7/31/10
FOOTBALL IS A GAY GAME??!!
HAHA..no komen..aku dapat dari email aku..dah lama dah gambar-gambar nie..kat pakcik google banyak aku rasa..hihi
7/30/10
KISAH BOLA HITAM & PUTIH..BACA TAU..TAK BACA RUGI..
bace tau...sedey. ..isk..... Rahsia bola hitam & putih Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal..apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?" Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih. Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.. Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih" Masa berlalu.... Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal........ Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih... Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri! Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.." Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... . Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih" "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik." Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?" (anda semua pun ingin tahu kan ...?) Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... sebabnya .........saya.. saya.... saya...." *hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape... MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!....... ...Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku. P/S : Amacam rasa..... Takkan aku nak jadi korban sorang2 je kan .. kehkehkeh ..... P/SS::aku dapat dari email..lame dah dapt..tapi baru bukak n bace..aritu bukak tapi xbaca.hihi..jangan marah |
7/26/10
BOLA SEPAK : MALAYSIA VS KOREA SELATAN 1-0
salam semua..aku ada berita penting nak bagitau ni..ke korang dah tau?..kalau dah tau tak pe la..tapi aku nak bagitau jugak..petnag tadi kan..kan ada game bola malaysia lawan korea selatan kan..kan..kan..kan..so, aku nak bagitau..malaysia menang 1-0 dengan korea selatan..haha..bangga nye aku..tu la..korea selatan..belagak sangat..bingung dengan nasib malaysia la konon..lain kali..bingung dengan nasib negara sendiri je dulu..memang la bola malaysia sekarang nie tengah jatuh..tak sekuat zaman 70-an dulu..tapi..bila dorang nie main as satu pasukan..main sungguh-sungguh..mesti boleh menang la..hihi..dan kebajikan dorang pun dijaga..insyaALLAH..bola malaysia pun boleh pegi jauh..tak mustahil semua tu..tengok sekarang..malaysia kalau ikutkan ranking dunia malaysia tempat ke-142, korea pulak tempat ke-44, jauh tu..dan kalau ikut ranking asia pun jauh jugak..malaysia ke-26 dan korea selatan ke-3..so, kt sini, ranking tidak memainkan ape-ape peranan yea tuan-tuan dan puan-puan..kite tengok je la badminton..datuk lee chong wei no satu dunia, lin dan no 2..tapi chong wei tetap susah nak kalahkan lin dan..lebih banyak kalah daripada menang..opss..terlebih berita pulak..haha..aku nak bagitau malaysia menang 1-0 ke atas korea selatan je tadi..ok la...adios..
7/18/10
Haram pakai jersi lambang salib
|
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.
so..faham-faham je la yea kawan-kawan..nasib baik arsenal tak termasuk..lambang meriam je..tapi nanti aku cek balik..takut-takut ade jugak..hihi..
7/14/10
MALAYSIA BAKAL TUAN RUMAH PIALA DUNIA
Malaysia, Indonesia tawar diri

AHMAD SHABERY (kiri) bersalaman dengan rakan sejawatnya, Dr. Ardi
Malaranggeng di Putrajaya semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang musta- hil dan kedua-dua negara akan berusaha ke arah itu.
Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.
"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.
"Tidak mustahil diadakan bukan sahaja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan) yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Ardi Malaranggeng di Putrajaya semalam.
Dr. Ardi berada di negara ini sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 gagal setelah pencalonan mereka ditolak Persekutuan Bola Sepak Antara- bangsa (FIFA).
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, persoalan sekarang ialah bagi membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang boleh memberikan saingan pada peringkat antarabangsa.
"Bagaimana untuk membangunkan bola sepak supaya Malaysia dan Indo- nesia serta pasukan Asia Tenggara dilihat sebagai negara yang dihormati dari segi kekuatan.
"Sekarang orang melihat negara-negara Eropah dan Amerika Latin. Kalau Asia (mereka lihat pasukan) dari Timur Tengah, Korea Selatan atau Jepun sahaja," katanya.
Justeru, Ahmad Shabery berkata, sebagai permulaan ke arah membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap, beliau mencadangkan agar liga bola sepak di Malaysia dan Indonesia diper- luaskan dengan membabitkan penyertaan daripada kelab-kelab di kedua-dua negara berkenaan.
sumber: kosmo,14 july 2o10
p/s: bagus la kalau macam nie..tapi..kena la perkuatkan pasukan bola sepak kita dulu..nie tidak..pasukan kita pasukan kebangsaan..pasukan negara tapi lawan dengan pasukan-pasukan kelab dari luar pun susah nak menang..tapi tak mustahil..MALAYSIA boleh!!..hihi.."dimana ada kemahuan, disitu ada padang bola sepak"hihi
ok la nak tido..
::ADIOS::
7/13/10
SOTONG PERAMAL BERSARA

PAUL berenang dekat replika trofi Piala Dunia di dalam
Akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman semalam.
BERLIN - Sotong kurita selebriti, Paul yang menjadi sensasi kerana meramalkan tujuh perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan bersara daripada membuat ramalan perlawanan bola sepak.
Menurut jurucakap Akuarium Sea Life du Oberhausen, Tanja Munzig, haiwan itu tidak lagi melakukan urusan ahli nujum.
