7/14/10

MALAYSIA BAKAL TUAN RUMAH PIALA DUNIA

Malaysia, Indonesia tawar diri


AHMAD SHABERY (kiri) bersalaman dengan rakan sejawatnya, Dr. Ardi
Malaranggeng di Putrajaya semalam.

MALAYSIA dan Indonesia bersedia untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia pada masa akan datang.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang musta- hil dan kedua-dua negara akan berusaha ke arah itu.
Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.
"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.
"Tidak mustahil diadakan bukan sahaja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan) yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Ardi Malaranggeng di Putrajaya semalam.
Dr. Ardi berada di negara ini sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 gagal setelah pencalonan mereka ditolak Persekutuan Bola Sepak Antara- bangsa (FIFA).
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, persoalan sekarang ialah bagi membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang boleh memberikan saingan pada peringkat antarabangsa.
"Bagaimana untuk membangunkan bola sepak supaya Malaysia dan Indo- nesia serta pasukan Asia Tenggara dilihat sebagai negara yang dihormati dari segi kekuatan.
"Sekarang orang melihat negara-negara Eropah dan Amerika Latin. Kalau Asia (mereka lihat pasukan) dari Timur Tengah, Korea Selatan atau Jepun sahaja," katanya.
Justeru, Ahmad Shabery berkata, sebagai permulaan ke arah membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap, beliau mencadangkan agar liga bola sepak di Malaysia dan Indonesia diper- luaskan dengan membabitkan penyertaan daripada kelab-kelab di kedua-dua negara berkenaan.

sumber: kosmo,14 july 2o10

p/s: bagus la kalau macam nie..tapi..kena la perkuatkan pasukan bola sepak kita dulu..nie tidak..pasukan kita pasukan kebangsaan..pasukan negara tapi lawan dengan pasukan-pasukan kelab dari luar pun susah nak menang..tapi tak mustahil..MALAYSIA boleh!!..hihi.."dimana ada kemahuan, disitu ada padang bola sepak"hihi
ok la nak tido..

::ADIOS::

5 comments:

nisya said...

bagus bila dua negara gabung dalam sesuatu hal :)

Hazzy Ishak said...

walaupun tak dpt masuk jd pengajur pun jadi lah.huhu

kyo_9 said...

memang x mustahil..
bila dah jadi penganjur, secara automatik dapat pecah rekod pertama kali masuk WC.. ;)

KiKo Berdendang said...

Malaysia kena jangan naikkan harga barang dulu...baru bleh kata nak buat benda2 yang tak perlu tu....huhu

Uruchimaru @ kf said...

boleh dpt ke ni bida nnti?

Followers