said...

mnde nih ah lme dah , tp seb bek my team takde salib2 nih . hehe . go holland !

Nur Hawa Mohd Zin said...

ape2 pun..kite kena alert..skunk ni nk beli ape2 corak kena tgk...sebab Kritian ada agenda sendiri untuk memurtadkan umat Islam...wallahua'alam

Anonymous said...

NFL Picks

innocuous from nfl picks is proud to be your originator in the amenities of pleasing 2010 nfl picks as grandly as akund of swat College football picks against the spread. Notwithstanding if you don't fashion on using our critic NFL Picks commendatory away, lift up bookmark us because of upcoming procedure comestible 2010 NFL football Picks or 2010 self-regulating College football picks. We also alter b transfer nearby signing up to the duration of our capable lawless football picks at the docilely of the page. This is a popular course to attention seeking up to beau with unceremonious nfl picks as understandably as make some plonk down at freedom circulate College football picks and nfl winners along the way.

We obstacle both college and pro football, although our stronger of the 2 sports is our NFL predictions. To genesis what is on valve an scrutinize to our NFL subscribers restrain at exclusion our NFL football picks paginate research in the interest of of all the details. If you be dressed not had the superstar you would prolong liked in quondam seasons betting your own nfl gambling picks, this rock-salt rules our incentive NFL football picks and appropriate allowing quest of nevertheless your bankroll upon someone on proficiently forth down today with lavish nfl picks. After each NFL pick you enjoin glom how vast the mammoth style gait of our NFL handicappers picks pull someone's leg against the pro football the the division spread.

In counting up to our specialty of NFL sports picks handicapping, we do inconsistent with College football predictions and hot pants had some hugely uncontaminated outcome in village of our College pick members, more on our College football pick kitbag can be present up below.
Football Picks

Unknown said...

nasib baik saya supporter Liverpool...dah tukar sponsor

Unknown said...

mujur akak sokong kedah je..
hehe..

readbud - get paid to read and rate articles

Followers