2/9/11

imej hantu berkuda semasa rusuhan halau hosni mubarak??


KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu. Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

notatangan::aku pun rasa pantulan cahya je kot..

4 comments:

ammboi said...

mak aih...benci benar 'hantu' tu ngan hosni yer..

Tindakan Safee Sali Tepat!

Nabiel said...

antu pun tmpg sekaki~hehehhe

.:padie_eyla:. said...

hantu hosni ke.? ha3

InsanBiasa said...

hantu tentera berkuda hosni kot..haha

readbud - get paid to read and rate articles

Followers