"Ia tidak lagi membuat sebarang ramalan sama ada bola sepak atau politik, gaya hidup atau ekonomi.
"Paul akan kembali dengan pekerjaan lama iaitu membuat kanak-kanak gembira," kata Munzig.
Ramalan terakhir yang dibuat sotong itu ialah kemenangan Sepanyol ke atas Belanda.
Namun semalam, kakitangan akuarium itu yang menjadi tempat tinggal haiwan berkenaan menghadiahkan Paul dengan piala emas mirip Piala Dunia.
Semasa piala itu yang dihiasi dengan tiga kupang, Paul pada mulanya tidak menghiraukannya selama beberapa minit semasa ia dimasukkan ke dalam akuarium.
Akhirnya, sotong itu mengambil salah satu kupang dan memakannya di depan kamera televisyen.
Paul mendapat perhatian peminat bola sepak apabila ia meramalkan dengan tepat perlawanan melibatkan Jerman termasuk kekalahan skuad itu kepada Sepanyol.
Sementara itu, seorang ahli perniagaan Sepanyol mahu membeli Paul dengan harga AS$38,000 (RM121,676) dan mahu menamakannya Paulo.
Ahli perniagaan itu mahu menjadikan haiwan tersebut sebagai maskot untuk satu majlis makanan yang besar.
Sebelum ini, sotong itu menjadi kemarahan penduduk Jerman dan Argentina yang mahu memakannya selepas dia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman dan Sepanyol menewaskan Jerman.
p/s: ok gak binatang sotong nie bersara..takde la makin ramai iman umat Islam makin terpesong nanti..ape-ape je la ko nie sotong..aku suke makan sotong kering yang warna merah biasa hidang masa raya tu..rumah korang ade tak sotong tu..haha
7/12/10
SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010!
GOLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dalam keadaan mengantuk..aku tetap setia menunggu perlawanan sampai kepenghujungnya..walaupun aku rasa menyampah betol la tengok game tadi tu..semua nak jadi hero..main as a team la bro..tapi..ape-ape pun..spain dah menang 1-0 keatas belanda..yahooooooooo...haha..walaupun aku tak percaya langsung kat sotong paul tu..tapi..aku rasa ramai yang kaya malam nie..sesungguhnya Allah nak menguji iman kite semua nie.harap-harap takde saudara se-Islam aku percaya kat sotong mengarut tu..mintak di jauhkan..
kepada penyokong belanda..tak payah nak gaduh-gaduh..bukan negara kita pun yang kalah..yang menang pun bukan negara kita..sorak masa game dah la..jangan sampai ada yang bergaduh pulak..takda faedahnya korang gaduh..yang kalah tetap kalah..yang menang tetap menang.tapi korang yang dapat sakit..
ok la..jom kite tido..eh..alang-alang solat subuh la..tunggu sekejap lagi..ok
P/S: malaysia bila lagi??=(
..ADIOS(",)..
7/11/10
FUNNY | Eboué listen instructions of north korean coach
haha..no komen..agak-agak korang..eboue faham tak ape yang dorang cakap??
7/8/10
2010 FIFA World Cup-Germany vs Spain
GOLLLLL!!!!!!!!!!!!!
salam semua..semua sihat..ke ada yang tak sihat sebab jerman kalah..hihi..ok2..sabar semua..jangan terlampau emo yea..bola itu bulat..macam-macam boleh berlaku..tapi aku suka sebab sepanyol menang..tahniah buat sepanyol..malaysia bila pulak?..tapi aku rasa ramai jugak yang nak jerman kalah..sebab dekat facebook ramai yang nak sepanyol menang sebab jerman kalahkan argentina..haha..adat permainan mesti ada menang kalah..masa kumpulan boleh la seri kan..hihi...tapi aku tetap tak puas hati dengan corak permainan mereka..sebab terlampau berhati-hati..aku rasa sebab tu la jerman kalah..sebab jerman biasa akan laju..bertahan lepas tu dapat bola counter attack..tapi tadi bola duduk kat tengah-tengah padang je masa separuh masa pertama tu..bosan giler game.dan satu lagi aku tak puas ati..dengan mamat sorang nie..si pedro nie..aduyai..orang main berpasukan..dia nak main sorang..nak jugak nama dia sebagai penjaring u..kalau memang dia sorang-sorang kat depan tu takpe la jugak..nie tores takde orang jaga sah-sah 99% boleh gol dia tak nak bagi..mintak-mintak la final nie dia tak masuk..dan fab4 akan di masukkan..hihi...ok la..sekarang masa untuk tidur dengan hati yang gembira..komen banyak pasal game pun tak guna..bukan negara aku..saja sokong..haha..orenje..kita jumpa di final yea..hihi..
ADIOS
7/2/10
TAULIAH INSPEKTOR/SP
HAHAHA...itam gile muka aku...takpe tape..orang kate itam itu menawan..haha..menawan la sangat..hhahaha..gelak lagi..ok la..aku malas nak cerita banyak..orang kata gambar mampu menceritakan segalanya..so..biarkan aja gambarnya berbicara.haha..ok2..cukup..hihi..
P/s..aku mals nk buat n3 baru..aku saje nak letak gambar nie..gambar nie pagi tadi..semasa perasmian pondok polis kangkar baru yong peng..ok..bye..hihi
ADIOS
Subscribe to:
Posts (Atom)