1/3/10

Semua perlu bertenang!!???..perlu ke.. bila nama ALLAH d permainkan..??

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara.

Justeru, Menteri di JPM, Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.

“Dalam hal ini saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, selaku penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.


Jamil Khir juga berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz ‘Allah’ adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: “Setelah meneliti keterangan, hujah dan pandangan dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.

“Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan jika ada unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah berkenaan, ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. — Bernama


perlu ke kite bertenang n hormat ngn keputusan mahkamah kalau kputusannye macam tu..??

kenapa kite kena bertenang bile keputusannye macam tu..nape tidak orang yang meluluskan permohonan tu bertenang n fikir dulu sebelum beri kelulusan..dorang xpelu bertenang ke??

so..macam kate nabil..korang de otak..korang fikir la sendiri macam mane permohonan nie boleh lulus..

aku juz nak kite same2 fikir..berat dh nie wei..

adios..

3 comments:

Jantan Terhangat said...

bro kalau mengikut aku la
kenapa diorang menang..

sebab perkataan Allah tu telah di gunakan di Indonesia n Negara lain sejak dulu lagi..
lepas tu..kalau ikut fakta diorang ..
diorang guna dalam bahasa melayu bukan bahasa arab..
sebenarnya ni kelemahan Insitutsi Islam di Malaysia yang tidak mewartakan Ayat tu bro..



tapi kita masih mengharapkan kebijaksanaan Sultan n Raja.

InsanBiasa said...

yess..

smga sultan n raja2 mlayu dapt selesaikan masalah nie dengan aman..

Anonymous said...

x boleh duduk tenang tgk agama Islam dpermainkan..

readbud - get paid to read and rate articles

Followers