![]() |
Siah Achoi sudah 30 tahun menjadi pembekal ulat mulong di Sarawak. |
Siah yang sudah 30 tahun menjadi pembekal ulat mulong berkata, tidak sukar untuk mendapatkan makanan eksotik itu kerana habitatnya iaitu pokok rumbia hidup subur di Kuala Segan, Kemana, kira-kira 10 kilometer dari Bintulu."Setiap bulan saya menebang sekurang-kurangnya tiga batang pokok rumbia dan dibiarkan reput untuk kumbang bertelur serta ulat mulong yang diperoleh akan dibekalkan terus kepada penjual di Pasar Tamu Bintulu," kata Siah yang dibantu anaknya, Jimbun Aji, 22, sejak enam tahun lalu.
Seorang lagi penjual ulat mulong, Mas Jamal, 49, dari Sungai Sebiew berkata, ulat mulong sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya, pada setiap minggu dia akan menebang pokok rumbia dan menjual sendiri larva kumbang gred A dengan harga RM10 bagi setiap 35 ekor dan 45 ekor (gred B).Tambahnya lagi, pokok rumbia yang ditebang biasanya dibiarkan mereput selama enam minggu bagi memberi peluang kepada kumbang rumbia membiakkan ulat mulong."Setakat ini saya gembira kerana hasil jualan ulat mulong mampu menampung keperluan harian dengan jumlah pendapatan sekitar RM400 hingga RM500 seminggu," katanya yang sudah enam tahun menjual makanan eksotik itu.Seorang lagi penjual, Ansak Inggi, 55, dari Binyu berkata, selain dijadikan hidangan, ada yang membeli ulat mulong untuk dijadikan makanan binatang peliharaan.
"Ada juga pelanggan membeli ulat mulong untuk diberikan kepada ikan peliharaan dan kokgo iaitu sejenis cicak Borneo yang kini sedang hangat di pasaran kerana dikatakan mempunyai khasiat perubatan," kata Ansak.Dia yang sudah 10 tahun menjual ulat mulong berkata, setiap hari keuntungan yang diraih adalah sekitar RM100.Seorang penggemar ulat mulong, Jacqueline Siyu, 36, berkata, larva itu mempunyai rasa seperti udang tetapi ia lebih manis dengan bau yang agak kuat."Cara penyediaan ulat mulong kini sudah dipelbagaikan dan rasanya bergantung kepada cara ia dimasak."Kebanyakan orang suka ulat mulong digoreng dan disalai kerana ia membangkitkan rasa lemak dan manis," katanya yang amat menggemari sate ulat mulong-UTUSAN..(",)
No comments:
Post a Comment