1/11/12

Lesen kenderaan automatik Mei ini


IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu. Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak. "Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam. Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual. "Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual. "Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya. 


WALAUPUN opsyen transmisi automatik bakal memudahkan calon lulus ujian memandu, lesen mereka kelak hanya terhad untuk memandu kenderaan transmisi yang sama sahaja.

KOSMO

1 comment:

Unknown said...

Mari bergabung bersama ASIANBET77.COM Disini kami menyediakan berbagai macam jenis permainan betting online, seperti Taruhan Bola Online, Casino Online, Togel Online, Sabung Ayam Online dan masih banyak lagi game taruhan online lainnya....

Pendaftaran gratis tidak dikenakan biaya apapun juga, minimal Deposit sangat ringan, hanya dengan Rp 100.000 saja anda sudah bisa bergabung bersama kami. ASIANBET77.COM bekerja sama dengan bank lokal yakni BCA, MANDIRI & BNI. Sehingga memudahkan anda untuk bertransaksi bersama kami.

Customer service kami yang Ramah dan Profesional akan siap membantu anda selama 24 jam full, ayo segera daftarkan diri anda bersama kami ASIANBET77.COM. Dan dapatkan promo2 menarik dari kami.untuk keterangan lebih lanjut silahkan hubungi CS kami :

YM : op1_asianbet77@yahoo.com
Wechat : asianbet_77
sms center : +639052137234
pin bb : 2B4BB06A

readbud - get paid to read and rate articles

Followers